Saturday, October 18, 2014

10 TIPS BERCERAI SUSU

Bercerai susu terjadi apabila kita menghentikan penyususan susu ibu apabila tiba masanya. Ada ibu dan anak yang sukar melalui proses bercerai susu. Mungkin tips berikut boleh membantu.

10 TIPS BERCERAI SUSU

JANGAN TAWAR DAN JANGAN TOLAK
Berikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu. Jangan paksa dan ambil masa perlahan-lahan.

MENGUBAH RUTIN HARIAN
Anak kita pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika kita berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa itu.

PERTOLONGAN DARIPADA AYAH
Ayah (suami kita) perlu mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton TV, bermain permainan kesukaannya, membaca buku atau apa sahaja aktiviti lain yang si anak mahu buat.

ALIHKAN PERHATIANNYA
Apabila si anak leka bermain, adakala nya dia terlupa meminta susu. Gantikan sessi penyusuan yang patut dia terima dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan atau roti. Boleh juga ajak dia lakukan aktiviti yang lain pada waktu kebiasaan dia meminta susu.

LENGAHKAN SESSI PENYUSUAN
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak lebih berusian dan boleh memahami penerangan kita. Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar. Gantikan dengan aktiviti lain yang boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghentikan penyusuan.

MEMENDEKKAN TEMPOH PENYUSUAN
Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya, "Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar". Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu ibu.

MEMBERITAHU SECARA BERHEMAH
Bagi si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi tunjukkan contoh-contoh orang dewasa tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.

KURANGKAN PENYUSUAN
Dalam sehari mula kurangkan sessi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semulajadi dan pada masa yang sama membolehkan anak anda menerima perubahan itu.

JANGAN MENGHENTIKAN PENYUSUAN SECARA TIBA-TIBA
Hal ini akan menggangu emossi anak malah menjadikan diri kita sendiri tidak selesa. Kita mungkin mengalami masalah seperti bengkak susu atau mastitis sebab susu ibu tidak dikosongkan. Jadi lakukan secara berhemah dan ambil masa.

PETUA LAMA-LAMA
Terdapat banyak petua lama yang membolehkan anak bercerai susu.Apa pun, dapatkan pandangan pakar supaya cara yang kita gunakan tidak memudaratkan kita mahupun si anak.

Pengalaman saya bercerai susu dengan si kembar? Alhamdulillah sangat dipermudahkan oleh Allah. Kebetulan pulak masa tu saya mengandung. Saya masih menyusukan si kembar sampai umur mereka setahun 11 bulan dan kandungan saya 4 bulan. Saya pun tak ada niat nak berhenti menyusu ketika itu, tau-tau je kembar dah berhenti menyusu. Mungkin jugak perubahan hormon ketika hamil menyebabkan susu badan tu rasa lain dan kembar tak berapa suka kot? Hehehe..

Apa pun, jangan memaksa diri dan anak. Just go with the flow. Saya memang kurang percaya petua macam contoh letak asam jawa pada puting dan lain-lain. Tapi tak tau lah nanti nak wean off Aysar besok-besok macam mana. Yang pasti, saya tak meletakkan target bila Aysar patut berhenti menyusu badan. Just go with the flow lah..

Selamat mencuba kepada ibu-ibu yang sedang berusaha bercerai susu. Kuatkan semangat. Chaiyokk!!
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati