Monday, August 18, 2014

TIPS PENGGUNAN BASIC H

Basic H adalah apa yang kita perlu dalam rumah kita. Mampu membantu mencuci hampir keseluruhan rumah. Nama pun cecair pencuci serba guna kan? Menariknya Basic H ni sebab tanpa toksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, lembut pada tangan dan tanpa klorin. Senang cakap SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM.. 

Meh nak share apa yang kita boleh buat dengan Basic H ni...


Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak 
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

Menanggalkan gula-gula getah pada baju 
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

Membersih dakwat pen pada tangan, baju 
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Saya pun menggunakan Basic H ni kat rumah. Buat mop lantai, padam whiteboard, bersihkan segala cermin kat rumah dan kereta, bersihkan tingkap, sinki.. Pendek kata hampir keseluruhan rumah dilindungi dengan Basic H ni.. Yang paling bestnya, hanya gunakan beberapa titik je campur ke dalam air dan boleh bertahan sampai 3 -4 bulan. Kepekatan Basic H ni tinggi, sebab tu kita tak perlu guna banyak untuk membersih. Jimat kan? Jimat pun ye, selamat, berkesan dan mesra alam pun ye jugak. Kalau sayangkan keluarga, tak salah kan kalau kita memilih produk pembersihan yang menakjubkan ni?

Untuk info lanjut, sila SMS/WHATSAPP : 013-6014583. 
Share:

Thursday, August 7, 2014

7 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN

Nak sangat turunkan berat badan.. Nak sangat-sangat.. Tapi kenapa asyik bertangguh?

 "makanan kat rumah terbuka sedap-sedap la, Esok je lah start berdiet"

Ewah.. kalau macam tu, alamat memang lambatlah nak turun berat badan tu.. Takpe lah.. hari ni saya nak share sikit 7 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN untuk semua kawan-kawan yang sedang berusaha menurunkan berat badan.. 

MAKAN SETIAP 3-4 JAM
Kekerapan makan setiap 3 hingga 4 jam sekali tidak akan memberi ruang untuk anda berasa lapar. Bagaimanapun pemilihan makanan perlulah yang seimbang dan ringkas. Contoh seperti buah-buahan, biskut tawar atau roti. 

KARBO KOMPLEKS
Pastikan karbo kompleks menjadi pilihan utama dalam diet anda. Karbohidrat kompleks membekalkan sumber tenaga dengan perlaahan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan lebih masa untuk menukar karbo kompleks kepada gula.

MINUM AIR SEPANJANG HARI
Air kosong mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mempunyai gula dan tidak akan membuatkan berat badan bertambah.

JANGAN BAWA BALIK
Jika anda suka makan makanan manis seperti coklat, jangan bawa balik ke rumah. Anda mungkin akan tewas kepada keinginan anda.

BUAH MEMBANTU
Gula buah-buahan diproses secara berbeza. Serat buah juga memperlahankan penyerapan gula ini.

JANGAN MAKAN SAMBIL MENONOTON TV
Jangan makan makanan ringan sambil menonoton TV.  Anda boleh memilih snek sihat seperti buah-buahan.

KEAJAIBAN SENAMAN
Senaman menghasilkan endorfin yang secara semulajadi akan mengurangkan selera makan. Senaman juga akan mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan dengan memulakan senaman.

(credit to KEVIN ZAHRI)

Bukan mudah nak mulakan diet. Maka dengan itu, adalah perlu anda tetapkan matlamat dan kuatkan semangat. Dapatkan sokongan moral daripada keluarga. Pedulikan kata-kata negatif dari orang yang dengki.. Hehehe..

Selamat mengawal nafsu makan anda... Wassalam ...
Share:

Saturday, August 2, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT DI NEGERI SEMBILAN

Wah gitu tajuk entry kali ni.. hehehehe..

Saya adalah salah seorang pengedar sah Shaklee di Negeri Sembilan. Anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa. Saya sedia memberikan khidmat nasihat dan konsultasi berkenaan kesihatan anda dan juga Shaklee.

Saya menawarkan perkhidmatan penghantaran produk ke rumah atau di mana-mana kawasan seluruh Kuala Pilah, Bahau, Seremban dan Senawang (sekiranya ada ready stock). Saya juga sedia mengepos produk Shaklee kegemaran anda di seluruh Malaysia.

Di sini saya nyatakan, sebaik sahaja anda membuat pesanan kepada saya, anda berhak mendapat :
✐khidmat nasihat dan konsultasi percuma
✐penghantaran ke rumah di seluruh Kuala Pilah, Bahau, Seremban dan Senawang (Negeri Sembilan)
✐tawaran-tawaran istimewa (khas untuk pelanggan saya sahaja)

Saya telah membantu ramai pelanggan saya mendapatkan berat badan idaman, kulit yang cantik dan tahap kesihatan yang mereka ingini. Alhamdulillah.. dengan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat serta tips-tips yang saya kongsikan, mereka lebih sihat daripada biasa. Bila badan sihat, hidup pun lebih riang dan bahagia kan?

Saya juga sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya tentang produk Shaklee yang juga telah saya amalkan selama lebih setahun.

Bantu saya untuk bantu anda. Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda,Azura Yaacob sekarang.

ANDA BERHAK HIDUP LEBIH SIHAT DAN LEBIH BAHAGIA.



Azura Yaacob
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

Alhamdulillah.. hari ni adalah hari Ramadhan terakhir untuk tahun 2014.. Rasa macam baru je masuk bulan Ramadhan, tup tup dah nak beraakhir.. AllahuAkbar..

Esok Insya Allah kita akan menyambut bulan Syawal. Alhamdulillah jugak puasa saya tahun ni penuh.. Memang rare la macam ni.. Hehehe..rezeki tahun ni puasa penuh lagi macam 2012 dulu.. Tahun 2012 penuh sebab menyusu badan.. Tahun ni pun rezeki menyusu badan, penuh jugak puasa.. heeeeee...

Apa pun, dalam kita menyambut Syawal, jangan dilupa lepada mereka yang serba kekurangan ye. Ingat-ingatlah orang yang kurang bernasib baik. Teruskan berdoa untuk semua orang Islam di dunia..

Elakkan dari membazir. Makan pun sama tau. Mesti jaga pemakanan.. Jangan sumbat je makan ikut sedap perut. 

Saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.. Selaamat berhari raya semua.. Jemputlah datang ke rumah.. 

P/S : Kedai vitamin saya tetap buka di hari raya ni.. Takde cuti-cuti.. So kalau nak vitamin di hari raya ni atau bila-bila je, roger saya sms/whatsapp 013-6014583 anytime..

wassalam... ^__________^

Azura
013-6014583
Share:

Wednesday, July 23, 2014

TIPS HILANGKAN EYEBAG


Rutin harian yang menyebabkan kekurangan waktu tidur akan membuatkan mata kelihatan bengkak, tidak bermaya dan menyebabkan munculnya lingkaran gelap mata mata. Mata yang sembab atau mata panda sedikit mencacatkan penampilan sehingga ada yang hilang keyakinan diri.  Sebelum ni saya ada kongsikan TIPS JAGA MATA kan? Hari ini nak kongsikan pula TIPS HILANGKAN SEMBAB PADA MATA atau EYEBAG hanya dengan menggunakan bahan-bahan di dapur anda sahaja.

AIS
Menggunakan ais adalah cara yang paling mudah bagi mengurangkan masalah ini. Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Juga boleh gunakan sudu yang telah disejukkan dalam peti ais. Lekatkan sudu itu ke bahagian mata yang bengkak.

TEH UNCANG
Ambil satu teh uncang dan rendam di dalam air panas. Angkat uncang tersebut dan lekapkan di bahagian mata sehingga uncang tersebut sejuk. Kemudian ulang lagi dengan merendam semula uncang teh tersebut ke dalam air panas dan kemudian letakkan di bahagian mata yang terpejam sehingga sejuk. Ulang proses ini dua hingga tiga kali.

TIMUN
Timun merupakan sejenis sayuran yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Sejukkan hirisan timun di dalam peti ais, kemudian letakkan pada kelopak mata selama 10 minit dan rasai perbezaannya.

ENFUSELLE EYE TREATMENT 
Shaklee juga ada Produk Penjagaan Kulit iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Kalau bab rawatan mata ni, Enfuselle Eye Treatment adalah pilihan terbaik. Memang la tiub kecik je tapi boleh bertahan sehingga lebih 3 bulan tau. Hanya sapukan nipis-nipis je pada permukaan bawah mata. Ini info daripada www.shaklee.com.my


Selamat mencuba tips ni.. Wassalam..

iR Zura
013-6014583

*Konsultasi PERCUMA sepanjang masa selepas pembelian
Share:

Friday, July 18, 2014

7 CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Kerap kali kedengaran ibu menganggap susunya sedikit dan tak mampu menampung keperluan bayi. Ketahuilah tanggapan ini sekadar mainan psikologi. Saya kongsikan sedikit 7 Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu yang mungkin boleh membantu ibu-ibu cantik di luar sana menangani keadaan ini.

❤Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara.
❤Jangan beri puting kosong kepada bayi dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting dan mereject puting susu ibu.
❤Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu terhasil.
❤Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi.
❤Susukan bayi dengan kedua-dua belah payu dara. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payu dara sahaja. hal ini penting agar penstabilan susu setara.
❤Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
❤Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama-sama sedang melalui proses pembelajaran tentang penyusuan susu ibu.

Suplimen penyusuan seperti SET MENYUSU SHAKLEE hanya lah sebagai suplimen untuk meningkatkan kesihatan dan semangat ibu. Pengambilan SET MENYUSU SHAKLEE akan berkesan sekiranya ibu mengikut konsep demand-supply. Menyusu sekerap yang boleh datau mengepam secara konsiten. Pengambilan air masak juga perlu dititik beratkan. Jangan bergantung kepada SET MENYUSU semata-mata tanpa usaha lain. Insya Allah, susu ibu akan semakin meriah dan berkualiti.


SILA SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut..
Share:

FREEDOM FOR GAZA


Salam sayang semua..

Seminggu dua ni rasa sebak sangat bila scroll newsfeed di Facebook.. Cerita tentang Gaza.. Tengok gambar anak-anak Gaza. Subhanallah, anak-anak yang mati syahid. Sedih rasa hati ini..

Terasa diri juga semakin dekat dengan kematian. Mengenangkan diri sendiri, mak abah, suami, anak-anak dan semua orang di sekeliling, semakin rasa sebak di dada. Allahu Akbar.. Sesungguhnya Allah memberikan banyak sangat petunjuk supaya kita kembali mengingatkan Dia. Saya juga selalu lalai dan leka. 

Melihat juga gambar-gambar anak yang menjadi mangsa keganasan zionis Israel, cukup menginsafkan. Cukup membuatkan kita semakin menghargai anak-anak kita. Berbuka puasa ala kadar pun dah cukup mengenyangkan. Alhamdulillah bersyukurnya masih dikurniakan rezeki untuk makan.

Sebagai Islam, apa yang mampu kita lakukan? Hulurkan sedikit sumbangan yang kita mampu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah BERDOA. Berdoa supaya Allah hancurkan zionis Israel. Berdoa agar Allah sentiasa melindungi rakyat Palestin. Berdoa supaya kita dan keluarga juga dilindungi dari segala musibah.

Jangan lupa berdoa. Doa adalah senjata umat Islam. Tak tergambar macam mana hibanya saya menulis entry ini. Hilang rasa semangat saya. Tapi saya kena kuat, kena bangkit. Saya mesti hulurkan sumbangan untuk mereka. Saya mesti jadi jutawan supaya saya boleh beri sumbangan yang lebih  besar kepada rakyat Palestin dan orang yang memerlukan tak kira dimana. Insya Allah.. Aminnnn...

#prayforGAZA
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati