Thursday, August 7, 2014

7 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN

Nak sangat turunkan berat badan.. Nak sangat-sangat.. Tapi kenapa asyik bertangguh?

 "makanan kat rumah terbuka sedap-sedap la, Esok je lah start berdiet"

Ewah.. kalau macam tu, alamat memang lambatlah nak turun berat badan tu.. Takpe lah.. hari ni saya nak share sikit 7 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN untuk semua kawan-kawan yang sedang berusaha menurunkan berat badan.. 

MAKAN SETIAP 3-4 JAM
Kekerapan makan setiap 3 hingga 4 jam sekali tidak akan memberi ruang untuk anda berasa lapar. Bagaimanapun pemilihan makanan perlulah yang seimbang dan ringkas. Contoh seperti buah-buahan, biskut tawar atau roti. 

KARBO KOMPLEKS
Pastikan karbo kompleks menjadi pilihan utama dalam diet anda. Karbohidrat kompleks membekalkan sumber tenaga dengan perlaahan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan lebih masa untuk menukar karbo kompleks kepada gula.

MINUM AIR SEPANJANG HARI
Air kosong mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mempunyai gula dan tidak akan membuatkan berat badan bertambah.

JANGAN BAWA BALIK
Jika anda suka makan makanan manis seperti coklat, jangan bawa balik ke rumah. Anda mungkin akan tewas kepada keinginan anda.

BUAH MEMBANTU
Gula buah-buahan diproses secara berbeza. Serat buah juga memperlahankan penyerapan gula ini.

JANGAN MAKAN SAMBIL MENONOTON TV
Jangan makan makanan ringan sambil menonoton TV.  Anda boleh memilih snek sihat seperti buah-buahan.

KEAJAIBAN SENAMAN
Senaman menghasilkan endorfin yang secara semulajadi akan mengurangkan selera makan. Senaman juga akan mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan dengan memulakan senaman.

(credit to KEVIN ZAHRI)

Bukan mudah nak mulakan diet. Maka dengan itu, adalah perlu anda tetapkan matlamat dan kuatkan semangat. Dapatkan sokongan moral daripada keluarga. Pedulikan kata-kata negatif dari orang yang dengki.. Hehehe..

Selamat mengawal nafsu makan anda... Wassalam ...
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati