Friday, January 2, 2015

PROMOSI TAHUN BARU SHAKLEE

GEMPAK!! Promosi Shaklee bulan Januari 2015 memang gempak! Promosi berganda-ganda bulan ini untuk tiga produk gempak Shaklee iaitu Vita-Lea for Children, Vivix dan Alfafa- Complex.. Semakin lama semakin hebat pulak promosi rasmi Shaklee ..

Kalau anda nak tau, ada 7 promosi membabitkan produk-produk di atas tau. Check this out ;

ALFAFA COMPLEX (Saiz S)
♚Beli 6 Percuma 1
♚Beli 2, Diskaun 5%

ALFAFA COMPLEX (Saiz L)
♚Beli 6 Percuma 1
♚Beli 2, Diskaun 1%

VIVIX
♚Beli 6 Percuma 1
♚Beli 2, Diskaun 5%

VITALEA FOR CHILDREN
♚Beli 3 Percuma 1

Haaa..nampak?? Sampai 7 promosi sekaligus untuk bulan Januari 2015 ini sahaja. Memang sesuai sangat untuk satu keluarga tau.

Vitalea For Children memang dah lama takde dalam pasaran tau. Kini kembali dengan rumusan baru yang diperhebat untuk si manja anda. Vitalea FC ini adalah multivitamin yang sangat bagus dalam membantu meningkatkan kesihatan si manja.

VIVIX dan Alfafa Complex, seperti yang anda sedia maklum, mempunyai kelebihan dalam cara tersendiri. Kalau anda tak pernah mencuba produk-produk di atas, inilah masa yang sesuai untuk mencubanya sebab boleh beli dengan harga promosi. pastinya, belian yang berbaloi dan menjimatkan.

Nak cuba sebotol je dulu? Boleh saja. Takde masalah. Sila hubungi saya untuk tawaran hebat dan konsultasi percuma. Hanya perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Insya allah..


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

Thursday, January 1, 2015

14 SEBAB SUAMI ANDA PERLU BERHENTI MEROKOK

Adakah suami anda perokok tegar?Adakah anda rimas dengan asap rokok yang berkepul-kepul dalam rumah anda? Adakah anda risaukan kesihatan diri anda dan anak-anak?

Dah tiba masanya suami anda berhenti merokok. Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan suami anda malahan juga membahayakan anda dan anak-anak. Kenapa? Kerana anda dan anak-anak adalah perokok pasif. Perokok pasif adalah orang yang tidak merokok tetapi terdedah dengan asap rokok untuk jangka masa 15 minit dalam masa 2 hari seminggu. Bayangkan berapa lama anda terdedah kepada asap rokok dalam sehari?

Perokok pasif mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang penyakit seperti kanser paru-paru dan penyakit jantung. 

Suami anda perlu BERHENTI MEROKOK!! Kenapa suami anda perlu berhenti merokok? Ini sebabnya ;

✔menghentikan bahan kimia beracun dari memasuki badan
✔mencegah penyakit
✔meningkatkan kesuburan
✔mengatasi mati pucuk
✔membina stamina
✔meningkatkan deria bau dan rasa
✔hidup lebih aktif
✔kulit lebih sihat
✔nafas berbau segar
✔gigi yang lebih bersih
✔lebih sihat
✔melindungi kesihatan orang lain
✔menjimatkan wang
✔persekitaran yang lebih bersih dan bebas asap rokok

Dah tiba masanya para isteri membantu suami untuk berhenti merokok. Kalau sayangkan suami, paksa lah dia berhenti. Kalau suami sayang anda dan anak-anak, pasti dia akan paksa diri untuk berhenti merokok kan?

KLIK SINI UNTUK TIPS BERHENTI MEROKOK

VIVIX  merupakan salah satu produk SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan rasa ketagihan nikotin. Sesuai sangat untuk suami anda yang kaki merokok tu. Lagipun, Vivix membantu membina sel -sel baru dan membaiki sel rosak dalam badan akibat bahan beracun dalam rokok.


KLIK SINI UNTUK MANFAAT LAIN VIVIX

Jangan biarkan keluarga anda terkorban hanya disebabkan rokok. Rokok mampu membunuh kehidupan anda tau. Jangan main-main...

Sila hubungi saya untuk info lanjut. Bertindak sekarang demi masa depan anda dan anak-anak anda.

Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, December 31, 2014

WELCOME 2015!

Salam akhir tahun semua.. Insya Allah, dengan izin-Nya, kita akan melangkah ke tahun baru 2015 esok, 1 Januari 2015.. Selamat Tahun Baru semua pembaca..

Tahun 2014 menyaksikan pelbagai peristiwa sedih dalam dunia, amnya dan di Malaysia sendiri khasnya. Paling saya ingati adalah kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH 370, MH 17 yang ditembak jatuh, kejadian banjir yang berlaku di hampir semua negeri di Malaysia juga kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501.

Keluarga saya sendiri diuji dengan pemergian Allahyarham abang sulung saya, Mohd Asri Yaakob yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Al-Fatihah..

Pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Pastinya Allah sedang mengingatkan kita tentang segala kesilapan yang manusia lakukan. Allah Maha Mengetahui. Apa pun, jom kita sama-sama kembali kepada Allah. 

Semoga tahun 2015 menjadi tahun yang cemerlang untuk saya dan anda semua. Semoga 2015 lebih baik dari 2014 dan semoga tahun 2015 kita lebih dekat kepada Pencipta.

Selamat Tahun Baru Pembaca semua!! ❤❤❤

Share:

Wednesday, November 19, 2014

CARA PALING SELAMAT HAPUSKAN JERAWAT

Banyak sangat produk penjagaan wajah di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana, betul tak? Saya pun selalu juga mengalami dilema dalam hal ni. Kalau nak tau, sejak zaman remaja lagi, biasa lah zaman-zaman nak cantik nak comel. Memang nak mencuba je  kan? Nampak iklan tu, tengok model pun cantik2, ahhh nak cuba lah.. Padahal model tu memang dah semulajadi cantik. Tak pun,
maintanance penjagaan kulit dia pun makan ribu-ribu.
 kulit muka saya dulu-dulu..jerawat besar-besar.. parut everywhere.. T_T

Waktu awal sekolah menengah, kulit saya memang tak dinafikan memang bersih dan licin tanpa sebarang jerawat tau. Tapi disebabkan banyak lambakan iklan tentang kulit halus bla..bla.., saya pun cuba lah, kononnya nak kelihatan lebih cantik. Malangnya, saya dah memilih produk yang tak sesuai dengan kulit saya. Bila satu tak sesuai, cuba produk lain, tak sesuai jugak. Sampai sudah la kulit muka saya dihantui jerawat besar-besar, parut dan kulit kusam di usi muda. nampak lagi tua la kan? Huhuhu.. sodehh hati makkk...

Bila dah meningkat remaja, saya ambil pulak ubat untuk kulit atas nasihat doktor. Memang okey kulit muka tu tapi nak dapatkan tu yang susah sebab waktu belajar di Terengganu, jarang balik rumah.. Klinik tu dekat rumah mak saya (N.Sembilan). Nak beli banyak-banyak sekaligus pun, tak cukup pulak ongkosnya. Lagi pulak, kalau dah lama tak makan ubat tu, kulit problem balik. Lama-lama saya stop makan ubat tu. Tambahan pulak, masa tu saya rasa, tak elok selalu makan ubat. Tak elok untuk badan dalam jangka masa panjang.

So kulit saya terus macam tu. Macam-macam lah produk saya guna nak settlekan masalah saya. Ada produk yang memang tak berkesan langsung kepada saya. Ada yang, muka je putih, tangan dan anggota lain hitam.. hahaha..macam iklan pulak.. Dekat-dekat nak kahwin dulu pun, kulit sama je, kusam tak bermaya. Nasib baik time kawin tu mekap kan. Kalau tak mekap, memang orang ingat laki ai kawindengan orang tua kot.. Hehehehe..Waktu kawin, muka tak banyak jerawat pun. Ada pun satu dua je. Masalahnya, parut, kulit kusam dan gelap lah.

Waktu pregnant pun sama jugak. Jerawat dan parut all over the face. Nak sedapkan hati, saya anggap muka tak berseri tu sebabmengandungkan anak lelaki.. Hahaha..alasan baik punya.. sampai lah saya pregnant kali kedua, saya beli Ostematrix daripada BFFsaya. Saya ada tanya jugak time pregnant, boleh ke ambik Set Cantik? Nak jugak kulit cantik jugak. Cerita punya cerita, saya beli lah Vita E Complex daripada dia. Disebabkan saya pregnant, Vita E Complex ni saya tak boleh consume sebab anti-oksidan tinggi tak sesuai untuk ibu pregnant. So, saya beli untuk buat jadi masker. Selain tu, saya ambik jugak ESP sepanjang hamil tu. Kadang-kadang buat jugak masker ESP + Vita E Complex.. Alhamdulillah, suami pun cakap kulit saya makin cerah sejak ambik ESP dan pakai masker Vita E Complex tu.

Lepas je habis pantang, saya nekad nak cuba Set Cantik Shaklee di samping ambil jugak set Menyusu. So, saya ambik ESP, Vita E Complex, Vita C Plus dan B Complex. Disebabkan saya ambik juga set menyusu, jadi saya ada jadual sendiri untuk cara makan. Hari ni nak fokus Set Cantik je tau..


Secara konsisten, saya makan ESP, Vita E Complex & Vita C Plus.. B Complex jarang makan, hehehe ... Ada masanya, saya buat masker. Kadang-kadang sampai hari-hari saya buat masker. Masker paling kerap saya pakai sebelum tidur adalah masker Vita E+Vita C+Vivix.. haaa... kalau pakai masker ni, memang anak saya pandang pelik je tapi yang bestnya masker ni tak lah berserdak so takde masalah masker masuk dalam mata. Saya pakai sepanjang malam. Besoknya, bangun tidur, cuci muka.

Saya guna pencuci muka Nutriwhite Cleanser. Tau tak saya mula guna sejak Februari 2014? Dan sampai sekarang pencuci muka tu belum habis lagi. Masih tiub yang pertama. Jimat dah duit kat situ. takyah nak beli setiap bulan dah pencuci muka. Okey, sesekali skrub la muka tu lepas bermasker. Saya guna skrub muka daripada Safi Rania Gold.

Memang betul, lepas saya amalkan masker dan makan vitamin SET CANTIK SHAKLEE, saya dapat rasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit saya. Kulit saya rasa lebih halus. Jerawat pun dah jarang sangat lah naik kat kulit muka saya. Ada pun, bila tiba hari-hari nak datang bulan tu. Parut jerawat yang dah lama bersarang kat muka saya pun dah semakin pudar dan hilang. Nak hilang terus, mesti lah ambik masa kan. Berapa belas tahun pulak parut tu duduk kat muka saya ni.. Grrrrr...
saya sekarang.. yang penting parut jerawat besar2 kat pipi dah goneeee... weeee...

Apa yang membuatkan saya setia dengan Shaklee dan tak lompat-lompat guna produk lain macam dulu? Off course sebab produk Shaklee adalah semulajadi, selamat dan tanpa  bahan terlarang. Mungkin ada yang sebut, saya cakap macam ni sebab saya jual produk Shaklee kan? Tapi sungguh, memang betul produk Shaklee ni memberikan kesan yang hebat. Tak kisah lah lambat atau cepat (bergantung kepada individu), yang penting ianya selamat dan hanya ada bahan dari sumber semulajadi.

Anda juga punya masalah seperti saya? Mungkin produk Shaklee boleh membantu. Insya Allah.. Cuba dulu, barulah kita tahu kan?

SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut. Saya boleh cadangkan produk Shaklee yang sesuai untuk anda. Jangan ragu-ragu dengan banyak soalan yang tak terjawab. Tanya saya terus, okay?

Adios amigoss... daaaaa....


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Tuesday, November 18, 2014

SEDEKAH PEMBUKA PINTU REZEKI

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud ;

Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatant tunggangan adalah sedekah. Satu kalimat yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah. 

(riwayat al-Bukhari)

Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu
sama lain.

Antara kelebihan bersedekah ialah

DI DUNIA
✔mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT
✔memperoleh balasan baik
✔sentiasa disukai oleh manusia kerana menggembirakan hati penerimanya
✔rezekinya akan bertambah
✔terhindar daripada mendapat bala bencana

DI AKHIRAT
✔mendapat naungan daripada panas terik di padang mahsyar
✔sebagai pelindung daripada panas api neraka

Sedekah membawa banyak pahala terutama di bulan Ramadhan. Tak akan miskin pun kalau kita bersedekah malahan bersedekah menjadikan kita lebih murah rezeki, Insya Allah..

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Jom bersedekah kawan-kawan... ^___^
Share:

KENAPA RUNNING MAN FAMOUS?

Running man? Hehehe.. U ols suka tengok RUNNING MAN tak? Saya sukaaaaaa sangat tengok Running Man. Tak de lah fanatik sangat tapi cukup untuk buat saya tertunggu-tunggu depan TV 2 setiap petang Sabtu & Ahad sambil melipat kain baju. Ini lah satu-satunya rancangan TV yang saya tengok secara serius. Cewaaah.. Memang booking lah sebab biasanya anak je yang conquer TV..

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Running Man(RM) ini adalah disebabkan stamina yang ahli-ahli RM ada di samping kecekapan otak mereka merangka strategi untuk menyelesaikan misi. Lagi satu sebab aksi-aksi spontan ahli RM yang kelakar membuatkan kita rasa happy. Hahaha.. Waktu remaja dulu, pernah gilakan drama Korea.. Dah tua-tua sikit macam ni, kita layan Running Man lahh..

Kenapa saya suka Running Man? Secara peribadinya sebab;
♛misi berlainan dalam setiap episod
♛konsep rancangan realiti TV yang lain daripada yang lain
♛lokasi-lokasi pengambaran yang cantik dan menarik
♛ketangkasan peserta Running Man dan selebriti jemputan menyelesaikan misi
♛kebijaksaan peserta menyusun strategi
♛editing scene-scene RM yang superb dan kelakar
♛Monday Couple - Gary & Ji Hyo.. sweet couple gitewww

Banyak sebabnya kenapa Running Man menjadi satu fenomena di Asia ni. Masing-masing ada sebab kenapa suka tengok Running Man kan??

Agak-agak macam mana lah nak dapatkan stamina yang hebat macam ahli RM tu? Yelah, diorang punya game show ni bukan setempat je. Tapi misi diorang merata tempat, kena lari ke sana sini, driving sana sini, di samping tu kena sentiasa pantas berfikir untuk menyelesaikan tugasan2 yang dah ditetapkan.Peserta faveret saya? Jong Kook,Gary & Ji Hyo.. Eh japp.. rasanya semuanya pun faveret saya lah.. Hahahaha..

Dulu-dulu, sebelum saya mula menonoton RM, saya ingatkan peserta-peserta RM ni muda-muda. Bila dah mula tengok Running Man dan google serba sedikit, barulah saya tau peserta-pesertanya terdiri daripada selebriti Korea yang berumur hampir & 30 tahun ke atas. Peserta paling muda pun 29 tahun, kot? Mana la diorang boleh fit macam tu ye? Rata-rata peserta RM ni stamina bagus, otak pun cerdik. Eh eh kulit pun cantik je tengok memasing.. Beauty with brain, boleh gitu?

Saya percaya selebriti Korea mestilah ada rahsia untuk kekal bertenaga, kulit cantik, otot pejal, memori dan ingatan yang kuat. Mungkin pemakanan yang mereka amalkan ditambah dengan senaman untuk kekal sihat. Dan saya juga yakin, selebriti Korea mestilah ada ambil suplimen jugak kan? Yelah, suplimen ni kan sebagai pelengkap untuk kesihatan yang optimum. Apa jenis suplimennya, saya pun tak pasti lah.

Kita tak perlu pun kena jadi selebriti untuk tampil sihat dan cantik. Tak jadi selebriti pun, kena juga jaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Sebab tubuh badan kita ni kan lama nak pakai. Umur 25 tahun, nampak macam 40 tahun. Kenapa? Sebab muda-muda dah sakit-sakit sendi, lutut, pinggang dan sebagainya. Kulit pun nampak kusam dan tak bermaya, nampak jauh lebih tua berbanding usia.

Jadi, kesihatan perlu dijaga seawal usia bayi. Apa yang anak makan hari ini, itu lah hasilnya lagi 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun akan datang. Kalau kita sekarang, umur 20 tahun dah macam-macam penyakit, apa lagi 10 20 tahun mendatang? Dari sekarang lah kena jaga apa yang kita makan. Semua kena seimbang. Makanan, senaman dan suplimen akan bekerjasama dengan baik. Tak perlu lah nak makan berjenis-jenis ubat di masa tua nanti. Boleh lah luangkan masa yang berkualiti dengan anak cucu tanpa masalah kesihatan kronik. Nak running running dengan anak setiap petang pun tak da masalah sakit kaki atau keletihan kan?  Insya Allah...

Pesan saya, jangan abaikan pengambilan suplimen tau. Mungkin kita rasa kita tak perlukan suplimen sekarang sebab masih muda lagi. Tapi, kena ingatlah penyakit datang tak kira usia. Suplimen mahal? Tahukah anda yang merawat lebih mahal daripada mencegah tau. Fikir-fikirkan lah, selamat beramal.. Jumpa lagi.. ❤❤❤
Share:

Wednesday, November 12, 2014

KUASA SEBOTOL HERBA

Sebelum ini, ada saya tuliskan tentang HERB-LAX kan? Bagaimana ia berfungsi mengatasi masalah penghadaman seperti tidak lawas. Herb-lax juga membantu mengempiskan perut. Rasa-rasa anda lah, apa yang menyebabkan sebotol Herb-lax yang kecil dan murah tu, berkesan dalam mengatasi masalah ni? Semua customer saya yang pernah order Herb-lax daripada saya, memang akan repeat order. Best sangat untuk perut diorang.

Macam yang saya cakap dalam entry ini, HERB-LAX mengandungi 9 herba yang setiap satunya memberikan fungsi berbeza tapi digabungkan, SUPERB la jawabnya.

9 Herba dan fungsi yang dimaksudkan ialah ;

SENNA LEAVES

  • Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut
  • Percepatkan proses detoksifikasi
  • Mengurangkan penyerapan lemak

BUCKHORN BARK

  • Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

LICORICE ROOT

  • Membantu proses detoksifikasi

FENNEL SEEDS

  • Mengeluarkan toksin yang terkumpul
  • Membantu pencernaan
  • Membantu mengatasi masalah sembelit/kembung perut atau usus

ANISE SEEDS

  • Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

RHUBARB ROOT

  • Herba yang digunakan oleh perubatan Cina sebagai antibiotik

BLUE MALVA FLOWER

  • Membantu proses detoksifikasi 
  • Mengimbangi tekstur kulit

CULVER'S ROOT

  • Membantu masalah lebihan air dalam badan
  • Membantu masalah asma

ALFAFA LEAVES

  • Membersihkan usus, darah dan hati

Hmm.. bukan calang-calang lah HERB-LAX ni.. Walaupun botolnya kecil tapi manfaatnya tersangat lah hebat. 9 Herba tradisional yang bagus untuk kesihatan usus.

Dapatkan HERB-LAX anda sekarang. Bebaskan usus anda dari belenggu. Yeahhh!!


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

TAK PERLU LAGI LEPAK DALAM TANDAS BERJAM-JAM


Anda ada masalah penghadaman? Sembelit ? Terpaksa duduk dalam tandas sampai berjam-jam tapi 'hasil' tak ada langsung? Memang seksa rasanya kan? Dah lah perut tak selesa, susah pula nak membuang. Arghhhh.. stressss!!

Jangan bimbang. Atasinya dengan HERB-LAX.Apa yang bagus sangat tentang HERB-LAX ni ye?

Herb-lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfafa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

Sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut, terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

KEBAIKAN HERB-LAX
▲Pembersihan najis yang tersekat
▲merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kitamembantu masalah sembelit
▲mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus
▲mengempiskan perut
▲membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Masalah sembelit hanya akan menyebabkan kehidupan seharian kita terganggu. Masa untuk keluarga pun akan jadi terhad akibat rasa tak selesa. Boleh menjejaskan emosi juga. Jadi, atasinya segera dengan HERB-LAX. Pengambilan 2 kali seminggu pun dah mencukupi. Dan jangan abaikan pengambilan air secukupnya.

Anda mahu mencuba HERB-LAX? Saya memang syorkan HERB-LAX kepada anda kerana bukan sahaja membantu untuk melawas, tapi juga bagus untuk menurunkan berat badan.

Hanya SMS/WHATSAPP "HERBLAX" ke nombor 013-6014583.

Jangan
Saya akan segera menjawab SMS/WHATSAPP anda. Hubungi saya sekarang, jangan lengah-lengah lagi tau. Salam sayang.


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati