Tuesday, November 18, 2014

SEDEKAH PEMBUKA PINTU REZEKI

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud ;

Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatant tunggangan adalah sedekah. Satu kalimat yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah. 

(riwayat al-Bukhari)

Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu
sama lain.

Antara kelebihan bersedekah ialah

DI DUNIA
mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT
memperoleh balasan baik
sentiasa disukai oleh manusia kerana menggembirakan hati penerimanya
rezekinya akan bertambah
terhindar daripada mendapat bala bencana

DI AKHIRAT
mendapat naungan daripada panas terik di padang mahsyar
sebagai pelindung daripada panas api neraka

Sedekah membawa banyak pahala terutama di bulan Ramadhan. Tak akan miskin pun kalau kita bersedekah malahan bersedekah menjadikan kita lebih murah rezeki, Insya Allah..

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Jom bersedekah kawan-kawan... ^___^
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati