Showing posts with label set cantik. Show all posts
Showing posts with label set cantik. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

CARA PALING SELAMAT HAPUSKAN JERAWAT

Banyak sangat produk penjagaan wajah di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana, betul tak? Saya pun selalu juga mengalami dilema dalam hal ni. Kalau nak tau, sejak zaman remaja lagi, biasa lah zaman-zaman nak cantik nak comel. Memang nak mencuba je  kan? Nampak iklan tu, tengok model pun cantik2, ahhh nak cuba lah.. Padahal model tu memang dah semulajadi cantik. Tak pun,
maintanance penjagaan kulit dia pun makan ribu-ribu.
 kulit muka saya dulu-dulu..jerawat besar-besar.. parut everywhere.. T_T

Waktu awal sekolah menengah, kulit saya memang tak dinafikan memang bersih dan licin tanpa sebarang jerawat tau. Tapi disebabkan banyak lambakan iklan tentang kulit halus bla..bla.., saya pun cuba lah, kononnya nak kelihatan lebih cantik. Malangnya, saya dah memilih produk yang tak sesuai dengan kulit saya. Bila satu tak sesuai, cuba produk lain, tak sesuai jugak. Sampai sudah la kulit muka saya dihantui jerawat besar-besar, parut dan kulit kusam di usi muda. nampak lagi tua la kan? Huhuhu.. sodehh hati makkk...

Bila dah meningkat remaja, saya ambil pulak ubat untuk kulit atas nasihat doktor. Memang okey kulit muka tu tapi nak dapatkan tu yang susah sebab waktu belajar di Terengganu, jarang balik rumah.. Klinik tu dekat rumah mak saya (N.Sembilan). Nak beli banyak-banyak sekaligus pun, tak cukup pulak ongkosnya. Lagi pulak, kalau dah lama tak makan ubat tu, kulit problem balik. Lama-lama saya stop makan ubat tu. Tambahan pulak, masa tu saya rasa, tak elok selalu makan ubat. Tak elok untuk badan dalam jangka masa panjang.

So kulit saya terus macam tu. Macam-macam lah produk saya guna nak settlekan masalah saya. Ada produk yang memang tak berkesan langsung kepada saya. Ada yang, muka je putih, tangan dan anggota lain hitam.. hahaha..macam iklan pulak.. Dekat-dekat nak kahwin dulu pun, kulit sama je, kusam tak bermaya. Nasib baik time kawin tu mekap kan. Kalau tak mekap, memang orang ingat laki ai kawindengan orang tua kot.. Hehehehe..Waktu kawin, muka tak banyak jerawat pun. Ada pun satu dua je. Masalahnya, parut, kulit kusam dan gelap lah.

Waktu pregnant pun sama jugak. Jerawat dan parut all over the face. Nak sedapkan hati, saya anggap muka tak berseri tu sebabmengandungkan anak lelaki.. Hahaha..alasan baik punya.. sampai lah saya pregnant kali kedua, saya beli Ostematrix daripada BFFsaya. Saya ada tanya jugak time pregnant, boleh ke ambik Set Cantik? Nak jugak kulit cantik jugak. Cerita punya cerita, saya beli lah Vita E Complex daripada dia. Disebabkan saya pregnant, Vita E Complex ni saya tak boleh consume sebab anti-oksidan tinggi tak sesuai untuk ibu pregnant. So, saya beli untuk buat jadi masker. Selain tu, saya ambik jugak ESP sepanjang hamil tu. Kadang-kadang buat jugak masker ESP + Vita E Complex.. Alhamdulillah, suami pun cakap kulit saya makin cerah sejak ambik ESP dan pakai masker Vita E Complex tu.

Lepas je habis pantang, saya nekad nak cuba Set Cantik Shaklee di samping ambil jugak set Menyusu. So, saya ambik ESP, Vita E Complex, Vita C Plus dan B Complex. Disebabkan saya ambik juga set menyusu, jadi saya ada jadual sendiri untuk cara makan. Hari ni nak fokus Set Cantik je tau..


Secara konsisten, saya makan ESP, Vita E Complex & Vita C Plus.. B Complex jarang makan, hehehe ... Ada masanya, saya buat masker. Kadang-kadang sampai hari-hari saya buat masker. Masker paling kerap saya pakai sebelum tidur adalah masker Vita E+Vita C+Vivix.. haaa... kalau pakai masker ni, memang anak saya pandang pelik je tapi yang bestnya masker ni tak lah berserdak so takde masalah masker masuk dalam mata. Saya pakai sepanjang malam. Besoknya, bangun tidur, cuci muka.

Saya guna pencuci muka Nutriwhite Cleanser. Tau tak saya mula guna sejak Februari 2014? Dan sampai sekarang pencuci muka tu belum habis lagi. Masih tiub yang pertama. Jimat dah duit kat situ. takyah nak beli setiap bulan dah pencuci muka. Okey, sesekali skrub la muka tu lepas bermasker. Saya guna skrub muka daripada Safi Rania Gold.

Memang betul, lepas saya amalkan masker dan makan vitamin SET CANTIK SHAKLEE, saya dapat rasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit saya. Kulit saya rasa lebih halus. Jerawat pun dah jarang sangat lah naik kat kulit muka saya. Ada pun, bila tiba hari-hari nak datang bulan tu. Parut jerawat yang dah lama bersarang kat muka saya pun dah semakin pudar dan hilang. Nak hilang terus, mesti lah ambik masa kan. Berapa belas tahun pulak parut tu duduk kat muka saya ni.. Grrrrr...
saya sekarang.. yang penting parut jerawat besar2 kat pipi dah goneeee... weeee...

Apa yang membuatkan saya setia dengan Shaklee dan tak lompat-lompat guna produk lain macam dulu? Off course sebab produk Shaklee adalah semulajadi, selamat dan tanpa  bahan terlarang. Mungkin ada yang sebut, saya cakap macam ni sebab saya jual produk Shaklee kan? Tapi sungguh, memang betul produk Shaklee ni memberikan kesan yang hebat. Tak kisah lah lambat atau cepat (bergantung kepada individu), yang penting ianya selamat dan hanya ada bahan dari sumber semulajadi.

Anda juga punya masalah seperti saya? Mungkin produk Shaklee boleh membantu. Insya Allah.. Cuba dulu, barulah kita tahu kan?

SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut. Saya boleh cadangkan produk Shaklee yang sesuai untuk anda. Jangan ragu-ragu dengan banyak soalan yang tak terjawab. Tanya saya terus, okay?

Adios amigoss... daaaaa....


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 1, 2014

SET CANTIK IDAMAN KALBU

PEREMPUAN... Memang tak lari dengan kecantikan.. Semua ingin tampil berseri-seri di depan orang tersayang..

Sama lah macam saya pun.. Saya inginkan kulit berseri-seri, halus mulus dan bebas cela.. Biar nampak menawan di hadapan suami dan anak-anak. Sebab tu saya pilih SET CANTIK Shaklee ni.. Antara set kegemaran saya sepanjang masa.,

Saya mula mengamalkan SET CANTIK SHAKLEE ni sejak beberapa bulan yang lalu. Masalah kulit saya sebelum ni adalah kulit kusam, jerawat dan parut. Sejak mencuba Set Cantik Shaklee, kulit saya rasa lebih cerah, jerawat semakin jarang wujud dan parut pun semakin pudar. Suka sangat.. Yang penting, suami pun perasan perubahan kulit saya.

Set Cantik Shaklee terdiri daripada ESP, Vita E Complex, Vita C Plus dan B Complex.. Saya juga add on GLA Complex untuk menghapuskan jerawat. Saya memang suka lah set ni sebab ia menjadikan kulit saya lebih cantik berseri berbanding dulu. Orang sekeliling pun ingat saya masih 20-an.. Hehehe.. Malu aiii....


 >______<
PS Azura
013-6014583
Share:

Tuesday, August 26, 2014

AMALAN KECANTIKAN WANITA CHINA

Setiap wanita dilahirkan dengan wajah berbeza mengikut bangsa dan keturunan. Ada yang memiliki hidung mancung dengan mata bundar dan ada juga yang bermata sepet serta hidung kembang. Walau apa pun paras dimiliki, hakikatnya kecantikan itu adalah subjektif. Kecantikan terletak kepada mata yang memandang.

Berbicara mengenai kecantikan, anata yang dikagumi ialah wanita di China yang mempunyai kulit mulus berseri. Wanita di China dikatakan mewarisi kecantikan tradisional turun temurun. Menarikya, amalan harian mereka begitu dekat dengan budaya masyarakat itu sendiri. Kos menjimatkan dan mudah dicari.

Ada empat amalan kecantikan masyarakat China yang boleh kita contohi..

TEH HIJAU
Masyarakat China percaya teh hijau dan teh oolong dapat mencegah penuaan, selain membantu mengurangkan berat badan. Teh juga adalah minuman yang mampu menghangatkan tubuh ketika cuaca dingin.

MINYAK KACANG CAMELLIA
Minyak kacang jenis ini digunakan masyarakat Asia untuk kecantikan. Minyak kacang dikatakan memiliki pelbagai khasiat seperti membantu pertumbuhan rambut, mengatasi masalah kulit daripada bintik hitam, luka terbakar, kesan regangan dan kulit kering.

URUTAN REFLEKSOLOGI
Masyarakat China percaya dengan kekuatan refleksologi. Ia meningkatkan aliran darah, mempercepat proses penyembuhan, mengatasi gejala yang muncul akibat tekanan seperti sakit kepala dan gangguan tidur.

GINSENG
Masyarakat China percaya ginseng mengurangkan letih, meningkatkan stamina, mencegah diabetes, sakit kulit dan mengeluarkan racun daripada badan.

Macam susah je nak cari bahan-bahan ni? Mungkin boleh didapati di kedai-kedai tabib Cina. Nak lagi mudah, amalkan sahaja makanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Kalau selalu makan makanan segera, memang cepat lah kulit tampak tua.

SET CANTIK SHAKLEE juga boleh membantu anda kekal sihat dan cantik. Tak renyah, tak leceh malah harga juga berpatutan. Yang penting, mudah didapati. Nak dapatkan daripada saya pun boleh. Hubungi je nombor yang tertera tu.. heeee...

Azura
sms/whatsapp 013-6014583
Share:

Wednesday, August 20, 2014

LAMBATKAN PENUAAN DENGAN VITA-E COMPLEX


Vita-E Complex Shaklee adalah salah satu vitamin yang terkandung dalam SET CANTIK SHAKLEE.. Kenapa Vita-E Complex dipilih sebagai pelengkap kepada SET CANTIK SHAKLEE? Okay, mari sini saya nak terangkan kenapa.


Vita-E Complex dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Vita-E Complex mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Vita-E Complex membantu melambatkan penuaan. 1 kapsul Vita-E Complex sehari membantu mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Antara khasiat lain Vita-E Complex ialah ;

  • Melindungi jantung
  • Melindungi sel darah merah
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Menghalang platlet darah melekat di dinding arteri
  • Menghalang anemia
  • Meningkatkan kiraan sperma lelaki
  • Meningkatkan kesuburan
  • Memulihkan kemampuan reproduktif
  • Membantu melawan kanser
  • Mengukuhkan sistem imunisasi
  • Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor
  • Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki masalah penglihatan
  • Meningkatkan kelestaarian seksual dan tenaga
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
  • Memperbaiki kitaran darah
  • Merawat bahu kejang, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Memperbaiki parut
  • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit
Saya mengamalkan Vita E Complex sejak hamil kali kedua. Saya tak makan pun sebab Vita-E Complex tak sesuai untuk ibu mengandung. Ia merupakan vitamin dengan anti-oksidan tinggi. Jadi, saya cuba guna sebagai masker muka. Campur dengan sedikit ESP dan air je..Memang membantu mengembalikan seri wajah saya sebab setiap kali pregnant, kulit muka saya mesti banyak jerawat.. hehehe..

ketika pregnant kembar 
(sebelum ambil apa-apa produk Shaklee)

kulit saya sekarang.. Alhamdulillah..

Apa pun, Vita-E Complex memang terbaik dalam membantu melambatkan penuaan. Saya masih mengamalkan Vita-E Complex sehingga sekarang.. Alhamdulillah.. saya dapat rasakan perubahan terhadap kulit saya. Parut jerawat semakin pudar, jerawat pun dah jarang singgah..

Kalau anda berminat untuk mengetahui tentang Vita-E Complex dengan lebih lanjut, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Boleh COD di kawasan Kuala Pilah, Bahau, Senawang & Seremban (Negeri Sembilan) dan pos ke seluruh Malaysia.


^______^
Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Ada Apa Dengan Senyum?



10 sebab kenapa anda perlu senyum ... :-)


  • Senyuman bukan sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

  • Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktif bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

  • Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

  •  Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

  • Universiti Illionis , Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

  • Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang di panggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia lebih gembira.

  • Tahukah kamu, apabila kita tersenyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

  • Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gearakan otot pada saluran pencernaan)usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

  • Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Jadi, banyak-banyakkan lah senyum ye.. Sebab tu dalam Islam pun kita digalakkan senyum.. Senyum tu kan sedekah.. :-)

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 2, 2013

Alfafa Is the Best

Haaa..ni lah rupanya Alfafa Complex tu.. Ni vitamin wajib saya setiap hari selepas je bersalin.. Bagus utk mengelakkan sembelit, menggalakkan susu badan dan memberi tenaga juga..bonus jugak utk merapatkan keintiman wanita..hihihi... Okey, jom kita baca serba sedikit info pasal alfafa ni dan fungsi2 dia.. :')
 
Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi  yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah – buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengna protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Fungsi Alfafa?
 
-Mencuci hati, darah dan usus
-Menghilangkan toksin dari badan
-Membersihkan hati, kolon, darah
-Mencantikkan kulit dan otot
-Menghapuskan lemak
-Mengurangkan kolestrol
-Mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
-Memperbaiki masalah saluran penghadaman
-Mengatasi masalah kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis
-Mengatasi masalah sembelit
-Melawan alahan
-Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
-Menyingkirkan lemak dan kolestrol
-Melawan tumor
-Memperbaiki sel – sel kanser
-Melegakan keletihan
-Mencegah dan merawat atritis
-Detoksifikasi
-Menegangkan kulit
-Merapatkan keintiman wanita
-Melegakan sakit sendi dan belakang
-Merawat asma
-Mencuci buang pinggang dab merawat kencing kotor
-Merawat masalah keputihan pada wanita
-Membesar dan menegangkan payudara
-Memulihkan urat selepas bersalin
-Meningkatkan stamina seorang suami
-Membuang angin dalam badan

Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari – 10 biji setiap pengambilan.
Terdapat 2 saiz, large (700 tablets), small (330 tablets)


Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati