Monday, April 7, 2014

Atasi bibir merekah

Bibir kering atau merekah sering mencacatkan penampilan. Ini boleh menyebabkan kita kurang keyakinan diri apabila berdepan khalayak ramai sebab tak selesa kan? Bibir yang kering akan menyebabkan luka dan menggangu kehidupan seharian.

Antara punca bibir kering ialah pencemaran udara, perubahan suhu, merokok, kurang makan buah atau sayuran, kurang minum air kosong, kecenderungan menjilat bibir, selain bahan kosmetik yang tidak sesuai.

Jangan risau.. Jom atasinya dengan beberapa bahan yang biasa ada dalam dapur kita je.. Cekidaut..


MENTEGA
Mentega bukan sahaja menjadi penyedap masakan, malah lemak yang terdapat di dalamnya boleh mengembalikan kelembapan kulit bibir secara semulajadi, sekaligus membantu mengatasi masalah bibir kering dan merekah. Anda hanya perlu sepotong mentega kecil, kemudian sapukan ke seluruh bibir.

MADU
Madu sangat terkenal dengan 1001 kebaikan. Salah satu daripadanya ialah merawat kulit kering dan mengekalkan kelembapab. Sama seperti mentega, oleskan madu ke seluruh bibir dan biar ia kering dengan sendiri.

TOMATO
Tomato juga merawat masalah bibir kering, selain memberi manfaat pada kulit wajah. Hiris tomato, kemudian sapukan pada bibir. Ingat, jangan bilas dengan air tau. Biarkan ia mengering secara semulajadi.

LOBAK Merah
Lobak Merah mempunyai manfaat dalam mencerahkan warna bibir serta mengekalkan kelembapannya. Kisar lobak merah dengan menggunakan mesin pengisar sehingga bertukar menjadi jus minuman. Sebelum minum, tapis dulu air tersebut, ambil hampasnya dan sapukan pada bibir selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas dan nikmati keenakan jus lobak tersebut.

MINYAK KELAPA
Minyak kelapa juga mempunyai kebaikan dalam merawat kulit bibir yang mengering dan merekah. Sapukan minyak kelapa di kawasan bibir yang terasa kering beberapa kali sehari.

Set Kulit Cantik Shaklee juga iaitu ESP, Vita E, Vita C Plus dan B Complex juga membantu anda untuk mendapatkan kulit dan bibir yang menawan. Vita E tu boleh jugak disapu pada bibir untuk mengatasi masalah bibir kering..

Anda berminat untuk mencuba?
Sila hubungi saya sekarang ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
MY Super Health
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati