Monday, April 14, 2014

Ostematrix Penawar Migrain

Migrain berasal daripada perkataan Greek iaitu Hemikrania yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali sebagai 'vescular headache'.

Migrain merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik dan dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas harian seperti biasa. Malah ada di antaranya tidak lalu makan, minum dan hanya berbaring lemah kerana pesakit yang mendapat gangguan migrain akan mengalami sakit kepala yang teruk.

Tanda-tanda anda menghidap migrain ialah merasa sangat sakit yang amat sangat dan hanya berdenyut pada salah satu bahagian kepala sehingga merebak ke hidung dan mata. Pesakit juga berasa sensitif pada sebarang bunyi, persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot, badan berpeluh dan kulit di sekeliling mata atau dahi kemerah-merahan.

Ini ada sedikit tips untuk anda elakkan migrain

  • Sentiasa mengawal tekanan dan emosi
  • Penghidap migrain perlu mengelak daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana boleh menggangu emosi
  • Sekiranya perut kosong, segera dapatkan makanan untuk alas perut kamu yang kosong itu
  • Dapatkan masa tidur yang lebih tersusun dan berdisiplin bagi memastikan tubuh badan kamu mendapat rehat secukupnya
  • Elakkan makanan yang mengandungi Thyramine seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu
  • Elak daripada mengambil makanan yang mengandungi Monososium Glutamate (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet
  • Hindari minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, nescafe dan alkohol
Ostematrix Shaklee juga membantu dalam menangani masalah migrain ni. Kenapa?

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex yang dikenali sebagai vitamin anti-stress juga membantu dalam menangani migrain. Gabungan Ostematrix & B Complex adalah gabungan yang mantap dalam membantu mengatasi dan mencegah serangan migrain. 

Anda ada sebarang soalan atau pesanan?

Sila hubungi saya pada bila-bila masa;

Zura
013-6014583 
FB Page : MY Super Health
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati