Tuesday, October 7, 2014

KENAPA IBU HARUS MENYUSU BADAN?

Kita sedia maklum tentang kebaikan susu ibu kepada anak. Baca kebaikan susu ibu kepada anak di sini..

Tapi tahukah anda kenapa ibu harus menyusu badan? Sebelum saya pregnant, saya pun tak pasti kebaikan menyusu badan kepada ibu. Yang saya tau, susu ibu bagus untuk anak.

Disebabkan kurangnya ilmu tentang penyusuan susu ibu, saya banyakkan membaca dan mencari ilmu penyusuan susu ibu.. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan si kembar sehingga berumur 1 tahun 11 bulan dan masih menyusukan anak ketiga yang berusia 1 tahun 2 bulan..


Pembaca yang budiman, di sini ingin saya senaraikan 7 kebaikan menyusu badan kepada si ibu.

MENGERATKAN KASIH SAYANG DI ANTARA IBU DAN ANAK
Pihak hospital selalu menegaskan tentang kepentingan penyentuhan kulit di antara ibu dan bayi sebaik sahaja selepas kelahiran. Selain bertujuan mengeratkan kasih sayang di anata ibu dan anak, ianya juga berfungsi untuk merangsang pengaliran susu badan. Terbukti juga anak yang menyusu badan lebih rapat dengan ibu.

MENGECUTKAN RAHIM DAN MENGURANGKAN PENDARAHAN
Penyusuan susu badan sememangnya membantu mengecutkan rahim yang mengembang selepas melahirkan sekaligus mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

MENJARAKKAN KEHAMILAN DENGAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF
Menyusu badan juga merupakan salah satu cara semulajadi untuk merancang keluarga. Walau bagaimanapun, sesetengah individu mungkin mengalami keadaan yang berbeza.

MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN KEPADA BENTUK ASAL
Menyusu badan juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Menyusu badan menggunakan 200 sehingga 500 kalori setiap kali. Bagaimanapun, ibu harus menjaga pemakanan.

MENJIMATKAN MASA DAN WANG
Tak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk susu formula. Masa juga dapat dijimatkan sebab tak perlu penyediaan botol susu, air dan segala macam peralatan susu formula. Selak saja baju, bayi pun kenyang.. Gitu lah konsepnya..

MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA & OVARI
Banyak faedahnya menyusu badan kepada ibu. Ibu juga dapat mengurangkan risiko penyakit.

MENGURANGKAN RISIKO KERAPUHAN TULANG & ANEMIA
Bagi mengelakkan kerapuhan tulang, amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang menyusu badan.

Tahukah anda yang ESP juga membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu? ESP membantu mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu. Pengambilan ESP secara konsisten juga membantu perkembangan fizikal anak secara sihat.


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati