Wednesday, October 8, 2014

RESIPI RINGKAS IBU BERPANTANG

Orang kata waktu berpantang, macam-macam tak boleh makan. Ini tak boleh, itu tak boleh. Hazaaabb katanya.. Tapi hakikatnya, waktu berpantang adalah waktu di mana kita perlu teliti tentang penjagaan makan kita.

Sepanjang saya berpantang, mak saya lah chef saya. Mak sayalah yang masakkan lauk yang simple tapi sedap di tekak saya setiap kali makan tu. Meh saya kongsikan antara resepi lauk sepanjang saya berpantang.

1. Ikan bilis goreng Lada Hitam
Senang sangat. Goreng ikan bilis sampai garing, masukkan bawang merah sikit dan lada hitam. Siap. Jangan banyak sangat minyak tu. Nak goreng tanpa minyak pun boleh tapi jenuh la sikit nak kacau dengan sudip.

2. Ikan Tenggiri Gulai Lada Hitam
Tumbuk kunyit hidup dengan lada hitam. Letak periuk berisi ikan tenggiri dan santan (jangan banyak sangat santan) atas api sederhana. Masukkan kunyit hidup dan lada hitam yang dah ditumbuk tadi. Siap!

3. Jantung Pisang Lada Hitam
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam(tumbuk kasar). Masukkan jantung pisang yang dah dipotong kecil. Kacau sampai jantung nampak lembut. Done!

4. Ikan tenggiri goreng
Goreng macam biasa cuma kurangkan minyak. Lebih sedap kalau goreng garing. Nak letak lada hitam pun boleh.

6. Sup ayam
Tak payah nak tumis2 sangat. Panaskan air dan rebus ayam. Lagi bagus rebus lama supaya ayam lebih lembut. Masukkan bawang merah+bawang putih+halia..

7. Sup lobak putih
Sup lobak putih pun senang je caranya. Rebus lobak putih bersama bawang putih+bawang merah. Letak garam secukup rasa. Siap!

Kenapa asyik guna lada hitam je? haaa..lada hitam (dan lobak putih)  ni salah satu makanan yang menambahkan susu badan tau. Tapi ada juga yang kata tak sesuai untuk baby. Takut kembung perut. So far saya makan lada hitam, baby okay. Apa pun, biarlah berpada ye apa pun yang kita nak makan. Dah nama pun berpantang kan?

Tak lupa juga sewaktu berpantang anak ketiga, minuman faveret saya of course la ESP Milo. Bukan sahaja beri saya tenaga segera. Yelah kan, bila si baby menangis nak susu, dah tentu terkejar2 kan. Nak uruskan si kembar lagi. Nak makan pun tak sempat. Jadi, saya sempatkan lah diri minum esp milo je. Alhamdulillah, susu badan pun banyak. Sempat juga buat stok sewaktu berpantang.

Memang seronok berpantang dengan ESP dan Set Berpantang Shaklee. Kalau waktu kembar dulu, anak dalam hari pun saya dah mula bagi susu formula sikit untuk top up susu badan yang memang malu-malu nak keluar. Tapi berpantang kali kedua, si Aysar memang tak merasa susu formula sampai umur 7 bulan . Alhamdulillah, sekurang-kurangnya pencapaian ni amatlah membanggakan saya sendiri sebagai seorang ibu..

Ibu yang lain mesti lebih hebat daripada saya kan? So, teruskan menyusu badan sehingga anak berusia 2 tahun. Pedulikan lah apa orang nak cakap tentang kita. Berikan yang terbaik untuk anak2. Hanya ibu je yang tau apa yang terbaik untuk anak2.

Dah berkira-kira untuk beli SET BERPANTANG? Jom berpantang cara moden dengan Shaklee.. Saya sedia memberikan khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman saya sepanjang berpantang dengan Shaklee.

SMS atau WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut.
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati