Tuesday, September 2, 2014

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYSAR..

Alhamdulillah.. akhirnya terlaksana juga perancangan untuk meraikan hari lahir Aysar yang pertama. Setelah sebulan perancangan tertangguh. 31 Julai yang lepas Aysar genap setahun. Tapi disebabkan masih dalam mood raya, hari tu pulak Aysar check up + imunisasi setahun di klinik, makanya postphone lah jawabnya.. Sambutan yang pertama kali ni pun sambutan berkembar dengan sepupu Aysar.. 

Nampak remeh kan nak sambut birthday anak segala? Memang lah bukan kewajipan pun.. Sambutan hari lahir sebenarnya salah satu cara untuk menunjukkan kita ambil berat. Saya pernah terbaca satu artikel keibu bapaan. Saya kurang ingat sumbernya. Tapi menurut artikel itu, salah satu cara menunjukkan yang kita ambil berat perasaan anak adalah dengan memberikan hadiah sewaktu hari lahirnya. Mahal atau murah bukan ukurannya. Kita sebenarnya nak mendidik anak-anak supaya tahu menghargai orang lain. 

Apa pun, ummi nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, MUHAMMAD AYSAR HASIF.. Setahun yang sangat mengujakan dan menggembirakan ummi. Keletah Aysar yang manja tetapi berdikari memang menjadi pengubat duka ummi dan abang-abang kembar. 

kek birthday Spiderman request by abang kembar
 ummi & birthday boy.. sambutan yang simple tapi tetap meriah
 abang2 besar.. seronok sebab ramai kawan main
 nak sikittt... birthday boy yang takde can makan kek sendiri
 sambutan serentak.. Happy belated birthday Aysar & Hadi

Catatan suka-suka je ni.. Nampak macam tak ada kaitan dengan Shaklee kan? Tapi jujurnya sambutan hari lahir ni, sumbernya daripada bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan. Baju raya anak2 tempoh hari pun, saya belanjakan daripada duit bonus Shaklee juga..

Bukan lah nak kata dengan duit gaji hakiki, saya tak mampu nak berbelanja. Mampu tapi terhad sangat disebabkan komitmen lain. Tapi kalau dapat lebih dengan bonus SHAKLEE, kenapa nak menolak rezeki kan?

Saya bersyukur kerana telah melibatkan diri dengan bisnes SHAKLEE.. Walaupun menjalankan secara part time, saya tetap perlu komited. Nak juga menjana pendapatan tambahan? Tanpa perlu modal besar, tanpa perlu kesana-kemari cari stok, tanpa perlu meninggalkan keluarga? Semuanya senang dengan SHAKLEE asalkan anda punya semangat, wawasan dan cita-cita yang tinggi. Jangan lupa, rajin dan tak banyak alasan, MESTI ada kalau nak mula part time Shaklee..

Sila hubungi 013-6014583 jika anda betul-betul MAHU... ^____^
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati