Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

TANDA-TANDA BAYI ANDA LAPAR

Bagi ibu baru, mungkin tertanya-tanya macam mana nak tentukan sama ada bayi lapar susu, kan?
Yelah, kadang2 kita pun tak faham maksud tangisan bayi. Mungkin sebab lapar, lampin basah,
kembung perut atau sebab-sebab lain.

Sebenarnya, bagi memastikan bayi bersedia untuk menyusu, Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda berikut;
membuka mulut dan mencari-cari payudara
menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka
membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah, dan mengecap bibir
menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
mengerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis

Seeloknya, sebaik sahaja ibu mengesan tanda-tanda ini, teruskan menyusukan anak secara direct bagi menjimatkan masa. Sekiranya ibu sedang dalam tempoh menyesuaikan penggunaan susu botol kerana akan mula bekerja, boleh lah berikan susu perahan melalui botol susu.

Selamat menyusukan si manja. Enjoy the breastfeeding moment sebab bayi akan semakin membesar dan saat ini lah yang ibu akan rindukan satu hari nanti. 


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saturday, September 6, 2014

AWASI TIDUR SI MANJA

SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME (SIDS) adalah satu kematian mendadak atau tiba-tiba berlaku di kalangan bayi yang berumur kurang 12 bulan. Biasanya bayi ini adalah sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tanpa sebarang sebab kematian nyata atau sebaliknya dipastikan selepas bedah siasat. Selalunya berlaku apabila bayi didapati telah meninggal dunia ketika dibangunkan dari tidur.

Oleh itu, ibu-ibu hendaklah sentiasa awasi dan berjaga-jaga ketika anak tidur.

Peraturan-peraturan tidur yang selamat yang boleh diikuti :

Jangan menyusu bayi ketika dia baring terlentang tidak kiralah menyusu botol mahupun menyusu badan
Buaian seharusnya digunakan di bawah pemantauan ibu atau penjaga
Jangan letakkan bayi di atas katil atau tilam bersama-sama ibu bapa
Letakkan bayi anda dalam katilnya sendiri
Pastikan tilam tidak lembut
Jangan gunakan bantal
Jangan letakkan alat permainan yang lembut di dalam katil bayi ketika tidur
Jangan selimutkan bayi anda melebihi paras lehernya ketika tidur

Mengimbau kembali Aysar(1 tahun 1 bulan) waktu umur dia 3-4 bulan, pernah saya tinggalkan tidur dengan abang-abangnya. Tak lah lama sangat, tapi bila saya check balik, tengok-tengok sebiji bantal (ringan) dan tutup seluruh badan Aysar. Tergamam rasa. Mungkin si abang-abang tidur lasak dan tertolak bantal tu. Cepat-cepat saya angkat bantal tu, tengok Aysar senyum2 je.. Sayu hati mengenangkan kecuaian diri yang boleh memudaratkan anak tu. Dapat pulak anak yang jarang sangat menangis.. Huuhuhuhu..

Apa pun, ibu-ibu tolonglah alert dan berhati-hati. Jangan terlalu selesa bila bayi anda tak berbunyi atau terlalu senyap ketika tidur. Sekurang-kurangnya jenguklah setiap 15 minit. Biarpun leceh tapi itu lah yang mungkin boleh menyelamatkan nyawanya.

Wassalam..
Share:

Tuesday, September 2, 2014

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYSAR..

Alhamdulillah.. akhirnya terlaksana juga perancangan untuk meraikan hari lahir Aysar yang pertama. Setelah sebulan perancangan tertangguh. 31 Julai yang lepas Aysar genap setahun. Tapi disebabkan masih dalam mood raya, hari tu pulak Aysar check up + imunisasi setahun di klinik, makanya postphone lah jawabnya.. Sambutan yang pertama kali ni pun sambutan berkembar dengan sepupu Aysar.. 

Nampak remeh kan nak sambut birthday anak segala? Memang lah bukan kewajipan pun.. Sambutan hari lahir sebenarnya salah satu cara untuk menunjukkan kita ambil berat. Saya pernah terbaca satu artikel keibu bapaan. Saya kurang ingat sumbernya. Tapi menurut artikel itu, salah satu cara menunjukkan yang kita ambil berat perasaan anak adalah dengan memberikan hadiah sewaktu hari lahirnya. Mahal atau murah bukan ukurannya. Kita sebenarnya nak mendidik anak-anak supaya tahu menghargai orang lain. 

Apa pun, ummi nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, MUHAMMAD AYSAR HASIF.. Setahun yang sangat mengujakan dan menggembirakan ummi. Keletah Aysar yang manja tetapi berdikari memang menjadi pengubat duka ummi dan abang-abang kembar. 

kek birthday Spiderman request by abang kembar
 ummi & birthday boy.. sambutan yang simple tapi tetap meriah
 abang2 besar.. seronok sebab ramai kawan main
 nak sikittt... birthday boy yang takde can makan kek sendiri
 sambutan serentak.. Happy belated birthday Aysar & Hadi

Catatan suka-suka je ni.. Nampak macam tak ada kaitan dengan Shaklee kan? Tapi jujurnya sambutan hari lahir ni, sumbernya daripada bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan. Baju raya anak2 tempoh hari pun, saya belanjakan daripada duit bonus Shaklee juga..

Bukan lah nak kata dengan duit gaji hakiki, saya tak mampu nak berbelanja. Mampu tapi terhad sangat disebabkan komitmen lain. Tapi kalau dapat lebih dengan bonus SHAKLEE, kenapa nak menolak rezeki kan?

Saya bersyukur kerana telah melibatkan diri dengan bisnes SHAKLEE.. Walaupun menjalankan secara part time, saya tetap perlu komited. Nak juga menjana pendapatan tambahan? Tanpa perlu modal besar, tanpa perlu kesana-kemari cari stok, tanpa perlu meninggalkan keluarga? Semuanya senang dengan SHAKLEE asalkan anda punya semangat, wawasan dan cita-cita yang tinggi. Jangan lupa, rajin dan tak banyak alasan, MESTI ada kalau nak mula part time Shaklee..

Sila hubungi 013-6014583 jika anda betul-betul MAHU... ^____^
Share:

Sunday, May 25, 2014

Sunday, February 16, 2014

Tips Atasi Morning Sickness


Rindunya waktu pregnantkan kembar dulu.. Well, yang penting waktu pregnant memang best.. Dan dah rezeki saya, untuk kedua-kedua kandungan, saya mengalami alahan dan mual yang teruk tau.. Sampai admit ward sebab hiperemisis gravidum. Morning sickness yang teruk.. Loya, muntah-muntah sampai apa pun yang masuk dalam perut mesti keluar balik walaupun minum air kosong.

Pregnancy kedua rasanya saya lebih sihat berbanding pregnancy pertama... Mungkin jugak faktor kandungan kembar pada pregnancy pertama.. Sebenarnya morning sickness ni agak sinonim dengan ibu hamil. Ianya berpunca daripada perubahan hormon yang berlaku kepada badan kita.

Jika anda hamil, adalah dinasihatkan supaya anda

  • makan sedikit tetapi kerap
  • jangan abaikan pengambilan air
  • jangan abaikan pengambilan vitamin hamil
  • jauhkan diri dari tempat yang panas atau ramai orang
  • banyakkan berehat
  • tidur secukupnya
  • elakkan makanan pedas, berempah atau lain-lain yang berbau kuat
  • makan biskut kosong (tanpa perisa)
Ibu-ibu juga dicadangkan untuk mengambil vitamin seperti berikut
  • Vitalea
  • Sustained Release Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
  • B Complex
Istimewanya Set Hamil Shaklee ni boleh diambil sehingga selepas bersalin tau. Cuma tambah vitamin lain untuk proses berpantang je..

Berminat untuk cuba? Hubungi saya sekarang untuk info lanjut.

Hotline :
013-6014583 / 019-6241209

FB Page : MY Super Health
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Ada Apa Dengan Senyum?



10 sebab kenapa anda perlu senyum ... :-)


  • Senyuman bukan sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

  • Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktif bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

  • Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

  •  Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

  • Universiti Illionis , Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

  • Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang di panggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia lebih gembira.

  • Tahukah kamu, apabila kita tersenyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

  • Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gearakan otot pada saluran pencernaan)usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

  • Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Jadi, banyak-banyakkan lah senyum ye.. Sebab tu dalam Islam pun kita digalakkan senyum.. Senyum tu kan sedekah.. :-)

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 2, 2013

Tanda -tanda bayi tidak cukup susu

Perasan tak anda? Asalkan newborn baby kerap menangis je, orang2 tua akan cakap yang anak tak cukup susu. Kena campur susu tepung la, ape la... Betul ke baby tu tak cukup susu? Cuba check list ni ade tak berlaku pada baby anda? 
 
+bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas 2minggu
+payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan
+bayi anda meragam atau sering letih
+pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu(tanda bayi anda tidak menghisap dengan betul.dptkan nasihat pakar perunding penyusuan atau ibu lain yang berpengalaman)
+selepas hari kelima kelahiran,anda tidak menyalin lampin sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24jam
+bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran
+bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama
+muka bayi anda tidak berisi dalam masa 3 minggu
+kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama

Anda rasa susu anda kurang?Boleh cuba Set Menyusu dari Shaklee.. saya boleh consult anda vitamin yang sesuai dengan budget anda. Boleh hubungi saya utk konsultasi/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati