Monday, November 10, 2014

NAK PANJANGKAN RAMBUT DENGAN CEPAT? BACA INI..

Rasa rimas berambut panjang? Potonglah rambut. Tapi bila dah potong rambut, tak sabar pulak nak rambut panjang. Ada ke cara cepat untuk panjangkan rambut? Terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses pemanjangan rambut. Antaranya ;

UBAHSUAI DIET SEHARIAN
Apa sahaja yang kita makan akan mempengaruhi tubuh badan termasuklah proses memanjangkan rambut. Diet sihat yang merangkumi campuran protein dan nutrien boleh memperbaiki keadaan rambut. Pemakanan seimbang boleh memperkuatkan folikel rambut daripada menjadi rapuh dengan mudah.

JANGAN LAKUKAN SECARA BERLEBIHAN
Menurut Pakar Perubatan Kosmetik & Dermatologi, Dr. Gervaise Gerstner, jika ingin rambut yang sihat, sebaik-baiknya makan makanan yang mengandungi minyak omega-3 seperti ikan salmon ataupun kacang almond. Penting juga untuk menjaga berat badan idea. Ini kerana, cara hidup dan pemakanan yang melampau, di samping tekanan dan peningkatan hormon boleh mempengaruhi kesihatan rambut.

TATARIAS DENGAN BIJAK
Selain menjaga kesihatan melalui pemakanan dan gaya hidup, cara penggayaan rambut juga mempengaruhi kesihatan rambut. Seperti yang kita tahu, penggunaan haba seperti alat pengering rambut, alat melurus rambut dan sebagainya boleh merosakkan rambut. Oleh itu, hadkan penggunaan alatan sebegini dan jangan terlalu kerap penggunaannya. Selain itu, kita juga disarankan agar kurang
mendedahkan rambut kepada sinaran cahaya matahari kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering.

VITAMIN DAN RAMUAN PERAPI
Phytantriol, arginin, minyak ikan dan biotin merupakan elemen yang membantu dalam pengeluaran enzim dan hormon. Elemen-elemen ini penting bagi membantu merangsang pertumbuhan rambut.

Omega Guard , ESP,  Vita-Lea, Collagen Powder pun boleh membantu memanjangkan rambut rupa-rupanya. Sebab apa? Perasan tak bahan-bahan yang saya boldkan di atas? Semua tu terdapat dalam produk Shaklee iaitu ESP, Collagen Powder, Omega Guard dan Vita-Lea,  Patut lah rambut anak saya cepat sangat panjangnya (anak makan Omega Guard) . Sama la jugak macam rambut saya.. Saya makan Collagen Powder & ESP ..Hehehehe..


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

VITAMIN C TERHANGAT DI PASARAN


Sustained Release? Pembebasan berterusan? Maksudnya? Untuk pengetahuan semua, setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk  kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin Cbuah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan  vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee(di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavoid (25% dari bioflavoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai  Vita C Plus. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi,  menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

KELEBIHAN SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
☁merangsang pembentukan kolagen
☁menghalang otot menjadi lembik
☁memperbaiki simptom pendarahan (gusi berdarah, lebam di kulit, kulit kering, ruam dll)
☁mempertingkatkan sistem imun
☁membina sel darah merah yang sihat
☁membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
☁mengurangkan alergi hidung dan kulit
☁mengurangkan flu dan selsema
☁meningkatkan interferon semulajadi tubuh
☁merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan kanser
☁membuang kimia berbahaya dari tubuh
☁menghapuskan radikal bebas
☁mencantikkan kulit
☁mencerahkan kulit
☁melambatkan penuaan
☁menyekat pembentukan pigmen
☁memperbaiki insomnia dan stress
☁mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
☁mengekalkan kapilari darah yang sihat
☁menghindarkan arteriosclerosis
☁menghalang pendarahan dalaman (hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi)

Cukup ke Vitamin C daripada buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60 mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum  mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik  dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Vita C Plus Shaklee adalah vitamin C paling murah di pasaran tau. Sebabnya, satu botol Sustained Release Vita C Plus yang berharga tak sampai RM100 ni  mengandungi 180 biji tablet Vitamin C tau. Boleh tahan sehingga 6 bulan. Murah kan? Memang belian yang berbaloi lah berbanding Vitamin C lain yang berharga RM50 ke atas untuk penggunaan sebulan.

Harga murah, manfaat yang hebat, produk berkualiti sememangnya faktor untuk belian yang berbaloi. Apa tunggu lagi? Sila hubungi 013-6014583 untuk sebbarang soalan dan pesanan. Saya sedia membantu anda. Insya Allah.


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my

Share:

Thursday, November 6, 2014

9 TIPS MENGAWAL MARAH

Adakah anda seorang yang panas baran? Adakah anda seorang yang sangat cepat marah sehingga
mengguris hati orang sekeliling? Adakah anda sedang berusaha untuk mengubah diri anda?


Berikut adalah tips mengawal kemarahan yang mungkin boleh membantu anda.

LUANGKAN WAKTU
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membuatkan anda marah, sebaliknya diam sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10. Beredar seketika untuk menghindari  situasi yang tegang.

SETELAH TENANG BARU LUAHKAN
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara baik dan tidak berapi-api. Luah perkara yang mengganggu fikiran dengan jelas tanpa  menyakiti orang lain.

BERSENAM
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi. Habiskan waktu untuk melakukan
aktiviti fizikal untuk mengalihkan perhatian daripada kemarahan. Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP
Sebelum meluahkan segala kemarahan anda, berfikirlah dengan waras agar tidak menyakiti orang lain.

CARI PENYELESAIAN
Jangan terlalu fokus kepada perkara yang membuatkan anda marah. Sebaliknya fokus kepada  penyelesaiannya.Kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan menambahkan masalah lain.

JANGAN BERDENDAM
Maafkan mereka yang telah membuatkan anda marah. Jadikan kemarahan dan kesalahan orang
lain sebagai pengajaran.

BERJENAKA
Gunakan humor dan jenaka unutk membuatkan suasana lebih ringan. Jangan gunakan humor yang sarkastik kerana akan menyinggung orang lain dan membuatkan masalah semakin rumit.

BERTENANG DAN RELAKS
Lakukan latihan untuk menarik nafas dalam-dalam, membayangkan sesuatu dan meluahkan kata-kata
yang boleh membuat rasa tenang. Anda juga boleh mendengar muzik, menulis jurnal atau melakukan yoga. bagi yang beragama Islam, doa di bawah boleh membantu anda kembali tenang, Insya Allah.


TAHU BILA HARUS MEMINTA BANTUAN
Jika masalah mengendalikan amarah menjadi semakin parah dan anda tidak sanggup melakukannya,
segeralah cari bantuan orang lain. Ini boleh mencegah daripada melakukan perkara lebih buruk dan
menyakiti orang yang anda sayangi.

sumber daripada mode MEGA UTUSAN MALAYSIA

Kemarahan hanya akan menjadikan orang yang kita sayang semakin menjauh. Hargailah orang sekeliling kita sebelum kitakehilangan mereka. Ubah diri ke arah kebaikan. Pesanan ini untuk diri saya dan anda juga.

PS : Jangan marah-marah, nanti cepat tua.. ^____^

Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

SEBAB IBU HAMIL PERLU MAKANAN TAMBAHAN

Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat. Walaupun diet sihat dan seimbang adalah cara yang terbaik mendapatkan nutrien penting semasa hamil, gaya hidup moden yang sibuk mungkin menyebabkan ibu-ibu gagal memperolehnya.


Maka diet tambahan yang mengandungi vitamin dan susu yang diperkuatkan sangat penting. Pengambilannya setiap hari sama ada sebelum dan semasa hamil memastikan anda mendapat cukup nutrien. Berikut adalah jenis-jenismakanan tambahan yang dimaksudkan;

Vitamin pra kehamilan
Doktor mungkin mengesyorkan pengambilan vitamin tambahan untuk memastikan diet anda tidak kekurangan mineral.

Asid folik
Salah satu vitamin tambahan yang amat penting. Merupakan sejenis vitamin B larut air, ia perlu diambil 3 bulan sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku di manan bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh dan hilang upaya kekal. Ibu dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 400mg asid folik semasa pra hamil. Ini boleh mengurangkan risiko spina bifida sehingga 70% .
Bagaimanapun wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi dengan kelemahan tiub saraf, sawan dan diabetes memerlukan dos yang lebih tinggi sehingga 4mg.
(B COMPLEX SHAKLEE mengandungi asid folik)

Kalsium
Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran janin. Anda disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari semasa merancang kehamilan. Anda boleh mendapatkan kalsium daripada produk tenusu seperti susu, dadih dan keju. Jika tidak mengambil makanan tenusu atau alah kepada laktosa, dapatkan kalsium daripada sumber-sumber lain seperti tauhu, roti diperkaya dengan kalsium atau bijirin sarapan, sardin dan ikan salmon.
(Dapatkan sumber kalsium anda daripada susu dan OSTEMATRIX SHAKLEE)

Zat besi
Merupakan unsur penting dalam pembentukan hemoglobin dan peredaran oksigen. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, anda perlu memantau paras zat besi sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi turut mendapat cukup zat besi. Kekurangan zat besi boleh dikaitkan dengan bayi yang kurang berat badan dan meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.
(VITA-LEA SHAKLEE membantu membekalkan zat besi sepanjang kehamilan)

Karbohidrat
Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.

Lemak
Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel. LA dan ALA adalah perintis pembinaan AA dan DHA. Ia amat penting untuk pembentukan otak, retina dan lain--lain tisu saraf.

Protein
Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
(Sumber Protein juga boleh didapati daripada ESP SHAKLEE)

Vitamin A
Vitamin ini penting untuk perekembangan mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Bagaimanapun, dos Vitamin A berlebihan boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi. Produk-produk rawatan jerawat mungkin mengandungi dos vitamin A yang tinggi. Jadi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.
(Gunakan produk yang selamat seperti NUTRIWHITE & ENFUSELLE SHAKLEE)

Vitamin C
Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi anda perlu mengambil cukup vitamin C setiap hari. Ia mudah didapati dalam kebanyakan buah-buahan tempatan.
(Sustained Release VITA C PLUS mampu membekalkan vitamin C yang badan perlukan)

Magnesium
Selain penting dalam pembentukan gigi dan tulang, magnesium mustahak untuk sistem enzim dan penguncupan otot.

Jangan abaikan pengambilan vitamin tambahan ni kerana ia boleh membantu anda pulih cepat dan janin membesar dengan sihat. Pengambilan vitamin tidak menjadikan bayi yang dilahirkan bersaiz besar seperti yang diperkatakan oleh orang. Saiz bayi yang besar mungkin disebabkan oleh genetik atau pemakanan ketika hamil. Berat lahir yang normal adalah diantara 2.5 kg sehingga 4.0 kg.

Pengalaman saya hamil anak kedua dengan consume vitamin kehamilan daripada Shaklee juga mengujakan. Walaupun mabuk teruk di awal kehamilan seperti ketika mengandungkan kembar, tapi saya dapati saya lebih sihat dan bertenaga berbanding kehamilan pertama. Bacaan hemoglobin juga semakin baik setiap kali rutin check up bulanan. Baby yang saya lahirkan pun beratnya 2.72 kg
je. Tak lah besar pun walaupun consume vitamin kehamilan kan?

Mari lalui kehamilan dengan cergas dan ceria sepanjang 9 bulan 10 hari ini. Ibu-ibu pasti lebih sihat dan bersemangat sekiranya sentiasa positif dan menjaga kesihatan dengan baik.

KLIK SINI UNTUK MEMESAN SET HAMIL ANDA

SMS/WHATSAPP : 013-6014583 untuk konsultasi & pesanan. Saya sedia memberikan servis yang terbaik untuk anda.
Share:

28 KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD YANG ANDA PERLU TAHU

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk iaitu sardin, mackerel, herring dan anchovies di perairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan yang biasanya terdapat dalam produk omega di pasaran. Omega Guard Shaklee menggunakan minyak ikan dimana ianya 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.Berbanding produk omega di pasaran, Omega  Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penu 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan  paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (POLYCHLORINATED BIPHENYL- merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)

Antara manfaat Omega Guard yang perlu kita ketahui ialah
♒mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,
♒menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan (pinkish)
♒mencegah penyakit saluran darah & strok
♒menormalkan tekanan darah tingi
♒melincirkan saluran darah & peredaran darah
♒merendahkan kolesterol
♒menghindari pembekuan darah dalam badan
♒mengawal masalah obesiti
♒mencegah arteriosclerosis
♒membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
♒membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
♒membantu perkembangan memori
♒meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
♒mencegah penyakit Alzheimer
♒memelihara penglihatan dan pendengaran
♒mencegah migrain
♒mengawal sistem imun
♒memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang
♒mencegah kanser
♒merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
♒membantu pankreas pesakit kanser berfungsi lebih efektif
♒memelihara fungsi-fungsi sendi
♒mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
♒mencegah arthritis
♒memelihara fungsi sendi
♒mencegah serangan gout
♒menstabilkan emosi
♒membantu perkembangan kesihatan mental (kemurungan, tekanan,insomnia, autisme, hiperaktif, schizophrenia)

Banyak kan manfaat Omega Guard ni? Saya sendiri memberikan Omega Guard kepada anak-anak saya ketika mereka demam, batuk atau selsema. Memang cepat sembuh. Omega Guard juga saya berikan kepada mereka 2-3 kali seminggu untuk merangsang memori mereka, Alhamdulillah, mereka semakin bijak dari hari ke hari.

Omega Guard juga saya berikan kepada ayah saya yang mempunyai masalah asma. Alhamdulillah, syukur jugak sebab dah lama ayah saya tak ke wad kecemasan akibat serangan asma. Sejak konsisten makan Omega Guard, memang jarang sangat la ayah saya lelah2 dan tercungap-cungap macam dulu.

Bulan November ni jugak Shaklee menawarkan promosi Omega Guard tau.
Dua set promosi pulak tu;
              ✔Promosi Omega Guard : Beli 6 Percuma 1 + Keahlian Percuma

                   ✔Promosi Omega Guard : Beli 2 dengan diskaun 5%

Memang jauh lebih murah dan berbaloi. Jadi jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang datang ni. Cepat sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut ye..

Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, November 5, 2014

FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM

Hai pembaca yang budiman.. Kepada u ols yang sangat suka berinstagram, jangan lupa follow kami di Instagram ye.. Klik sini http://instagram.com/kodai_vitamin_omak_den dan klik follow ye..


Boleh search juga ig kami kodai_vitamin_omak_den. Nantikan juga pengumuman kami dari semasa ke semasa. Kami akan anjurkan satu contest Follow, Like & Share.. Ada hadiah menarik menanti anda tau..

Stay tuned tauuu... Love u ols... ✿✿✿
Share:

HELLO COKLAT!!



Kanak-kanak memang sukakan coklat. Tapi ramai yang enggan membenarkan anak-anak makan coklat kerana bimbangkan kesan negatif yang timbul jika memberi anak makan coklat. Kita berpendapat, coklat bukan sahaja makanan yang tidak berkhasiat tetapi juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti dan penyakit jantung.

Tahukah kita bahawa sebenarnya coklat merupakan makanan yang seimbang dan berkhasiat kerana mengandungi nutrien-nutrien yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.

Coklat juga mengandungi anti-oksida yang dikenali sebagai flavoid. Anti oksida ini membantu melindungi tubuh daripada proses penuaan cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok. Flavoid juga dapat melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon.

Phenylethylamine yang ada dalam coklat pula dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika dilanda kemurungan dan kerisauan. Sementara itu, karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.

Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.

Antara kelebihan coklat
❅membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori
❅membantu memulihkan saraf yang letih
❅melambatkan proses penuaan
❅membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
❅membantu menajamkan mata dan minda
❅mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

BACA DI SINI UNTUK INFO LAIN TENTANG COKLAT

Apa pun yang kita makan secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, makan lah coklat berpada-pada. Tetap pentingkan penjagaan gigi dan pilih coklat yang mempunyai kandungan gula yang rendah.

Eh..tiba-tiba teringin pulak nak makan coklat..Kbaiii... ツ

Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

TANDA-TANDA BAYI ANDA LAPAR

Bagi ibu baru, mungkin tertanya-tanya macam mana nak tentukan sama ada bayi lapar susu, kan?
Yelah, kadang2 kita pun tak faham maksud tangisan bayi. Mungkin sebab lapar, lampin basah,
kembung perut atau sebab-sebab lain.

Sebenarnya, bagi memastikan bayi bersedia untuk menyusu, Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda berikut;
★membuka mulut dan mencari-cari payudara
★menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka
★membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah, dan mengecap bibir
★menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
★mengerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
★bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis

Seeloknya, sebaik sahaja ibu mengesan tanda-tanda ini, teruskan menyusukan anak secara direct bagi menjimatkan masa. Sekiranya ibu sedang dalam tempoh menyesuaikan penggunaan susu botol kerana akan mula bekerja, boleh lah berikan susu perahan melalui botol susu.

Selamat menyusukan si manja. Enjoy the breastfeeding moment sebab bayi akan semakin membesar dan saat ini lah yang ibu akan rindukan satu hari nanti. ❤❤❤


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati