Wednesday, November 5, 2014

TANDA-TANDA BAYI ANDA LAPAR

Bagi ibu baru, mungkin tertanya-tanya macam mana nak tentukan sama ada bayi lapar susu, kan?
Yelah, kadang2 kita pun tak faham maksud tangisan bayi. Mungkin sebab lapar, lampin basah,
kembung perut atau sebab-sebab lain.

Sebenarnya, bagi memastikan bayi bersedia untuk menyusu, Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda berikut;
membuka mulut dan mencari-cari payudara
menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka
membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah, dan mengecap bibir
menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
mengerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis

Seeloknya, sebaik sahaja ibu mengesan tanda-tanda ini, teruskan menyusukan anak secara direct bagi menjimatkan masa. Sekiranya ibu sedang dalam tempoh menyesuaikan penggunaan susu botol kerana akan mula bekerja, boleh lah berikan susu perahan melalui botol susu.

Selamat menyusukan si manja. Enjoy the breastfeeding moment sebab bayi akan semakin membesar dan saat ini lah yang ibu akan rindukan satu hari nanti. 


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati