Thursday, November 6, 2014

9 TIPS MENGAWAL MARAH

Adakah anda seorang yang panas baran? Adakah anda seorang yang sangat cepat marah sehingga
mengguris hati orang sekeliling? Adakah anda sedang berusaha untuk mengubah diri anda?


Berikut adalah tips mengawal kemarahan yang mungkin boleh membantu anda.

LUANGKAN WAKTU
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membuatkan anda marah, sebaliknya diam sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10. Beredar seketika untuk menghindari  situasi yang tegang.

SETELAH TENANG BARU LUAHKAN
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara baik dan tidak berapi-api. Luah perkara yang mengganggu fikiran dengan jelas tanpa  menyakiti orang lain.

BERSENAM
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi. Habiskan waktu untuk melakukan
aktiviti fizikal untuk mengalihkan perhatian daripada kemarahan. Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP
Sebelum meluahkan segala kemarahan anda, berfikirlah dengan waras agar tidak menyakiti orang lain.

CARI PENYELESAIAN
Jangan terlalu fokus kepada perkara yang membuatkan anda marah. Sebaliknya fokus kepada  penyelesaiannya.Kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan menambahkan masalah lain.

JANGAN BERDENDAM
Maafkan mereka yang telah membuatkan anda marah. Jadikan kemarahan dan kesalahan orang
lain sebagai pengajaran.

BERJENAKA
Gunakan humor dan jenaka unutk membuatkan suasana lebih ringan. Jangan gunakan humor yang sarkastik kerana akan menyinggung orang lain dan membuatkan masalah semakin rumit.

BERTENANG DAN RELAKS
Lakukan latihan untuk menarik nafas dalam-dalam, membayangkan sesuatu dan meluahkan kata-kata
yang boleh membuat rasa tenang. Anda juga boleh mendengar muzik, menulis jurnal atau melakukan yoga. bagi yang beragama Islam, doa di bawah boleh membantu anda kembali tenang, Insya Allah.


TAHU BILA HARUS MEMINTA BANTUAN
Jika masalah mengendalikan amarah menjadi semakin parah dan anda tidak sanggup melakukannya,
segeralah cari bantuan orang lain. Ini boleh mencegah daripada melakukan perkara lebih buruk dan
menyakiti orang yang anda sayangi.

sumber daripada mode MEGA UTUSAN MALAYSIA

Kemarahan hanya akan menjadikan orang yang kita sayang semakin menjauh. Hargailah orang sekeliling kita sebelum kitakehilangan mereka. Ubah diri ke arah kebaikan. Pesanan ini untuk diri saya dan anda juga.

PS : Jangan marah-marah, nanti cepat tua.. ^____^

Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati