Wednesday, November 5, 2014

HELLO COKLAT!!



Kanak-kanak memang sukakan coklat. Tapi ramai yang enggan membenarkan anak-anak makan coklat kerana bimbangkan kesan negatif yang timbul jika memberi anak makan coklat. Kita berpendapat, coklat bukan sahaja makanan yang tidak berkhasiat tetapi juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti dan penyakit jantung.

Tahukah kita bahawa sebenarnya coklat merupakan makanan yang seimbang dan berkhasiat kerana mengandungi nutrien-nutrien yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.

Coklat juga mengandungi anti-oksida yang dikenali sebagai flavoid. Anti oksida ini membantu melindungi tubuh daripada proses penuaan cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok. Flavoid juga dapat melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon.

Phenylethylamine yang ada dalam coklat pula dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika dilanda kemurungan dan kerisauan. Sementara itu, karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.

Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.

Antara kelebihan coklat
membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori
membantu memulihkan saraf yang letih
melambatkan proses penuaan
membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
membantu menajamkan mata dan minda
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

BACA DI SINI UNTUK INFO LAIN TENTANG COKLAT

Apa pun yang kita makan secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, makan lah coklat berpada-pada. Tetap pentingkan penjagaan gigi dan pilih coklat yang mempunyai kandungan gula yang rendah.

Eh..tiba-tiba teringin pulak nak makan coklat..Kbaiii... 

Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati