ANDA INGIN HAMIL???

Hari ni saya nak share sedikit tips untuk meningkatkan kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil..
BUANG TABIAT BURUK
Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil, suami yang mungkin seorang perokok perlukan hentikan tabiat tersebut. Ini kerana kandungan rokok yang membahayakan akan mengurangkan peluang anda untuk hamil serta mungkin berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang.
BERAT BADAN SIHAT
Wanita yang memilik berat badan kurang (BMI < 20) atau lebih berat badan (BMI > 20)dikatakan sukar dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk hamil. Dapatkanlah berat badan yang ideal supaya lebih mudah untuk hamil, malah lebih cepat untuk kembali langsing selepas kelahiran
KURANGKAN KAFEIN
Penggemar kafein perlu kurangkan pengambilannya jika mahu hamil. Kafein menyebabkan zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko untuk menghidap anemia bila anda hamil nanti.
SPERMA SIHAT
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama bekerjasama mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi elakkan penggunaan penyembur faraj, tampon atau apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.
BERSAMA SETIAP HARI
Telur (ovum) tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia hanya bertahan 1-2 hari sahaja, tetapi sperma hidup lebih lama iaitu 3-5 hari. Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda boleh bersama setiap malam pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 dan 16 bagi mendapatkan waktu optimum hari subur. Melalui cara ini, hari subur anda dianggarkan akan berlaku pada hari ke 14. Namun, ia hanya boleh digunakan oleh anda yang mempunyai kitaran haid 28 hari.
Selamat berusaha, berdoa dan tawakal... :-)
Superummi Zura,
sms/whatsapp/we chat : 013-6014583
0 comments:
Post a Comment