Sunday, March 2, 2014

Kucing Penyebab Keguguran?

Apakah punca keguguran berulang? Perluka rawatan khusus untuk merawatnya?




Terdapat beberapa faktor atau punca yang dikaitkan dengan keguguran berulang. Faktor utama kebanyakan keguguran dikatakan berpunca daripada masalah janin itu sendiri yang mempunyai masalah genetik atau kromosom yang menyebabkan janin itu tidak dapat membesar dengan baik. Janin memerlukan kromosom yang sihat dan tersusun dengan sempurna. Mungkin keadaan kromosom itu tertinggal atau tersalah kedudukannya semasa pembentukan janin sebaik sahaja selepas persenyawaan. Hasilnya, janin itu akan mati sejak dari awal.

Wanita yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid juga kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah memcecah antara empat hingga lima bulan. Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung ialah salah satu penyebab keguguran berulang.

Sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing juga boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Walaupun kucing peliharaan dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebenarnya tiada rawatan khusus bagi masalah keguguran. Biasanya, selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian yang dilakukan mendapati wanita tetsebut mengalami masalah tertentu, contohnya diabetes, rawatan diabetes akan diberikan untuk mengawal paras glukosa dalam darah pada aras yang paling optimum sebelum mengandung.

Seorang wanita yang ingin mengandung harus amalkan pemakanan berkhasiat daripada peringkat awal lagi selain mengambil asid folik dan vitamin. Kalau boleh wanita yang mengandung diberi cuti rehat pada peringkat awal. Anda juga digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran.

Sumber ; Pancasihat

Apa yang menyebabkan keguguran berulang sebenarnya? Wallahualam.. Semua tu rahsia Allah kan.. Apa pun, sesungguhnya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. Yang penting, kita mesti berusaha..

Saya juga nak share, Energising Soy Protein (ESP) boleh membantu menguatkan rahim tau... Insha Allah.. Boleh hubungi saya untuk info lanjut ye.. :-) 

Superummi Zura
Sms/whatsapp/we chat : 013-6014583 FB Fanpage : MY Super Health
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati