Monday, March 31, 2014

Baby Shaklee?


Ni lah salah seorang duta Shaklee.. Hehehe.. Ni baby saya no.3 atau baby Shaklee saya.. Kenapa cakap baby Shaklee pulak? Bukanlah sebab baby ni keluar dari botol Shaklee (macam yang disindir oleh sesetengah orang..pfff). Tapi baby saya ni sebenarnya dah menikmati khasiat Shaklee sejak dalam perut mak dia lagi..

Waktu pregnantkan baby aysar ni, mak memang tak lalu nak minum susu so cuba lah minum ESP untuk kali pertama dalam hidup.. Suplimen Shaklee yang saya ambik ketika pregnant selain ESP adalah Vitalea dan Ostematrix.. Saya rasa ini antara suplimen yang wajib kena ambik lah setiap kali pregnant.. Disebabkan saya memang ada masalah Hb low dan jugak selalu cramp, sakit-sakit pinggang terutama sekali waktu malam, so dua vitamin ni memang membantu saya sepanjang kehamilan.. Masalah sembelit pun tak de.. Alhamdulillah,  set hamil shaklee pilihan saya..

Bersalinkan dia ni pun mudah jugak.. Alhamdulillah.. Ye lah nak compare dengan bersalinkan kembar, memang lagi mudah lah.. hehe.. berat 2.72 kg.. takde lah besar mana kan? Siapa cakap makan supplemen boleh buat baby dalam kandungan besar? Sebenarnya, saiz baby tu bergantung juga kepada genetik atau pun faktor pemakanan ibu semasa kehamilan.. Bagus sebenarnya amalkan supplemen ketika hamil.. Membantu melengkapkan nutrien dan khasiat ibu dan baby.. Yelah kan, keperluan kena lah double.. untuk ibu dan baby.. kalau kembar, kena triple la.. :-)

Hari pertama lepas bersalinkan Aysar, susu badan segan jugak nak keluar.. So, husband bawak ESP ke hospital untuk saya minum..Aysar ada jaundis sikit, dan kali ni saya banned daripada bagi rawatan lain (sus kambing, air tabib cina whatsoever), saya cuma bagi susu badan sahaja.. Dengan izin Allah, kuning Aysar tak teruk dan turun semakin hari.. Hmm.. anak yang pertama, tak banyak ilmu.. ikutkan je cakap orang.. *sigh* Set berpantang shaklee pun best jugak.. saya ambik ESP, Zink, Ostematrix, B Complex..

Alhamdulillah jugak sebab dapatlah susukan Aysar secara ekslusif tanpa susu formula sepanjang 7 bulan yang pertama.. 7 bulan dah top up susu formula sebab kena pergi kursus bermalam ke malam dan stok susu dalam peti dah berapa banyak dah..

Sekarang masih lagi menyusukan Aysar.. masih lagi mengepam walaupun dah minum susu formula.. Alhamdulillah, rezeki Aysar.. waktu kembar dulu, 4 bulan je saya tahan mengepam.. lepas tu bagi direct feeding je sampai umur 1 tahun 11 bulan... Set menyusu Shaklee pulak saya consume, ESP, Alfafa, B Complex & Ostematrix..

Sepanjang Aysar bersama saya sejak dalam kandungan, Alhamdulillah sihat walafiat.. Kalau demam atau selsema, saya ambik Vita C Plus 2 bijik dan patah-patahkan dan jugak Nutriferon, then susukan.. Insha Allah, setakat ni tak ada masalah..

Apa pun, di masa depan kita tak tau.. Yang penting, kena lah jaga kesihatan daripada sekarang.. Jaga jugak kesihatan anak-anak.. Jangan sumbat je segala macam makanan kat anak.. Bagi anak 3 bulan makan? *pengsan*

Anda ada sebarang soalan atau pesanan?
Sila hubungi saya ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
FB Fanpage :  MY Super Health
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati