Friday, March 21, 2014

Peranan Suami dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu



Penyusuan Susu Ibu akan lebih berjaya dengan adanya sokongan daripada orang sekeliling terutamanya suami. Di sini saya nak cerita sedikit tentang peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu yang saya share daripada blog sarakids.com ditambah sedikit ulasan mengikut pengalaman saya.. ehhehehe...


Apa peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu?

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . 
Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. Oleh itu galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 
-Ketiga-tiga anak saya lahir di hospital yang sangat mengalakkan penyusuan susu ibu. Jadi tak ada alasan untuk tak nak menyusu badan. Bersalin anak ketiga, suami bawak ESP selepas saya bersalin sebab susu badan segan nak keluar. Lepas saya minum ESP, alhamdulillah baby kenyang.. 

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – 
 Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.
-Suami membantu menguruskan si kembar pada minggu pertama lepas bersalin. Mandikan, pakaikan baju, main sama2.. Yang penting, dapat kawal emosi si kembar.. Si kembar tak de lah jelous pun dengan baby.. Bonus untuk saya la ni. Dapat anak yang supportive..

3) Bangun tengah malam – 
salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
-Ni kalau suami tak nak bagi kerjasama, jawabnya kena tidur luar lah selama 3 bulan..hahaha...

4) Urutan membanyakkan susu . 
Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi  kelas)  Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. 
-Errr... ni suami tak buat.. tukang urut je yang urut.. tapi suami tolong pegi jemput dan hantar tukang urut ni balik..

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. 
Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.
-Mandikan baby waktu pantang memang suami tak berani, tapi burp kan anak dia boleh buat.. dukung baby pun dia sangat suka buat sampai baby selalunya tidur waktu walid dukung.. 

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . 
Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
-Suami saya sangat menyokong penyusuan susu ibu untuk anak-anak kami

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). 
Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.
-Suami akan tolong pasangkan nursing poncho kalau tak sempat nak carik nursing room terdekat.. 

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). 
Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berulang alik ke klinik.
-Suami sponsor beli pakej pam manual dengan beg, ice pack dll.  Suami pun sangat rajin basuhkan aksesori pam dan botol susu. Hehehe.. dah isterinya malas nak basuh2 ni...

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . 
Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya.  Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial  drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya
-Suami saya sangat supportive, so tak pernah terdengar dia sebut nak bagi anak susu formula di waktu awal kelahiran sampai sekarang. Semua saya yang tentukan.. 


9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. 
Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

credit to sarakids.com

Banyak jugak sumbangan suami saya sepanjang saya menyusukan anak ni. Hehehe... tulis entry ni barulah perasan... hehehe.. by the way, thank you husband for ur cooperations... ;-)

Anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee?  
Sebarang pertanyaan atau soalan, sila hubungi ;

Zura
013-6014583
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati