Monday, March 10, 2014

Pantang Larang Ketika Hamil

Kehamilan adalah sesuatu yang amak ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Anak adalah anugerah dari Allah yang mampu menceriakan hidup kita. Kebiasaannya ketika hamil, orang-orang tua sering mengingatkan kita tentang beberapa pantang larang kan. Kadang-kadang macam tak masuk akal. Tapi sebagai menghormati mereka, ambik jugak lah perhatian. Okey, ni sedikit pantang larang ketika pregnant yang saya jumpa dalam salah satu blog. Jom baca…

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

INFO :  Terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahem (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Bila baca, macam ye macam tidak je kan. Tapi apa pun, ingatlah Allah Maha Berkuasa. Apa pun yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Sebagai ibu hamil, penting untuk kita selalu berhati-hati sepanjang masa. Pemakanan pun mesti dijaga dengan betul sebab kita makan untuk dua orang kan? Selalu saya katakan pada diri sendiri, Enjoy The Moment setiap kali pregnant. So, ENJOICE!! Hehehehe…


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi

sms/whatsapp/we chat : 013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati