Friday, July 4, 2014

CHECKLIST PERSEDIAAN BARANG IBU BERSALIN

Salam Jumaat bersamaan 6 Ramadhan..

Adakah anda sedang menunggu hari untuk bersalin? Nervous tak? Harus lah kan.. Sepatutnya waktu-waktu macam ni anda dah bersedia dengan beg peralatan selepas bersalin kan? Apa isi beg anda tu? Meh check list persediaan barang untuk ibu yang bakal bersalin.

Mengikut pengalaman saya yang lepas dan perkongsian daripada kawan-kawan juga, senarai barang yang PENTING untuk anda sediakan ialah;

CHECKLIST PERSEDIAAN BARANG IBU BERSALIN
BUKU MERAH/ Buku rekod kesihatan (swasta)
Kad pengenalan Ibu (WAJIB ada)
Kad pengenalan Ayah ( terutamanya yang nak teman isteri dalam labor room)

Barang Baby (satu beg untuk masuk labor room)

LAMPIN PAKAI BUANG- satu pun cukup dah
BAJU BABY BERBUTANG - sehelai
BARUT-sehelai
BOOTS & MITTENS-1 set
BEDUNG-sehelai
TOWEL-sehelai

untuk barang baby ketika dalam wad, bawak lah satu lagi beg dengan isi yang lebih banyak daripada senarai atas ni.

Barang Ibu

BAJU BERBUTANG-senang nak menyusu badan
PAD - maternity pads atau pad biasa pun boleh tapi pastikan yang overnight punya sebab darah nifas tu banyak
STOKIN
BARANG-BARANG Peribadi yang lain
AIR SELUSUH (tak ada pun takpa)

Pesanan lain : Sebelum nak masuk Labor Room tu, baca surah Yusuf atau Ayat Kursi sebanyak mana yang boleh. Mohon restu dan keampunan dari suami, ibu, ayah dan mertua dan semua orang lah. Mohon doakan keselamatan dan dipermudahkan bersalin.

Semoga Checklist Persediaan Barang Ibu Bersalin ini membantu anda membuat persediaan yang rapi.

Saya doakan ibu-ibu comel yang bakal bersalin semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan. Jangan lupa berpantang dengan Set Pantang Shaklee ye.. Kesan terbaik untuk jangka masa panjang dan pendek.

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT PESANAN SET PANTANG SUPERB

Sila SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk pertanyaan tentang SET PANTANG SHAKLEE..
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati