Wednesday, September 17, 2014

TANDA-TANDA SI MANJA BERSEDIA UNTUK MAKANAN PERTAMA



Baby 4 bulan boleh ke diberi makan? Hmm..awal sangat tu kak.. Sebaik-baiknya tunggu sampai dia berumur 6 bulan ke atas.Memang seronok dan tak sabar melihat dia makan tapi bersabarlah dulu ye. Dalam usia 4 bulan, usus bayi masih belum terlalu matang untuk menerima makanan pepejal dan hanya sesuai untuk susu ibu atau susu formula sahaja. 

Macam mana nak tau anak sudah bersedia untuk makan?
Dia melihat anda makan dan cuba mencapai makanan tersebut
Dia boleh menahan kepalanya dan mempunyai kawalan leher dan kepala yang bagus
Dia menyandar ke hadapan dan membuka mulutnya apabila makanan diberi
Dia tidak puas dengan hanya meminum susu sahaja

Makanan-makanan baru akan ditolak pada mulanya, tetapi bayi anda akan menerima makanan tersebut jikalau anda sentiasa menawarkan makanan itu. Anda mungkin peerlu menawar sesuatu makanan sebanyak lapan sehingga sepuluh kali sebelum si kecil menerimanya. Anda mahukan si kecil menyukai pelbagai makanan, jadi anda haruslah sentiasa mencuba.


Sementara menantikan umurnya 6 bulan, sebaiknya berilah susu ibu yang berkhasiat. Tetapkan pendirian anda untuk menyusu secara eksklusif selama 6 bulan. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sejak mengandung lagi. Kalau dapat menyusu sampai 2 tahun, lagi lah Alhamdulillah kan?

^_______^
Azura
013-6014583
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati