Saturday, September 6, 2014

AWASI TIDUR SI MANJA

SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME (SIDS) adalah satu kematian mendadak atau tiba-tiba berlaku di kalangan bayi yang berumur kurang 12 bulan. Biasanya bayi ini adalah sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tanpa sebarang sebab kematian nyata atau sebaliknya dipastikan selepas bedah siasat. Selalunya berlaku apabila bayi didapati telah meninggal dunia ketika dibangunkan dari tidur.

Oleh itu, ibu-ibu hendaklah sentiasa awasi dan berjaga-jaga ketika anak tidur.

Peraturan-peraturan tidur yang selamat yang boleh diikuti :

Jangan menyusu bayi ketika dia baring terlentang tidak kiralah menyusu botol mahupun menyusu badan
Buaian seharusnya digunakan di bawah pemantauan ibu atau penjaga
Jangan letakkan bayi di atas katil atau tilam bersama-sama ibu bapa
Letakkan bayi anda dalam katilnya sendiri
Pastikan tilam tidak lembut
Jangan gunakan bantal
Jangan letakkan alat permainan yang lembut di dalam katil bayi ketika tidur
Jangan selimutkan bayi anda melebihi paras lehernya ketika tidur

Mengimbau kembali Aysar(1 tahun 1 bulan) waktu umur dia 3-4 bulan, pernah saya tinggalkan tidur dengan abang-abangnya. Tak lah lama sangat, tapi bila saya check balik, tengok-tengok sebiji bantal (ringan) dan tutup seluruh badan Aysar. Tergamam rasa. Mungkin si abang-abang tidur lasak dan tertolak bantal tu. Cepat-cepat saya angkat bantal tu, tengok Aysar senyum2 je.. Sayu hati mengenangkan kecuaian diri yang boleh memudaratkan anak tu. Dapat pulak anak yang jarang sangat menangis.. Huuhuhuhu..

Apa pun, ibu-ibu tolonglah alert dan berhati-hati. Jangan terlalu selesa bila bayi anda tak berbunyi atau terlalu senyap ketika tidur. Sekurang-kurangnya jenguklah setiap 15 minit. Biarpun leceh tapi itu lah yang mungkin boleh menyelamatkan nyawanya.

Wassalam..
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati