Thursday, September 4, 2014

PERSEDIAAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Assalamua'laikum semua.. sebelum ini ada saya highlightkan Panduan Menyusukan Anak Angkat, kan? Hari ini saya nak sambung sedikit tentang penyusuan anak angkat. Kita fokuskan kepada persediaan menyusukan anak angkat. Bakal ibu-ibu angkat perlu sentiasa bersedia secara mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggunjawab memelihara anak angkat dan menyusukannya.


PERSEDIAAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Persediaan Yang Kurang Daripada 6 Bulan

Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone empat kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku pada awal kehamilan.

Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, tegang dan penuh), hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg empat kali sehari

Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu seperti halba, oat dan minum banyak air. ESP dan Alfafa Complex juga boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

Persediaan Dalam Masa 6 Bulan

1. Enam bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin), setiap hari bersama 10mg Domperidone, empat kali sehari selama 1 minggu.

2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg empat kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.

3. Terus kekalkan dos yang sama sehingga enam minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.

4. Enam minggu sebelum mahu mengambil bayi,hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone.

5. Dua minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap tiga jam. Sebaiknya, gunakan pam elektrik berganda.

6. Peringkat ini, susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti sedikit.

sumber : Soal Jawab Doktor, Panca Sihat


Semoga ibu-ibu akan terus berusaha dan tidak berputus asa. Menjadikan anak angkat sebagi anak susuan adalah perkara yang sukar tapi amat bermakna dalam hidup. Saya doakan susu ibu akan meriah dan banyak supaya dapat diberikan kepada si manja yang amat memerlukannya. ^____^
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati