Tuesday, March 4, 2014

Cara Tingkatkan Kesuburan

ANDA INGIN HAMIL???

Photo: Anda ingin hamil?

Tingkatkan peluang untuk hamil dengan Set Kesuburan Shaklee..
Teruskan usaha anda... Jangan give up..

Jemput PM saya, atau
Sms/whatsapp 0136014583


Hari ni saya nak share sedikit tips untuk meningkatkan kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil..

BUANG TABIAT BURUK
Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil, suami yang mungkin seorang perokok perlukan hentikan tabiat tersebut. Ini kerana kandungan rokok yang membahayakan akan mengurangkan peluang anda untuk hamil serta mungkin berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang.

BERAT BADAN SIHAT
Wanita yang memilik berat badan kurang (BMI < 20) atau lebih berat badan (BMI > 20)dikatakan sukar dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk hamil. Dapatkanlah berat badan yang ideal supaya lebih mudah untuk hamil, malah lebih cepat untuk kembali langsing selepas kelahiran

KURANGKAN KAFEIN
Penggemar kafein perlu kurangkan pengambilannya jika mahu hamil. Kafein menyebabkan zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko untuk menghidap anemia bila anda hamil nanti.

SPERMA SIHAT
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama bekerjasama mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi elakkan penggunaan penyembur faraj, tampon atau apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.

BERSAMA SETIAP HARI
Telur (ovum) tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia hanya bertahan 1-2 hari sahaja, tetapi sperma hidup lebih lama iaitu 3-5 hari. Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda boleh bersama setiap malam pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 dan 16 bagi mendapatkan waktu optimum hari subur. Melalui cara ini, hari subur anda dianggarkan akan berlaku pada hari ke 14. Namun, ia hanya boleh digunakan oleh anda yang mempunyai kitaran haid 28 hari.

Selamat berusaha, berdoa dan tawakal... :-)

Superummi Zura,
sms/whatsapp/we chat : 013-6014583
Share:

Sunday, March 2, 2014

Kucing Penyebab Keguguran?

Apakah punca keguguran berulang? Perluka rawatan khusus untuk merawatnya?




Terdapat beberapa faktor atau punca yang dikaitkan dengan keguguran berulang. Faktor utama kebanyakan keguguran dikatakan berpunca daripada masalah janin itu sendiri yang mempunyai masalah genetik atau kromosom yang menyebabkan janin itu tidak dapat membesar dengan baik. Janin memerlukan kromosom yang sihat dan tersusun dengan sempurna. Mungkin keadaan kromosom itu tertinggal atau tersalah kedudukannya semasa pembentukan janin sebaik sahaja selepas persenyawaan. Hasilnya, janin itu akan mati sejak dari awal.

Wanita yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid juga kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah memcecah antara empat hingga lima bulan. Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung ialah salah satu penyebab keguguran berulang.

Sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing juga boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Walaupun kucing peliharaan dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebenarnya tiada rawatan khusus bagi masalah keguguran. Biasanya, selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian yang dilakukan mendapati wanita tetsebut mengalami masalah tertentu, contohnya diabetes, rawatan diabetes akan diberikan untuk mengawal paras glukosa dalam darah pada aras yang paling optimum sebelum mengandung.

Seorang wanita yang ingin mengandung harus amalkan pemakanan berkhasiat daripada peringkat awal lagi selain mengambil asid folik dan vitamin. Kalau boleh wanita yang mengandung diberi cuti rehat pada peringkat awal. Anda juga digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran.

Sumber ; Pancasihat

Apa yang menyebabkan keguguran berulang sebenarnya? Wallahualam.. Semua tu rahsia Allah kan.. Apa pun, sesungguhnya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. Yang penting, kita mesti berusaha..

Saya juga nak share, Energising Soy Protein (ESP) boleh membantu menguatkan rahim tau... Insha Allah.. Boleh hubungi saya untuk info lanjut ye.. :-) 

Superummi Zura
Sms/whatsapp/we chat : 013-6014583 FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Saturday, March 1, 2014

Tips Mengatasi Anak Sembelit atau cirit-birit




Anak anda ada masalah sembelit atau cirit-birit? Hari ni saya nak share sikit beberapa tips mengatasi anak sembelit dan cirit birit untuk kanak-kanak setahun ke atas. Tips ni memang saya praktikkan kepada si kembar. Alhamdulillah, membantu jugak selain amalkan ambil Mealshakes..

Tips atasi anak sembelit

1. Ketika anak sembelit, sebaiknya jauhkan makanan2 ni iaitu BRAT ; banana, rice, apple sauce & toast.. 
-Kenapa pisang tak boleh? Untuk orang dewasa, yes membantu tapi bagi kanak-kanak yang tak sesuai sebab pisang boleh mengeraskan lagi najis..
-Beras (nasi/bubur) juga tak sesuai ketika sembelit. Gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain, contohnya spagetti, pasta, oat dan lain2..
-sos epal atau unsur epal  juga tak sesuai diberi ketika kanak-kanak sembelit
-toast atau roti bakar 
Makanan-makanan di atas boleh menjadikan sembelit semakin teruk

2. Beri anak makan buah-buahan yang bermula dengan huruf P (in english), contohnya ; papaya, plum, prun, pear, pineapple, peach dll
(note : Also, FRUITS EATEN WITH THE PEEL ON WILL MAKE YOU POOP! Peaches, pears, plums, grapes, blueberries, raisins, berries, cherries, cranberry, dates, prunes, figs, etc)

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari. 

4. Untuk sukatan susu, kalau sembelit, pekatkan susu anak. Bukan macam orang dewasa tau. 

5. Cuba sapukan baby oil pada sekeliling lubang dubur anak supaya senang untuk dia  buang air besar


Tips Atasi Anak Cirit-Birit

1. Kalau cirit birit, elakkan makan buah-buahan P yang saya sebutkan tadi

2. Beri anak BRAT

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari

4. Untuk sukatan susu, cairkan susu anak

TIPS UNTUK MUDAH INGAT ;
Sembelit, ambik P fruit, pekat susu
CiritBirit, ambik BRAT, cair susu

Setakat tu je lah tips nak share.. Semoga memberi manfaat kepada semua.. Salam sayang untuk semua.. :-)

Superummi Zura,
013-6014583
Share:

Sunday, February 16, 2014

Tips Atasi Morning Sickness


Rindunya waktu pregnantkan kembar dulu.. Well, yang penting waktu pregnant memang best.. Dan dah rezeki saya, untuk kedua-kedua kandungan, saya mengalami alahan dan mual yang teruk tau.. Sampai admit ward sebab hiperemisis gravidum. Morning sickness yang teruk.. Loya, muntah-muntah sampai apa pun yang masuk dalam perut mesti keluar balik walaupun minum air kosong.

Pregnancy kedua rasanya saya lebih sihat berbanding pregnancy pertama... Mungkin jugak faktor kandungan kembar pada pregnancy pertama.. Sebenarnya morning sickness ni agak sinonim dengan ibu hamil. Ianya berpunca daripada perubahan hormon yang berlaku kepada badan kita.

Jika anda hamil, adalah dinasihatkan supaya anda

  • makan sedikit tetapi kerap
  • jangan abaikan pengambilan air
  • jangan abaikan pengambilan vitamin hamil
  • jauhkan diri dari tempat yang panas atau ramai orang
  • banyakkan berehat
  • tidur secukupnya
  • elakkan makanan pedas, berempah atau lain-lain yang berbau kuat
  • makan biskut kosong (tanpa perisa)
Ibu-ibu juga dicadangkan untuk mengambil vitamin seperti berikut
  • Vitalea
  • Sustained Release Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
  • B Complex
Istimewanya Set Hamil Shaklee ni boleh diambil sehingga selepas bersalin tau. Cuma tambah vitamin lain untuk proses berpantang je..

Berminat untuk cuba? Hubungi saya sekarang untuk info lanjut.

Hotline :
013-6014583 / 019-6241209

FB Page : MY Super Health
Share:

Friday, February 7, 2014

Set Kulit Cantik Muda Berseri Shaklee

Salam sayang semua.. Jumpa lagi kita dalam blog MY Super Health.. Cewah...  Hari ni nak preview sikit Set Kulit Cantik Muda Berseri Shaklee.. Sebelum tu,nak tepek lah gambar kawan saya, Amirah ni yang merupakan pengguna Set Kulit Cantik Muda Berseri dan mengamalkan set ni secara konsisten. Ketara kan perubahannya? Akui Amirah, kalau dulu malu sangat nak bergambar sebab keadaan kulit dia Tapi sekarang Alhamdulillah syukur dengan kulit sekarang. Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.... :-)


Antara vitamin yang terdapat dalam Set Kulit Cantik Muda Berseri ni ialah Vita E, Vita C, B Complex dan ESP. Jom kita baca apa peranannya...

Vita E Complex
  • melambatkan penuaan
  • mengurangkan kedut, garis halus, akne
  • mengurangkan kesan parut
  • memulihkan tekstur kulit dan tone muka, dada dan otot peha
Sustained Release Vita C Plus
  • membentuk kolagen
  • membantu mencerahkan kulit
  • melambatkan penuaan
  • menyekat pembentukan pigmen (punca jeragat)
B Complex
  • melembapkan kulit
  • mencegah pembentukan pigmen
  • merawat masalah jerawat
ESP
  • awet muda
  • merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • mengurangkan kedutan
  • melambatkan penuaan
  • mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
  • mengurangkan kesan parut
Haa... best kan Set Kulit Cantik Muda Berseri ni? Yang penting Shaklee membantu merawat kulit ke seluruh tubuh badan, bukan di bahagian tertentu je.. 

Apa pun, anda boleh memilih mana-mana kombinasi vitamin untuk kulit mengikut bajet anda. Yang penting, mesti ambil secara konsisten serta jaga pemakanan. Konsultasi akan saya berikan secara percuma setelah anda membuat pembayaran kepada saya.

Nak order? Jom hubungi saya sekarang... :-)

HOTLINE : 
013-6014583 / 019-6241209

FB PAGE :
Share:

Monday, February 3, 2014

Tips Berhenti Merokok

Adakah anda seorang perokok tegar? Sedang berusaha untuk berhenti merokok? Meh sini nak share sikit tips berhenti merokok...
  • Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang lain seperti pensel, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan anda lupa untuk mengambil rokok
  • Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau roti gandum
  • Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana kadar gula rendah
  • Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu yang menggembirakan anda.
  • Jika anda merokok untuk mendapatkan ketenangan, cari ketenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang merokok
  • Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang tidak merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok
  • Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makanan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain
  • Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti sebentar pada akhir nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang
Anda juga boleh cuba berhenti merokok dengan mengamalkan Vita E Shaklee, atau Vivix Shaklee. Vitamin berkenaan mempunyai antioksidan yang tinggi yang membantu membaiki sel-sel yang telah rosak dan menghilangkan ketagihan nikotin dengan pengambilan yang konsisten.

Hubungi saya untuk info lanjut. Katakan TAK NAK kepada rokok dan berhentilah merokok sekarang.. Hormati dan hargailah diri anda dan orang yang tersayang..

HOTLINE :
013-6014583 atau 019-6241209

FB PAGE :
Share:

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin C telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigmen-pigmen hitam pada kulit.

Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 

Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1)Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANAFAAT VITAMIN C

1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)Memguatkan dinding salur darah.

5)Menolong pembentukan tisu gentian.

6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)Mengurangkan kedut pada kulit

7)Membaiki parut pada kulit.

8)mencegah penurunan payudara dan buttock

9)menjadikan kulit lebih cerah

10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Jom dapatkan Sustained Release Vita-C Plus atau Chewable Vita-C 100mg (sesuai untuk kanak-kanak) anda sekarang! Hubungi saya sekarang ...

Hotline : 
013-6014583 atau 019-6241209

FB page :

Share:

Promosi Februari 2014 : Vita-Lea Iron Formula

Februari datang lagi... Bulan ni promosi Shaklee Beli 1 Percuma 6 diteruskan dengan Vita-Lea pulak..

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min' dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandugi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vuta-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia yang terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Antara manfaat Vita-Lea ialah ;

Penambahan Tenaga Segera
pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

Pelengkap Nutrisi
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia

Keupayaan Sistem Produktif
Penting kepada remaja yang sedang membesar

Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

Elemen penting pada Set Tubuh
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid

Melindungi Organ
Melindungi fungsi buang pinggang, jantung dan hati

Biasanya, kami syorkan Vitalea dalam hampir semua set kombinasi di antaranya ; Set Hamil, Set Berpantang, Set Menyusu, Set Kesihatan Optimum, Set Darah Rendah, Set Kencing Manis dan lain-lain.
Tun Dr. Mahathir adalah salah seorang dari jutaan pengguna setia Vitalea tau.. :-)

Dapatkan konsultasi dan nasihat daripada kami sekarang. Kami akan melayan anda sebaiknya.. Peace!

Hotline :
013-6014583 atau 019-6241209

FB Page :
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati