Friday, July 18, 2014

CARA MUDAH BENTUK PERUT SIX PACK

Perut buncit sudah pasti membuatkan sesetengah orang hilang keyakinan diri. Selain kelihatan tak menarik, ia menggambarkan seseorang itu mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

Abang-abang di luar sana mesti ada yang berangan memiliki perut kempis dan berotot seperti hero pujaan masing-masing kan?  Bagi menukarkan perut yang buncit kepada six pack bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.

Di sini saya nak share cara mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan perut yang kempis dan berotot six pack. (SUMBER : .com utusan)

BERSENAM TURUNKAN BERAT BADAN
Sebelum memulakan latihan membina otot, anda perlu menurunkan berat badan terlebih dahulu. Antara senaman yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan ialah dengan melakukan senaman kardio seperti berlari, berbasikal dan berjalan. Namun harus diingat, senaman begini harus dilakukan secara berterusan demi mendapatkan hasil yang memuaskan.

LAKUKAN SENAMAN PERUT
Antara senaman perut yang boleh dilakukan bagi membina otot six pack di kawasan abdomen ialah tekan tubi sit up dan crunches. Jika di rumah anda tidak memiliki peralatan yang sesuai, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja tempat yang sesuai.

Kesemua senaman tersebut perlu dilakukan secara teratur. Selain itu, pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan menjaga waktu tidur bagi mengembalikan semula tenaga yang telah anda gunakan seharian.

AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Pola pemakanan yang teratur merupakan kunci utama untuk membentuk perut six pack. Anda hanya perlu mengurangkan pengambilan kalori, gula, karbohidrat dan lemak. Sebaik-baiknya ambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging putih (ayam), tenusu dan kekacang.

Selain itu, digalakkan minum air putih setiap awal pagi selepas bangun daripada tidur. Menurut kajian, pengambilan air putih sebanyak dua gelas selepas bangun tidur meningkatkan kadar metabolisme tubuh sehingga 24%.

EXTRA : CINCH SHAKE, MEALSHAKES dan ESP Shaklee adalah merupakan sumber protein yang boleh membantu anda membina otot six pack. Berbentuk serbuk yang perlu dibancuh dan diminum, Cinch Shake, Mealshake dan ESP membantu membina otot setelah berat badan turun. Tak lah menggelebeh kulit di bahagian yang dah turun berat tu. Contohnya, perut, peha dan lengan. Otot yang tegap dan pejal akan terhasil dengan pengambilan yang konsisten dan juga senaman yang berterusan.

KLIK SINI UNTUK PESANAN CINCH SHAKE, MEALSHAKES ATAU ESP

Bukan senang nak dapatkan otot six pack. Jadi penting untuk anda memotivasikan diri terlebih dahulu dan dapatkan sokongan daripada rakan-rakan. Kemudian disiplinkan diri dengan mengubah sedikit rutin harian kepada rutin yang lebih sihat. Semoga anda dapat memiliki bentuk badan idaman.

Feel free untuk sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut.
Share:

TIPS DIDIK ANAK BERDIKARI

Si manja mahu berdikari dan tidak suka dipimpin atau dikendong? Ini adalah antara tanda-tanda bahawa si manja anda semakin matang dalam kehidupannya. Ada juga anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa menyebabkan dia menjadi terlalu manja. Sebagai ibu bapa, semestinya kita bimbang akan keselamatannya dan ingin memberikan yang terbaik kepada anak.

Ikuti tips mudah dalam didik anak berdikari ;

  • Beri si manja anda peluang melakukan sendiri. Walaupun hanya sekadar memakai kasut, baju atau menyuap makanan. Biar dan ajar dia buat sendiri. 
  • Jangan terlalu control anak. Tapi sentiasa perhatikan dia dan yakinkan yang anda akan membantu bila dia perlukan bantuan
  • Jangan terlalu menganggap anak anda seakan 'bayi'. Biar dia belajar mematangkan dirinya
  • Beri masa. Jangan terlalu memaksa dan mendesak kalau dia belum bersedia berdikari seperti kanak-kanak lain. Setiap kanak-kanak adalah berbeza.
  • Galakkan jika dia berjaya atau tidak. Sentiasa beri kata-kata perangsang kepadanya. Dia akan semakin yakin untuk mencuba lagi
  • Jangan terlalu mengikut kehendak anak terutama sekali bila melibatkan kehendak yang memudaratkan. Ya, semua orang sayangkan anak tapi jangan sampai sayang anda membawa padah di masa hadapan.
  • Didik anak menghormati orang lebih tua, malah orang lain juga. Tegur dengan tegas sekiranya anak-anak bersikap kasar dengan orang lain. Jelaskan mengapa.
Sebenarnya anak kita mampu untuk berdikari, asalkan kita memberikan sokongan dan galakan kepadanya. Contohnya, kalau umurnya dah sepatutnya diaper-free, bertindaklah melatih si manja anda. Jangan jadikan alasan "anak tak nak kalau tak pakai diapers", "leceh nak bersihkan kalau terbabas terkencing" daan lain-lain untuk kita menafikan yang sepatutnya.

Menjadi ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi. Biarkan anak melakukan kesilapan  supaya dia tahu berdikari bukannya mudah. Insya Allah, kalau ibu bapa yakin dan percaya kepada  anak, anak juga dengan sendirinya percaya kepada diri sendiri. 

Happy parenting, mama & papa.. :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

PRAY FOR MH17

Allahu Akbar..

Nasib MH370 pun masih belum kita ketahui.. Malang menimpa lagi bila satu lagi kapal terbang MA, MH17 dikhabarkan terhempas di Sempadan Russia.. Allahu Akbar.. Sedih rasanya hati ni.. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Allah sahaja yang tau apa sebenarnya berlaku.. Allahu Akbar.. Permudahkan lah segala urusan mereka yang terlibat, Ya Allah..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Takziah diucapkan kepada mangsa dan ahli keluarga mereka..

Al-Fatihah...

#prayforMH370
#prayforMH17
Share:

CILI PADI.. PEDASSSS TAPI BOLEH BUAT TUBUH LANGSING

Kecil-kecil cili padi. Peribahasa Melayu yang menunujukkan biarpun seseorang itu bertubuh kecil tetapi jiwa dan semangat sangat kuat sehingga tak mampu disaingi oleh orang lain. Haa.. macam saya la ni.. Hihihi..

Okey, cerita pasal cili padi ni. Sebenarnya cili padi boleh langsingkan tubuh tau. Rasanya bagi sebilangan besar orang Negeri Sembilan macam saya ni, memang tak sah kalau tak ada cili padi dalam masakan. Kadang-kadang ada yang buat cili padi ni sebagai ulam. Pedas memang pedas, tapi sedapnya tak terkata.

Cili padi juga boleh membantu menurukan berat badan. Menurut kajian di sebuah universiti Australia, ada kebenaran dalam fakta ini. Menurut penyelidikan ini, setiap yang pedas selelunya menyerap lemak.

Cili padi meningkatkan pengedaran darah. Ia juga mengandungi capsaicin dan capsacutin yang diyakini boleh menurunkan berat badan. Ini adalah kerana pengaruhnya terhadap produksi hormon hasil kelenjar tiroid yang berpengaruh terhadap kelajuan metabolisme. Kajian di universiti Australia membuktikan, kelajuan metabolisme 4 daripada 6 orang meningkat selepas makan satu sidu makanan hasil daripada cili padi.

Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, tambahlah cili padi dalam ramuan masakan anda. Walaupun pedas, tetapi memberi manfaat kepada tubuh badan. Jika anda tidak tahan pedas dan tak sanggup nak makan cili padi tetapi masih ingin kurus, cuba je SET KURUS SHAKLEE..

Yang pastinya SET KURUS SHAKLEE tak pedas.. Hehehe... Dengan SET KURUS SHAKLEE, anda mampu menurunkan berat badan sehingga 2 kg dalam masa sebulan asalkan anda mengambilnya secara konsisten dengan panduan yang betul. SET KURUS SHAKLEE bertindak dengan 3 cara iaitu DETOKS, BAKAR LEMAK dan BINA OTOT.


Dengan SET KURUS SHAKLEE, anda tak perlu berlapar tapi mesti lah kena jaga juga makanan yang diambil. Perlu juga bersenam. Kalau ada produk kurus yang bertaglinekan, TAK PERLU BERLAPAR, TAK PERLU BERSENAM, MAKAN JE TERUS TURUN 10 KG... Haaa... jangan lah nak percaya ye.. Memang confirm produk macam tu membahayakan anda.

SET KURUS SHAKLEE adalah rangkaian produk yang selamat. Anda mampu kurus, cantik dan sihat dengan Shaklee secara sihat, selamat dan semulajadi. Sila sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut..

KLIK SINI UNTUK SET KURUS SHAKLEE PILIHAN ANDA
Share:

PAKAI KASUT TINGGI KETIKA HAMIL?



Anda hamil tapi masih teringin memakai kasut tinggi? No no no.. Kasut yang bakal anda gunakan sepanjang kehamilan perlu diberi perhatian sewajarnya. Biarpun hamil, anda masih boleh kekal bergaya tetapi semestinya harus selesa. Jangan pula kasut yang anda pakai mengundang bahaya sehingga menimbulkan kemalangan.

Mungkin panduan berikut membantu anda;

ELAK KASUT TUMIT TINGGI
Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan leper. Jika masih mahu pakai kasut bertumit, maksimum hanya 1 ke 2 inci sahaja. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya pakai kasut bertumit sebelum kandungan mencecah 6 bulan untuk langkah keselamatan anda dan bayi.

TIDAK PERLU MAHAL
Kaki anda mungkin semakin melebar dan membengkak di akhir kehamilan. Biasanya bengkak akan surut selepas melahirkan tetapi lebarnya mungkin kekal. Jadi tak perlu membeli kasut yang mahal danberharap dapat pakai selepas bersalin. Ukuran kasut anda MUNGKIN bertambah kepada saiz 1/2 hingga 1.

JENIS SARUNG
Kasut sarung lebih mudah dipakai ketika hamil berbanding kasut bertali. Sandal selipar yang selesa juga adalah pilihan yang terbaik ketika hamil.

DAYA SOKONGAN KUAT
Kasut yang dipilih juga seharusnya berupaya menyerap hentakan. Jadi, pilih kasut yang mencengkam dan hindari dari tapak yang licin dan mudah tergelincir.

JANGAN SEKADAR MUAT
Beli kasut pada waktu petang atau malam. Saiz kaki kita berada pada tahap maksimum ketika waktu ini. Elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat supaya masalah pengaliran darah di bahagian kaki tidak berlaku.

Ketika hamil, adalah sangat penting anda menjaga kesihatan tulang anda. Pemilihan kasut yang salah hanya akan menyebabkan masalah kepada tulang anda. Tulang ibu perlukan sokongan yang kuat kerana bakal mengendong kandungan yang adakalanya boleh mencecah lebih 5 kg (termasuk uri dan air ketuban).

Untuk kesihatan tulang ketika hamil, dinasihatkan anda mengambil berat tentang pengambilan kalsium. Minum susu secukupnya. Jika susu bukan favorite anda, anda boleh cuba OSTEMATRIX SHAKLEE sebagai alternatif lain.

Saya juga mengamalkan OSTEMATRIX ketika hamil kali kedua disebabkan tak lalu minum susu. Alhamdulillah, kurang masalah sakit-sakit pinggang. Dengan mengamalkan Ostematrix secara konsisten juga, Alhamdulillah badan anak saya kuat dan tegap. Ostematrix juga membantu melawaskan sistem pembuangan ketika hamil.

Anda nak cuba Ostematrix? KLIK SINI UNTUK MEMESAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi terbaik, sila sms/whatsapp 013-6014583 sekarang.
Share:

Tuesday, July 8, 2014

POSISI PENYUSUAN IBU HEBAT

Posisi penyusuan adalah cara bagaimana ibu boleh memegang bayinya semasa menyusu.

KEDUDUKAN IBU
Sebelum ibu meletakkan bayi yang hendak disusuinya, ibu terlebih dahulu hendaklah memastikan kposisi penyusuan yang betul dan selesa. Kedudukan yang ibu boleh amalkan ialah ;

  • Duduk, sama ada di atas kerusi, sofa, kerusi malas, katil atau di atas lantai
  • Berbaring, sama ada menelentang dengan meninggikan kepala atau mengiring
Bagi ibu yang bersalin caesar, posisi penyusuan  dalam kedudukan baring mengiring iaitu meninggikan sedikit kepala ibu dan bayi menghadap ibu adalah kedudukan yang baik dan selesa diamalkan. Bagaimanapun, ibu mesti berhati-hati supaya tidak tertidur bagi mengelakkan bayi lemas.

Bagi ibu yang mempunyai anak kembar, posisi penyusuan bawah ketiak paling sesuai dan mudah dipraktikkan. Tubuh bayi boleh disokong menggunakan bantal menyusu (nursing pillow), manakala ibu memgang dan mengampu kepala bayi. Menyusu sambil berdiri atau berjalan juga boleh, tetapi kaedah ini lebih sesuai untuk bayi lebih besar.

Jangan bongkokkan tubuh untuk menyusu kerana ini boleh menyebabkan ibu sakit dan lenguh tubuh. Jangan lupa pastikan keselesaan diri sendiri terlebih dahulu sebelum meletakkan bayi pada kedudukan yang selesa. Posisi penyusuan yang selesa lebih menggembirakan ibu dan bayi.Barulah penyusuan ibu berjalan dengan lancar.

Jika anda mempunyai masalah selalu letih dan tidak bersemangat akibat berjaga malam menguruskan bayi, dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE SUPERB. Membantu anda lebih sihat dan ceria untuk meneruskan perjuangan anda menyusu anak.

KLIK SINI UNTUK PESANAN SET MENYUSU SHAKLEE SUPERB


SET MENYUSU SHAKLEE membantu memberikan kesihatan yang baik, mood yang ceria dan bersemangat. Dengan itu, ibu-ibu akan dapat menghasilkan pengeluaran susu ibu yang berkualiti.
Share:

Friday, July 4, 2014

CHECKLIST PERSEDIAAN BARANG IBU BERSALIN

Salam Jumaat bersamaan 6 Ramadhan..

Adakah anda sedang menunggu hari untuk bersalin? Nervous tak? Harus lah kan.. Sepatutnya waktu-waktu macam ni anda dah bersedia dengan beg peralatan selepas bersalin kan? Apa isi beg anda tu? Meh check list persediaan barang untuk ibu yang bakal bersalin.

Mengikut pengalaman saya yang lepas dan perkongsian daripada kawan-kawan juga, senarai barang yang PENTING untuk anda sediakan ialah;

CHECKLIST PERSEDIAAN BARANG IBU BERSALIN
BUKU MERAH/ Buku rekod kesihatan (swasta)
Kad pengenalan Ibu (WAJIB ada)
Kad pengenalan Ayah ( terutamanya yang nak teman isteri dalam labor room)

Barang Baby (satu beg untuk masuk labor room)

LAMPIN PAKAI BUANG- satu pun cukup dah
BAJU BABY BERBUTANG - sehelai
BARUT-sehelai
BOOTS & MITTENS-1 set
BEDUNG-sehelai
TOWEL-sehelai

untuk barang baby ketika dalam wad, bawak lah satu lagi beg dengan isi yang lebih banyak daripada senarai atas ni.

Barang Ibu

BAJU BERBUTANG-senang nak menyusu badan
PAD - maternity pads atau pad biasa pun boleh tapi pastikan yang overnight punya sebab darah nifas tu banyak
STOKIN
BARANG-BARANG Peribadi yang lain
AIR SELUSUH (tak ada pun takpa)

Pesanan lain : Sebelum nak masuk Labor Room tu, baca surah Yusuf atau Ayat Kursi sebanyak mana yang boleh. Mohon restu dan keampunan dari suami, ibu, ayah dan mertua dan semua orang lah. Mohon doakan keselamatan dan dipermudahkan bersalin.

Semoga Checklist Persediaan Barang Ibu Bersalin ini membantu anda membuat persediaan yang rapi.

Saya doakan ibu-ibu comel yang bakal bersalin semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan. Jangan lupa berpantang dengan Set Pantang Shaklee ye.. Kesan terbaik untuk jangka masa panjang dan pendek.

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT PESANAN SET PANTANG SUPERB

Sila SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk pertanyaan tentang SET PANTANG SHAKLEE..
Share:

Thursday, July 3, 2014

TIPS KURUS SEMASA BERPUASA

Pejam celik pejam celik dah pun masuk 5 Ramadhan hari ini. Selamat Berpuasa Kawan-kawan semua.. Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu keberkatan dalam hidup kita. Perbanyakkan amalan rohani demi mengejar pahala.. Insya Allah..

Entry kali ni saya nak bercerita juga tentang Tips Kurus Semasa Berpuasa... Semoga memberikan manfaat kepada anda..

Tips Kurus Semasa Berpuasa

JANGAN SKIP SAHUR - ia penting untuk bekalan tenaga sepanjang hari

ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN & BERGAS - ia akan mempercepatkan dehydration

PILIH PROTEIN YANG BERSIH - protein yang terkandung dalam Cinch Shake & ESP membantu lebih lama kenyang.

LEBIHKAN BUAH-BUAHAN-makan buah-buahan ketika bersahur dan berbuka. Buah-buahan membantu lebih kenyang selain mengelakkan daripada sembelit ketika berpuasa.

SENAMAN - berpuasa bukan alasan untuk tidak bersenam. Anda boleh melakukan senaman ringkas di memasak, mengemas rumah, malah berjalan di shopping mall pun dikira sebagai senaman.

KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK-makanan berminyak pastinya berlemak kan? Tau kan itu salah satu punca berat badan bertambah kan?

MINUM AIR BANYAK - sepanjang waktu berbuka sehingga bersahur, jangan pandang ringan akan pengambilan air anda. Penting untuk mengelakkan dehidrasi

TAHAN NAFSU DARI MAKAN TERLALU BANYAK-memang ketika puasa, nafsu kita nak makan macam-macam. Atasinya dengan perbanyakkan amalan rohani dan selalu SABAR...

Tips Kurus ini takkan berkesan kalau anda sendiri tak kuat semangat. Kurangkan yang tak patut, lebihkan apa yang perlu. RAMADHAN bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je, tapi jugak mengawal nafsu kita daripada melakukan perkara yang Allah tak suka.

Selain nak kongsi tips kurus ni,  saya nak senaraikan SET-SET KURUS SUPERB  yang super hot dalam MY Super Health ni. Check this out yaww...

a. ) Alfafa Complex + Lecithin + Cinch Shake
b. ) Alfafa Complex + Lecithin + ESP (sesuai untuk ibu menyusu)
c. ) Alfafa Complex + Omega Guard + Cinch Shake
e. ) Alfafa Complex + Omega Guard + ESP (sesuai untuk ibu menyusu)
f. ) Herblax + Lecithin + Cinch Shake
g. ) Herblax + Lecithin + ESP
h. ) Herblax + Omega Guard + Cinch Shake
i. )  Herblax + Omega Guard + ESP

KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT PESANAN SET KURUS SUPERB

SET KURUS SHAKLEE juga membantu anda menurunkan berat badan secara sihat di samping menghalang anda makan secara berlebihan. Sebabnya SET KURUS SHAKLEE ni membantu dengan 3 cara ; BAKAR lemak, BUANG toksin & BINA otot. Best kan?

Semoga Ramadhan tahun 2014 ni menjadi Ramadhan yang paling bermakna buat kita semua.Jangan lupa tips kurus ni tau.. Babai for now...

^_____^
Azura
013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati