Thursday, August 7, 2014

7 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN

Nak sangat turunkan berat badan.. Nak sangat-sangat.. Tapi kenapa asyik bertangguh?

 "makanan kat rumah terbuka sedap-sedap la, Esok je lah start berdiet"

Ewah.. kalau macam tu, alamat memang lambatlah nak turun berat badan tu.. Takpe lah.. hari ni saya nak share sikit 7 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN untuk semua kawan-kawan yang sedang berusaha menurunkan berat badan.. 

MAKAN SETIAP 3-4 JAM
Kekerapan makan setiap 3 hingga 4 jam sekali tidak akan memberi ruang untuk anda berasa lapar. Bagaimanapun pemilihan makanan perlulah yang seimbang dan ringkas. Contoh seperti buah-buahan, biskut tawar atau roti. 

KARBO KOMPLEKS
Pastikan karbo kompleks menjadi pilihan utama dalam diet anda. Karbohidrat kompleks membekalkan sumber tenaga dengan perlaahan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan lebih masa untuk menukar karbo kompleks kepada gula.

MINUM AIR SEPANJANG HARI
Air kosong mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mempunyai gula dan tidak akan membuatkan berat badan bertambah.

JANGAN BAWA BALIK
Jika anda suka makan makanan manis seperti coklat, jangan bawa balik ke rumah. Anda mungkin akan tewas kepada keinginan anda.

BUAH MEMBANTU
Gula buah-buahan diproses secara berbeza. Serat buah juga memperlahankan penyerapan gula ini.

JANGAN MAKAN SAMBIL MENONOTON TV
Jangan makan makanan ringan sambil menonoton TV.  Anda boleh memilih snek sihat seperti buah-buahan.

KEAJAIBAN SENAMAN
Senaman menghasilkan endorfin yang secara semulajadi akan mengurangkan selera makan. Senaman juga akan mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan dengan memulakan senaman.

(credit to KEVIN ZAHRI)

Bukan mudah nak mulakan diet. Maka dengan itu, adalah perlu anda tetapkan matlamat dan kuatkan semangat. Dapatkan sokongan moral daripada keluarga. Pedulikan kata-kata negatif dari orang yang dengki.. Hehehe..

Selamat mengawal nafsu makan anda... Wassalam ...
Share:

Saturday, August 2, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT DI NEGERI SEMBILAN

Wah gitu tajuk entry kali ni.. hehehehe..

Saya adalah salah seorang pengedar sah Shaklee di Negeri Sembilan. Anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa. Saya sedia memberikan khidmat nasihat dan konsultasi berkenaan kesihatan anda dan juga Shaklee.

Saya menawarkan perkhidmatan penghantaran produk ke rumah atau di mana-mana kawasan seluruh Kuala Pilah, Bahau, Seremban dan Senawang (sekiranya ada ready stock). Saya juga sedia mengepos produk Shaklee kegemaran anda di seluruh Malaysia.

Di sini saya nyatakan, sebaik sahaja anda membuat pesanan kepada saya, anda berhak mendapat :
✐khidmat nasihat dan konsultasi percuma
✐penghantaran ke rumah di seluruh Kuala Pilah, Bahau, Seremban dan Senawang (Negeri Sembilan)
✐tawaran-tawaran istimewa (khas untuk pelanggan saya sahaja)

Saya telah membantu ramai pelanggan saya mendapatkan berat badan idaman, kulit yang cantik dan tahap kesihatan yang mereka ingini. Alhamdulillah.. dengan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat serta tips-tips yang saya kongsikan, mereka lebih sihat daripada biasa. Bila badan sihat, hidup pun lebih riang dan bahagia kan?

Saya juga sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya tentang produk Shaklee yang juga telah saya amalkan selama lebih setahun.

Bantu saya untuk bantu anda. Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda,Azura Yaacob sekarang.

ANDA BERHAK HIDUP LEBIH SIHAT DAN LEBIH BAHAGIA.



Azura Yaacob
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

Alhamdulillah.. hari ni adalah hari Ramadhan terakhir untuk tahun 2014.. Rasa macam baru je masuk bulan Ramadhan, tup tup dah nak beraakhir.. AllahuAkbar..

Esok Insya Allah kita akan menyambut bulan Syawal. Alhamdulillah jugak puasa saya tahun ni penuh.. Memang rare la macam ni.. Hehehe..rezeki tahun ni puasa penuh lagi macam 2012 dulu.. Tahun 2012 penuh sebab menyusu badan.. Tahun ni pun rezeki menyusu badan, penuh jugak puasa.. heeeeee...

Apa pun, dalam kita menyambut Syawal, jangan dilupa lepada mereka yang serba kekurangan ye. Ingat-ingatlah orang yang kurang bernasib baik. Teruskan berdoa untuk semua orang Islam di dunia..

Elakkan dari membazir. Makan pun sama tau. Mesti jaga pemakanan.. Jangan sumbat je makan ikut sedap perut. 

Saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.. Selaamat berhari raya semua.. Jemputlah datang ke rumah.. 

P/S : Kedai vitamin saya tetap buka di hari raya ni.. Takde cuti-cuti.. So kalau nak vitamin di hari raya ni atau bila-bila je, roger saya sms/whatsapp 013-6014583 anytime..

wassalam... ^__________^

Azura
013-6014583
Share:

Wednesday, July 23, 2014

TIPS HILANGKAN EYEBAG


Rutin harian yang menyebabkan kekurangan waktu tidur akan membuatkan mata kelihatan bengkak, tidak bermaya dan menyebabkan munculnya lingkaran gelap mata mata. Mata yang sembab atau mata panda sedikit mencacatkan penampilan sehingga ada yang hilang keyakinan diri.  Sebelum ni saya ada kongsikan TIPS JAGA MATA kan? Hari ini nak kongsikan pula TIPS HILANGKAN SEMBAB PADA MATA atau EYEBAG hanya dengan menggunakan bahan-bahan di dapur anda sahaja.

AIS
Menggunakan ais adalah cara yang paling mudah bagi mengurangkan masalah ini. Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Juga boleh gunakan sudu yang telah disejukkan dalam peti ais. Lekatkan sudu itu ke bahagian mata yang bengkak.

TEH UNCANG
Ambil satu teh uncang dan rendam di dalam air panas. Angkat uncang tersebut dan lekapkan di bahagian mata sehingga uncang tersebut sejuk. Kemudian ulang lagi dengan merendam semula uncang teh tersebut ke dalam air panas dan kemudian letakkan di bahagian mata yang terpejam sehingga sejuk. Ulang proses ini dua hingga tiga kali.

TIMUN
Timun merupakan sejenis sayuran yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Sejukkan hirisan timun di dalam peti ais, kemudian letakkan pada kelopak mata selama 10 minit dan rasai perbezaannya.

ENFUSELLE EYE TREATMENT 
Shaklee juga ada Produk Penjagaan Kulit iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Kalau bab rawatan mata ni, Enfuselle Eye Treatment adalah pilihan terbaik. Memang la tiub kecik je tapi boleh bertahan sehingga lebih 3 bulan tau. Hanya sapukan nipis-nipis je pada permukaan bawah mata. Ini info daripada www.shaklee.com.my


Selamat mencuba tips ni.. Wassalam..

iR Zura
013-6014583

*Konsultasi PERCUMA sepanjang masa selepas pembelian
Share:

Friday, July 18, 2014

7 CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Kerap kali kedengaran ibu menganggap susunya sedikit dan tak mampu menampung keperluan bayi. Ketahuilah tanggapan ini sekadar mainan psikologi. Saya kongsikan sedikit 7 Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu yang mungkin boleh membantu ibu-ibu cantik di luar sana menangani keadaan ini.

❤Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara.
❤Jangan beri puting kosong kepada bayi dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting dan mereject puting susu ibu.
❤Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu terhasil.
❤Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi.
❤Susukan bayi dengan kedua-dua belah payu dara. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payu dara sahaja. hal ini penting agar penstabilan susu setara.
❤Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
❤Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama-sama sedang melalui proses pembelajaran tentang penyusuan susu ibu.

Suplimen penyusuan seperti SET MENYUSU SHAKLEE hanya lah sebagai suplimen untuk meningkatkan kesihatan dan semangat ibu. Pengambilan SET MENYUSU SHAKLEE akan berkesan sekiranya ibu mengikut konsep demand-supply. Menyusu sekerap yang boleh datau mengepam secara konsiten. Pengambilan air masak juga perlu dititik beratkan. Jangan bergantung kepada SET MENYUSU semata-mata tanpa usaha lain. Insya Allah, susu ibu akan semakin meriah dan berkualiti.


SILA SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut..
Share:

FREEDOM FOR GAZA


Salam sayang semua..

Seminggu dua ni rasa sebak sangat bila scroll newsfeed di Facebook.. Cerita tentang Gaza.. Tengok gambar anak-anak Gaza. Subhanallah, anak-anak yang mati syahid. Sedih rasa hati ini..

Terasa diri juga semakin dekat dengan kematian. Mengenangkan diri sendiri, mak abah, suami, anak-anak dan semua orang di sekeliling, semakin rasa sebak di dada. Allahu Akbar.. Sesungguhnya Allah memberikan banyak sangat petunjuk supaya kita kembali mengingatkan Dia. Saya juga selalu lalai dan leka. 

Melihat juga gambar-gambar anak yang menjadi mangsa keganasan zionis Israel, cukup menginsafkan. Cukup membuatkan kita semakin menghargai anak-anak kita. Berbuka puasa ala kadar pun dah cukup mengenyangkan. Alhamdulillah bersyukurnya masih dikurniakan rezeki untuk makan.

Sebagai Islam, apa yang mampu kita lakukan? Hulurkan sedikit sumbangan yang kita mampu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah BERDOA. Berdoa supaya Allah hancurkan zionis Israel. Berdoa agar Allah sentiasa melindungi rakyat Palestin. Berdoa supaya kita dan keluarga juga dilindungi dari segala musibah.

Jangan lupa berdoa. Doa adalah senjata umat Islam. Tak tergambar macam mana hibanya saya menulis entry ini. Hilang rasa semangat saya. Tapi saya kena kuat, kena bangkit. Saya mesti hulurkan sumbangan untuk mereka. Saya mesti jadi jutawan supaya saya boleh beri sumbangan yang lebih  besar kepada rakyat Palestin dan orang yang memerlukan tak kira dimana. Insya Allah.. Aminnnn...

#prayforGAZA
Share:

CARA MUDAH BENTUK PERUT SIX PACK

Perut buncit sudah pasti membuatkan sesetengah orang hilang keyakinan diri. Selain kelihatan tak menarik, ia menggambarkan seseorang itu mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

Abang-abang di luar sana mesti ada yang berangan memiliki perut kempis dan berotot seperti hero pujaan masing-masing kan?  Bagi menukarkan perut yang buncit kepada six pack bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.

Di sini saya nak share cara mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan perut yang kempis dan berotot six pack. (SUMBER : .com utusan)

BERSENAM TURUNKAN BERAT BADAN
Sebelum memulakan latihan membina otot, anda perlu menurunkan berat badan terlebih dahulu. Antara senaman yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan ialah dengan melakukan senaman kardio seperti berlari, berbasikal dan berjalan. Namun harus diingat, senaman begini harus dilakukan secara berterusan demi mendapatkan hasil yang memuaskan.

LAKUKAN SENAMAN PERUT
Antara senaman perut yang boleh dilakukan bagi membina otot six pack di kawasan abdomen ialah tekan tubi sit up dan crunches. Jika di rumah anda tidak memiliki peralatan yang sesuai, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja tempat yang sesuai.

Kesemua senaman tersebut perlu dilakukan secara teratur. Selain itu, pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan menjaga waktu tidur bagi mengembalikan semula tenaga yang telah anda gunakan seharian.

AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Pola pemakanan yang teratur merupakan kunci utama untuk membentuk perut six pack. Anda hanya perlu mengurangkan pengambilan kalori, gula, karbohidrat dan lemak. Sebaik-baiknya ambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging putih (ayam), tenusu dan kekacang.

Selain itu, digalakkan minum air putih setiap awal pagi selepas bangun daripada tidur. Menurut kajian, pengambilan air putih sebanyak dua gelas selepas bangun tidur meningkatkan kadar metabolisme tubuh sehingga 24%.

EXTRA : CINCH SHAKE, MEALSHAKES dan ESP Shaklee adalah merupakan sumber protein yang boleh membantu anda membina otot six pack. Berbentuk serbuk yang perlu dibancuh dan diminum, Cinch Shake, Mealshake dan ESP membantu membina otot setelah berat badan turun. Tak lah menggelebeh kulit di bahagian yang dah turun berat tu. Contohnya, perut, peha dan lengan. Otot yang tegap dan pejal akan terhasil dengan pengambilan yang konsisten dan juga senaman yang berterusan.

KLIK SINI UNTUK PESANAN CINCH SHAKE, MEALSHAKES ATAU ESP

Bukan senang nak dapatkan otot six pack. Jadi penting untuk anda memotivasikan diri terlebih dahulu dan dapatkan sokongan daripada rakan-rakan. Kemudian disiplinkan diri dengan mengubah sedikit rutin harian kepada rutin yang lebih sihat. Semoga anda dapat memiliki bentuk badan idaman.

Feel free untuk sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut.
Share:

TIPS DIDIK ANAK BERDIKARI

Si manja mahu berdikari dan tidak suka dipimpin atau dikendong? Ini adalah antara tanda-tanda bahawa si manja anda semakin matang dalam kehidupannya. Ada juga anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa menyebabkan dia menjadi terlalu manja. Sebagai ibu bapa, semestinya kita bimbang akan keselamatannya dan ingin memberikan yang terbaik kepada anak.

Ikuti tips mudah dalam didik anak berdikari ;

  • Beri si manja anda peluang melakukan sendiri. Walaupun hanya sekadar memakai kasut, baju atau menyuap makanan. Biar dan ajar dia buat sendiri. 
  • Jangan terlalu control anak. Tapi sentiasa perhatikan dia dan yakinkan yang anda akan membantu bila dia perlukan bantuan
  • Jangan terlalu menganggap anak anda seakan 'bayi'. Biar dia belajar mematangkan dirinya
  • Beri masa. Jangan terlalu memaksa dan mendesak kalau dia belum bersedia berdikari seperti kanak-kanak lain. Setiap kanak-kanak adalah berbeza.
  • Galakkan jika dia berjaya atau tidak. Sentiasa beri kata-kata perangsang kepadanya. Dia akan semakin yakin untuk mencuba lagi
  • Jangan terlalu mengikut kehendak anak terutama sekali bila melibatkan kehendak yang memudaratkan. Ya, semua orang sayangkan anak tapi jangan sampai sayang anda membawa padah di masa hadapan.
  • Didik anak menghormati orang lebih tua, malah orang lain juga. Tegur dengan tegas sekiranya anak-anak bersikap kasar dengan orang lain. Jelaskan mengapa.
Sebenarnya anak kita mampu untuk berdikari, asalkan kita memberikan sokongan dan galakan kepadanya. Contohnya, kalau umurnya dah sepatutnya diaper-free, bertindaklah melatih si manja anda. Jangan jadikan alasan "anak tak nak kalau tak pakai diapers", "leceh nak bersihkan kalau terbabas terkencing" daan lain-lain untuk kita menafikan yang sepatutnya.

Menjadi ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi. Biarkan anak melakukan kesilapan  supaya dia tahu berdikari bukannya mudah. Insya Allah, kalau ibu bapa yakin dan percaya kepada  anak, anak juga dengan sendirinya percaya kepada diri sendiri. 

Happy parenting, mama & papa.. :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati