Ada sedikit tips ringkas yang saya mahu kongsikan hari ni. Tips supaya ibu berkerja tak tension apabila diterkam anak yang tak sabar nak menyusu badan sebaik sahaja balik dari bekerja... Biasa lah,bila balik dari kerja dalam keadaan penat, dengan anak yang memang dah lama menunggu kita nak menyusu, sedikit sebanyak akan menjejaskan emosi ibu kan? Ada masanya lah akan buatkan
kita sedikit tertekan sebab penat.
Kata kuncinya adalah SENTIASA BERSEDIA!!
Macam saya, bekerja sebagai seorang guru yang ada masanya balik lambat, ada masanya balik awal. Dan anak yang kecik tu pulak kalau saya balik je rumah, memang dia terus tepuk-tepuk dada atau selak baju saya, mintak upah sebab kena tinggal la tu. Tak boleh bawak berunding nak tunggu-tungu sekejap. Dia nak on the spot je. Hehehe.. jadi saya amalkan beberapa tips ni supaya saya tak stress dan si baby pon tak emosi.
1. Selesaikan semua kerja urgent di sekolah
2. Solat Zuhur / Asar siap-siap sebelum balik rumah
3. Makan atau alas perut sebelum balik rumah (perut yang lapar akan menjejaskan emosi)
4. Perbanyakkan berzikir dalam perjalanan balik rumah supaya lebih tenang
5. Beri salam dan senyuman yang manis kepada si manja
6. Peluk dan cium anak-anak yang lebih tua
7. Peluk dan cium baby
8. Menyusukan si baby
9. Bercerita tentang hari itu kepada baby menyusu
Kalau nak buat kerja rumah lepas tu, pastikan bayi dah puas menyusu. Boleh lah letakkan dia bermain sambil buat kerja di depan dia. Ha.. macam tu lah kalau anak saya. Dia menyusu pun bukan sebab lapar sangat, tapi sebab dia rasa rindu dengan pelukan dan bau kita lepas hampir seharian tak jumpa. It's all about bonding kan? Bila dah rasa puas, okey je dia main sendiri asalkan ada depan mata dia, cukup.
Anak nak berdukung je? Anak saya kadang-kadang macam tu jugak. Apa nak buat? Guna lah babywearing. saya guna soft carrier structured (SSC) bila masa anak saya nak berpegang je. So, kerja saya jalan, anak pun tak menangis. Insya Allah, ada je cara nak handle anak-anak. Jadi mak-mak
ni, lama-lama kita pun ada solution sendiri untuk setiap masalah. Jangan stress2 ye..Enjoy the moment bila anak masih kecil ni. Besok-besok dia dah besar, dah tinggal jauh, kita jugak yang akan rindu nak dukung dia.. hehehe...
hero emak yang heyyybaattt...
0 comments:
Post a Comment