Wednesday, October 9, 2013

9 Rahsia Badan Langsing



Memiliki tubuh badan yang langsing pasti menjadi impian wanita, bukan? Okay, mari kita share skit rahsia langsing yang boleh kita praktikkan.

  • UKUR BERKALA
Sebelum melakukan sebarang aktiviti melangsingkan badan, pastikan anda ukur dulu badan ; ukuran berat, lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Dengan itu, baru anda tahu sama ada aktiviti tu berkesan atau tidak.
  • SUSUN POLA PEMAKANAN
Makanan memainkan peranan penting untuk langsing. Maka, ubahlah pola pemakanan anda dengan mengurangkan makanan berlemak, manis dan berkarbohidrat dan menggantikannya dengan makanan yang lebih sihat seperti yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan.
  • KELUAR DAN MASUK PERLU SEIMBANG
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, tak bermaksud anda tak boleh menikmati makanan lazat. Prindip paling penting ialah, ‘kadar pengeluaran’ mesti seimbang dengan ‘kadar kemasukan’, bermaksud jika anda makan banyak, maka aktiviti yang perlu dilakukan juga mesti banyak supaya semua kalori yang masuk dapat dibakar dan dikeluarkan dari badan.
  • BERSENAM
Tak perlu melakukan senaman yang berat, cukup sekadar teratur dan selamat. Bermain dengan anak-anak pun boleh dikira sebagai senaman, di samping dapat meluangkan masa bersama mereka.
  • KAWAL NAFSU
Perasaan kenyang dan lapar dikawal oleh fikiran anda sendiri. Jika berfikir sudah kenyang, maka memang anda berasa sedemikian , begitu juga sebaliknya. Jadi penting untuk anda mengawal nafsu makan supaya fikiran dan kehendak bergerak seiringan.
  • THE HIJAU SETIAP HARI
The hijau dikatakan dapat mengekalkan berat badan dan meningkatkan metabolisme serta membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
  • AIR KOSONG
Ketika dalam usaha menurunkan berat badan, tentunya anda berhadapan dengan situasi tergoda dengan makanan lazat kan? Jadi, jangan mengalah. Minum air kosong dengan banyak supaya makanan tersebut dapat dicerna dengan lebih cepat
  • LAKUKAN BERPASANGAN
Lakukan aktiviti menurunkan berat badan ini bersama pasangan(suami, ibu, bapa, kawan-kawan) yang mempunyai keazaman yang sama seperti anda supaya tidak berhenti separuh jalan. Melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan motivasi anda.
  • KEPENTINGAN SAYUR – SAYURAN
Sayur-sayuran dapat membantu proses penghadaman dan seterunya, membantu tubuh mencerna dengan lebih baik. Oleh itu, jadikan sayur-sayuran sebagai sajian utama anda.

Selain daripada itu, pengambilan produk Shaklee yang sesuai juga berkesan untuk mengurangkan berat badan. Tapi mesti ingat tau, apa pun produk yang anda ambik untuk kuruskan badan, ianya tidak akan berjaya tanpa amalan pemakanan yang betul dan gaya hidup yang sihat.


Jika anda inginkan konsultasi mengenai set kurus Shaklee, sila hubungi saya ;


Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Ada Apa Dengan Senyum?



10 sebab kenapa anda perlu senyum ... :-)


  • Senyuman bukan sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

  • Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktif bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

  • Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

  •  Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

  • Universiti Illionis , Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

  • Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang di panggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia lebih gembira.

  • Tahukah kamu, apabila kita tersenyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

  • Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gearakan otot pada saluran pencernaan)usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

  • Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Jadi, banyak-banyakkan lah senyum ye.. Sebab tu dalam Islam pun kita digalakkan senyum.. Senyum tu kan sedekah.. :-)

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Bahaya Kasut Tinggi

Beauty is pain! Ramai yang sedar kesan penggunaan kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan si pemakai, tapi masih juga memakainya dengan alasan mahu memiliki gaya tatkala mengatur langkah. Kepelbagaian kasut tinggi yang sentiasa up-to-date membuatkan wanita sukar untuk menepis keinginan memilikinya terutama bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian. Walau apa pun alasan, penggemar kasut tinggi harus sedar risiko-risiko yang boleh terjadi kesan dari pemakaiannya.

TERGELIAT
Apabila memakai kasut tumit tinggi, kedudukan kaki yang tidak stabil akan menyebabkan kaki cenderung untuk tergeliat terutama pada bahagian buku lali.

BUNION
Benjolan yang disebabkan ibu jari kaki tertolak ke arah jari lain yang juga dipanggil hallux valgus. Ia kerap terjadi kepada mereka yang gemar memakai kasut yang ketat dan bertumit tinggi. Ia akan menyebabkan rasa tidak selesa terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing.


OTOT
Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama iaitu melebihi tempoh enam bulan dan berterusan boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek,biarpun ketika berehat.

TULANG BELAKANG
Sakit tulang belakang. Apabila menyarung kasut tumit tinggi, berat badan akan dialihkan ke bahagian hadapan kaki dan keadaan itu menyebabkan tulang belakang tertolak. Tolakan itu berlaku bagi mengekalkan  keseimbangan yang mana lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit tulang belakang.

OSTEOARTRITIS
Penyelidik dari Universiti Harvard menyifatkan masalah Osteoartritis (radang sendi) sangat berkait rapat dengan penggunaan kasut tumit tinggi. Ini kerana ia turut menjejaskan tahap kesihatan lutut terutama bagi mereka yang mengalami masalah arthritis.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Duduk sambil melunjurkan kaki selama 10 minit boleh membantu memperbaiki aliran darah. Urutan juga mampu melancarkan perjalanan darah. Jadi lakukan dengan lebih kerap.
  • Kurangkan kekerapan pemakaian kasut tumit tinggi. Pakai kasut tumit tinggi dan runcing untuk majlis tertentu sahaja.
  • Tukar kasut setiap hari, sebaik-baiknya selang-seli pemakaian kasut tumit tinggi dengan kasut bertapak rata.
  • Untuk pemakaian setiap hari, pilih kasut dengan ketinggian tumit tidak melebihi empat hingga lima sentimeter (satu setengah hinggi dua inci).
  • Setiap saiz kasut berbeza mengikut jenis dan jenama. Jangan pilih kasut semata-mata berdasarkan saiz yang tertulis tetapi belilah mengikut keselesaan kamu.
  • Pilih kasut yang boleh memberi sokongan dan keselesaan mengikut bentuk kaki. Terdapat kasut yang boleh membuatkan kaki kamu nampak kecil tetapi ia juga mungkin juga membuatkan kamu tidak selesa apabila memakainya
Shaklee juga mempunyai produk khas untuk membantu dalam masalah tersebut di atas. Saya syorkan pengambilan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Ostematrix untuk mengatasi masalah kesan buruk dari pemakaian kasut tinggi.
Jika anda inginkan konsultasi mengenai sakit2 berkaitan sendi dan tulang, sila hubungi saya :
AZURA
SID NO. 930120
call/sms/whatsapp 019-6241209
FB page : MY Super Health
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Thursday, October 3, 2013

Penjagaan selepas Caesarean

 
Bagi yang tidak mempunyai pengalaman bersalin secara caesarean, sebenarnya ia sama seperti bersalin normal di mana ada darah nifas selepas bersalin. Hukum Islam menetapkan seseorang wanita hendaklah mandi hadas besar apabila darah nifas telah kering sebelum melakukan hubungan kelamin dengan suami.

Luka caesarean biasanya akan sembuh sebulan selepas bersalin. Jadi sebaik-baiknya lakukan hubungan kelamin selepas 6-8 minggu selepas bersalin. Berkenaan adakah hubungan kelamin selepas bersalin secara pembedahan caesarean akan sama seperti sebelum mengandung, ia bergantung kepada faktor-faktor perubahan hormon. Biasanya ibu-ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah disebabkan pengeluaran cecair (pelincir) di faraj yang berkurangan kerana badan lebih fokus kepada pengeluaran hormon prolaktin untuk penyusuan bayi. Ibu juga mudah mengalami keletihan kerana menguruskan bayi kecil terutama yang asyik meragam pada waktu malam menyebabkan ada yang tidak cukup tidur.

Selain itu, pasti ada yang merasa was-was dan takut luka caesarean akan terbuka atau terasa sakit. Luka tersebut sepatutnya sembuh selepas sebulan. Tetapi jika anda memang terasa sakit sewaktu bersama suami, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda boleh meminta doktor melakukan ultrasoud scan pada bahagian luka caesarean utntuk memastikan tiada sebarang masalah atau komplikasi. Rasa sedikit ngilu pada tempat caesarean adalah perkara biasa.

Pengambilan vitamin tambahan seperti kalsium (boleh digantikan dengan susu), multi vitamin dan vitamin C sangat digalakkan untuk diambil selepas bersalin secara caesarean bagi mempercepatkan penyembuhan. Jangan terlalu berpantang dan perlu mengelak daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
(Profesor Dr.Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar O&G HUSM Kubang Kerian)


Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 2, 2013

Alfafa Is the Best

Haaa..ni lah rupanya Alfafa Complex tu.. Ni vitamin wajib saya setiap hari selepas je bersalin.. Bagus utk mengelakkan sembelit, menggalakkan susu badan dan memberi tenaga juga..bonus jugak utk merapatkan keintiman wanita..hihihi... Okey, jom kita baca serba sedikit info pasal alfafa ni dan fungsi2 dia.. :')
 
Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi  yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah – buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengna protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Fungsi Alfafa?
 
-Mencuci hati, darah dan usus
-Menghilangkan toksin dari badan
-Membersihkan hati, kolon, darah
-Mencantikkan kulit dan otot
-Menghapuskan lemak
-Mengurangkan kolestrol
-Mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
-Memperbaiki masalah saluran penghadaman
-Mengatasi masalah kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis
-Mengatasi masalah sembelit
-Melawan alahan
-Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
-Menyingkirkan lemak dan kolestrol
-Melawan tumor
-Memperbaiki sel – sel kanser
-Melegakan keletihan
-Mencegah dan merawat atritis
-Detoksifikasi
-Menegangkan kulit
-Merapatkan keintiman wanita
-Melegakan sakit sendi dan belakang
-Merawat asma
-Mencuci buang pinggang dab merawat kencing kotor
-Merawat masalah keputihan pada wanita
-Membesar dan menegangkan payudara
-Memulihkan urat selepas bersalin
-Meningkatkan stamina seorang suami
-Membuang angin dalam badan

Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari – 10 biji setiap pengambilan.
Terdapat 2 saiz, large (700 tablets), small (330 tablets)


Share:

Tanda -tanda bayi tidak cukup susu

Perasan tak anda? Asalkan newborn baby kerap menangis je, orang2 tua akan cakap yang anak tak cukup susu. Kena campur susu tepung la, ape la... Betul ke baby tu tak cukup susu? Cuba check list ni ade tak berlaku pada baby anda? 
 
+bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas 2minggu
+payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan
+bayi anda meragam atau sering letih
+pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu(tanda bayi anda tidak menghisap dengan betul.dptkan nasihat pakar perunding penyusuan atau ibu lain yang berpengalaman)
+selepas hari kelima kelahiran,anda tidak menyalin lampin sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24jam
+bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran
+bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama
+muka bayi anda tidak berisi dalam masa 3 minggu
+kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama

Anda rasa susu anda kurang?Boleh cuba Set Menyusu dari Shaklee.. saya boleh consult anda vitamin yang sesuai dengan budget anda. Boleh hubungi saya utk konsultasi/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Monday, September 2, 2013

CoQHEALTH PLUS untuk Jantung Sihat

CoQHealth Plus 
Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga


Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil supplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikanberat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung anda.

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ – organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQHealth TM Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak the hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan system penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi dengan penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat :
  1. Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  2. Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  3.  Meningkatkan peredaran darah
  4. Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Selain daripada itu, CoQ10 juga berkesan dalam ;

Menjaga kesihatan kardiovaskular
 Meningkatkan kesuburan lelaki
·         Menangani penuaan
·         Menyihatkan gigi
·         Menangani tekanan darah tinggi
·         Mengatasi masalah migrain
·         Meningkatkan kesihatan ginjal
·         Menangani masalah akibat kekurangan CoQ10  secara genetic
·         Mengelakkan daripada scepat letih
·         Meningkatkan kesihatan saraf dan otak

Dos pengambilan : Sebiji kapsul sehari selepas makan

*Jauhi daripada kanak – kanak. Bagi perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.


Hubungi saya SID anda,
ZURA 
SID NO. : 930120
CALL/SMS/WHATSAPP/LINE : 019-6241209
FB PAGE : MY Super Health
Share:

Saturday, August 24, 2013

Berpantang cara Shaklee

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas kelahiran putera ketiga saya 31 Julai 2013 lepas.. Syukur juga kerana kelahiran kali ni lebih mudah daripada bersalin kembar dulu.. Apa pun, sekali lagi dipanjatkan kesyukuran sebab Allah dah mengurniakan 3 hero untuk saya..

Kali ni saya berpantang dengan Shaklee.. Ye, mmg dah set mind nak berpantang dengan Shaklee.. Pengalaman kali pertama dulu, berpantang dengan jamu which is bukan untuk saya.. Terkejar2 dengan rutin waktu berpantang dulu di samping anak2 menangis oleh kerana kurang kenyang sebab susu badan kurang.. Serius sangat tension waktu ni... Anak2 pun mengalami jaundis yang agak tinggi.. Stress rasa.. lagipun, kali pertama jadi ibu kan..

Berpantang dengan Shaklee rasanya lebih mudah.. Saya memilih Vitalea, Zinc Complex, B-Complex, Ostematrix sebagai set berpantang saya.. Add on dgn ESP dan Alfafa sebagai milk booster.. Okey, ESP dan Alfafa ni mmg supplemen must-have saya..

Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Memang ada makanan2 yang mempunya vitamin dan mineral berkenaan tetapi disebabkan banyak jenis makanan yang perlu dielakkan pengambilannya ketika berpantang, maka Vitalea lah jawapan yang terbaik untuk cover vitamin dan mineral tersebut.

B Complex bertindak sebaga vitamin anti stress bagi mengelakkan masalah meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga meningkatkan pembentukan sel darah merah agar kita kurang letih dan lebih bertenaga.

Zinc Complex pula penting untuk pembaikan luka jahitan dan luka dalaman. Walaupun kelahiran kali ini, saya beruntung sebab tidak dijahit, tapi saya still makan Zinc Complex juga supaya luka dalaman yang kita tak nampak terjaga dan sembuh dengan baik.

Ostematrix adalah salah satu sumber kalsium untuk manusia. Disebabkan bayi telah mengambil sumber kalsium dari ibu, maka Ostematrix adalah jawapan untuk menggantikkannya selain susu. Ostematrix juga membantu mengurangkan kesakitan tulang belakang dan sendi2.

ESP dan Alfafa pula sebagai milk booster.. Alhamdulillah, setakat hari ini, putera saya (24 hari) masih menyusu badan sepenuhnya. jaundis pun kurang dan sekejab je.. Abang2 dia dulu dah merasa susu formula di awal kelahiran sebab kurangnya susu badan saya.. Tak apa lah, rezeki masing-masing.. kali ni syukur lah sebab susu badan banyak juga kalau dibandingkan dengan dulu.. ESP + Alfafa ni boleh lah dikatakan milk booster terbaik untuk ibu menyusu.. Inshaa Allah..


Anda masih tercari2 set berpantang? Saya syorkan Set Berpantang Shaklee ni.. Boleh hubungi saya untuk berkongsi pengalaman, konsultasi, maklumat atau pesanan. Saya sedia melayan anda bila - bila masa sahaja. Inshaa Allah..
Wassalam..

Hubungi saya,
Shaklee Independent Distributor (SID)
ZURA
019-6241209
FB : MY Super Health

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati