Sunday, May 25, 2014

12 BULAN PERTAMA YANG MENGUJAKAN

12 bulan yang pertama bagi seorang baby adalah pengalaman yang mengujakan. Setuju tak? Setiap bulan ada je kemahiran baru yang mereka kuasai. Kita sebagai emak memang la excited kan. Jom kenali dunia baby anda...


1 bulan - Pada awal kelahirannya, bayi hanya mampu melihat dalam anggaran jarak 20 hingga 25 cm. Walapun jarak tersebut terhad, bayi anda boleh membalas senyuman yang anda hadiahkan kepadanya.

2 bulan - Bayi sudah boleh memberikan tindak balas  jika anda menagagahnya. Dia juga pandai mengeluarkan bunyi-bunyian seperti eh, ah, uh dan oh.

3 bulan - Bayi anda sudah mampu mengangkat kepala ketika meniarap dan menahannya untuk satu jangka masa yang agak lama.

4 bulan - Pada usia ini, bayi anda semakin suka bermain dan sudah pandai menggenggam barang permainan yang diberikan kepadanya. Lazimnya, dia lebih tertarik kepada benda yang berwarna terang.


5 bulan - Bayi anda bertambah lasak. Keupayaannya mengawal belakang badan dan otot kaki membolehkan dia mengimbangi tubuhnya. Hasilnya, dia sudah boleh duduk dengan stabil.


6 bulan - Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda. Dia juga sudah pandai memindahkan objek yang dipegangnya daripada satu tangan kepada tangan satu lagi.

7 bulan - Bayi sudah aktif merangkak. Gigi susunya pun mula tumbuh. Ketika ini dia mungkin memerlukan sesuatu yang boleh digigit atau dihisap untuk meredakan kesakitan yang dirasainya.

8 bulan - Bayi anda semakin pantas mencapai barang-barang di sekitarnya. Jadi, pastikan anda tidak membahayakan bayi dengan membiarkan barangan berbahaya bersepah.

9 bulan - Kawalan tangan semakin baik. Memegang objek menggunakan jari jemarinya sudah tidak mendatangkan masalah. Dia sudah boleh memegang botol susu sendiri.

10 bulan - Bayi anda sudah boleh berjalan sekiranya anda memegang kedua-dua tangannya. Pertuturannya juga semakin jelas ketika menyebut perkataan mamam atau dada.

11 bulan - Bayi anda mungkin sudah boleh berdiri sendiri sambil menoleh ke kiri dan kanan.Aktiviti memindahkan barang dari satu bekas ke bekas yang lain merupakan antara perkara yang gemar dilakukannya.

12 bulan - Selain dari bersedia memulakan langkah baru, dia juga sudah pandai menepuk dan melambaikan tangannya.

12 bulan bukanlah waktu yang lama.. Pejam celik pejam celik dah besar anak tu.. Jadi, luangkanlah masa untuk anak-anak ketika di usia bayi dan kanak-kanak.. Ini lah saat yang paling kita rindu 10, 20, 30 tahun akan datang...

SAYA IBU YANG BERTUAH!! Hehehehe....

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati