Tuesday, May 6, 2014

18 SX : Tips rawat kegatalan Miss V

Kegatalan di bahagian sulit pastinya membuatkan seseorang perempuan itu berasa kurang selesa dan emosinya juga terganggu. Kegatalan biasanya disebabkan kurangnya kesedaran tentang penjagaan alat sulit. Penjagaan alat sulit tidak seharusnya diambil mudah kerana tanpa penjagaan rapi, ia boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan sehingga menggangu orang berdekatan dengan anda.

Nak kata 18SX sangat, tak la kot.. Cuma perkongsian dari wanita kepada wanita je.. Hehehe...

Berikut adalah tips menghentikan kegatalan pada Miss V anda...

GUNTING, CUKUR
Gunting atau cukur rerambut bila telah menjadi panjang. Alat sulit yang telah digunting atau dicukur pendek memudahkan anda menjaganya. Untuk pengetahuan anda, rerambut yang tidak dibiarkan panjang terdedah kepada pembiakan kuman. Sekaligus, ia akan menyebabkan bahagian sulit menjadi kemerahan, gatal-gatal dan berbau busuk.

HENTIKAN GUNA SABUN MANDIAN
Sabun mandian berfungsi untuk membunuh segala bakteria pada badan manusia termasuk bakteria baik pada alat sulit. Hal ini akan menyebabkan kulat mudah membiak kerana kurangnya bakteria baik di kawasan itu. Sebaik-baiknya gunakan pencuci khas untuk mencuci bahagian feminin anda itu atau cuci je dengan air yang bersih

JANGAN BIAR LEMBAB
Jangan terus pakai seluar dalam selepas bahagian sulit dicuci. Bahagian sulit yang lembab akan menyebabkan pembiakan bakteria, kuman dan kulat. langkah tepat ialah mengelap dahulu dengan tuala atau tisu tandas sehingga kering. Lakukannya dengan berhati-hati bagi mengelakkan luka.

TUKAR SELUAR DALAM
Seluar dalam yang dipakai berulang kali bukan sahaja menjadi kotor malah boleh mendatangkan kegatalan kepada pemakainya akibat pembiakan bakteria ke seluruh kulit di bahagian sulit. Oleh itu, jadikan rutin menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengelakkan perkara tersebut.

Masalah kegatalan Miss V juga boleh berlaku disebabkan masalah keputihan. Keputihan juga dapat dirawat dengan tips-tips di atas tau.

Selain itu, Alfafa Complex Shaklee juga membantu mengurangkan masalah keputihan.Sedikit info tentang Alfafa,  Tumbuhan yang dinamakan alfafa ini dikenali sebagai RAJA SEGALA HERBA. Daun-daun alfafa dari Shaklee hanya dituai apabila ia mencapai tahap kematangan mutlak dan kaya dengan klorofil.

Alfafa Complex dari Shaklee telah membantu ramai customer yang ada masalah keputihan. Malah bertindak seperti kacip fatimah, iaitu mengurangkan mereka yang bermasalah ketika 'bersama' pasangan. Ala-ala perapat gitu.. Lihat testimoni Alfafa Complex ni..



Nak tau lagi info lain tentang manfaat Alfafa Complex Shaklee?? Cuba klik DI SINI dan SINI untuk baca..

Ada sebarang soalan atau pesanan? Hubungi je saya anytime...
SMS/WHATSAPP/CALL 013-6014583...
FB : MY Super Health
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati