Friday, May 9, 2014

Ibu Kurus tak Mampu Menyusu Anak

"Kurus sangat badan kau ni.. ada ke susu badan? mesti anak kau tak cukup susu nanti..."

Adakah ibu yang kurus macam saya pernah menerima persepsi macam ni? Mesti pernah kan.. Orang sekeliling tak yakin dengan kemampuan kta untuk menyusu anak dengan susu badan. Soalnya, betul ke orang kurus tak mampu menyusu badan?

Sebenarnya, keupayaan ibu untuk menghasilkan susu tidak bergantung kepada saiz tubuh badan. Tidak semestinya ibu kurus menghasilkan susu badan yang sedikit, dan ibu berbadan besar menghasilkan susu badan yang banyak.

Seperti saiz tubuh badan, saiz payudara juga bukan penyebab banyak atau sikit susu badan. Ianya bergantung kepada cara dan kekerapan kita menyusu.

Sekiranya ibu menyedari payudara menghasilkan susu yang sedikit, ibu perlulah menyusu atau mengepam dengan lebih kerap. Manakala ibu yang punyai susu yang banyak, kekerapan menyusu mungkin boleh dikurangkan bagi mengelakkan bayi muntah sebab terlampau kenyang. Bagaimanapun, bayi yang menyusu dengan lebih banyak dalam satu-satu sessi penyusuan akan membantu bayi kenyang lebih lama. Tapi teruskan mengepam bagi mengelakkan bengkak susu.

Walaubagaimanapun, jumlah penghasilan susu dalam jangka masa 24 jam adalah mencukupi. Jadi apa jua saiz badan anda atau saiz payudara anda, itu tidak menjamin kuantiti dan kualiti susu anda. Apa yang penting, fahami konsep demand dan supply tu..

Saya sendiri ibu yang kurus dan saiz miss B yang memang kecik tapi Alhamdulillah berjaya menyusu si kembar sehingga umur 1 tahun 11 bulan, dan baby kecik yang sekarang berumur 9 bulan.. Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh kan?

Anda kerap berasa lapar dan letih kerana menyusu badan? Mala, saya cadangkan agar ibu-ibu comel mengamalkan Set Penyusuan dari Shaklee.. Membantu anda mengurangkan rasa stress dan penat, membantu anda untuk kenyang walaupun lambat ambik makanan berat juga membantu anda mengekalkan kesihatan badan. Badan yang sihat, mood yang ceria merupakan salah satu faktor berkesannya penyusuan ibu.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati