Tuesday, May 20, 2014

TEKNIK MENYUSU BABY SAMPAI DEBAB

Susu ibu merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya, membekalkan kebaikan yang tiada tandingan kepada bayi dan juga ibu. Tahukah anda, penyusuan susu ibu dengan teknik yang betul boleh menjadikan berat badan bayi berganda-ganda daripada berat ketika lahir. Dengan kata lain, susu ibu mampu menjadikan bayi anda debab dan bersemangat.

Terdapat beberapa teknik penyusuan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu untuk anak bertambah debab dan sihat. Antara teknik tersebut ialah ;
  • Pastikan bayi diberikan susu ibu yang pertama seawal satu jam selepas kelahiran. Perkara ini amat penting kerana jika bayi lambat diberikan susu, maka bayi akan lambat belajar melekap. 
  • Biarkan bayi menyusu selama masa dan berapa kerap yang dia mahukan. Jangan hadkan penyusuan 2-3 jam sahaja, tetapi ikut kehendaknya. Macam mana nak tau baby lapar? Perhatikan contoh tanda ; membuka mulut, mengeluarkan dan menggerakkan lidah, masukkan tangan dalam mulut, meleleh air lir, menggerakkan kepala seperti cari puting ibu dan tanda lain.
  • Susukan baby dengan kedua-dua belah payudara. Mulakan dengan belah kanan sampai baby kenyang. Kemudian berikan yang lagi sebelah. Jangan limitkan penyusuan pada sebelah payudara sahaja. kalau baby dah kenyang untuk teruskan penyusuan, pam saje lah.. Jangan biarkan susu penuh tak berpam pulak. Takut bengkak susu pulak nanti.
  • Elakkan bagi puting kosong atau puting berair. Nanti baby keliru. Puting botol susu lebih mudah mengeluarkan susu daripada puting susu ibu, so baby akan cenderung menghisap puting botol. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang, susukan baby dengan puting susu ibu. Later, boleh ajar guna botol susu.
Itu lah rahsia nak baby debab.. Hehehe..Lengkapkan ilmu penyusuan sepanjang kehamilan..  Hanya susu ibu sahaja cukup untuk keperluan baby baru lahir.. tak perlulah bagi makan di usia yang sangat mentah (sebulan -5 bulan) sebab perut baby kecik je.. Tak boleh nak hadam makanan lain selain susu ibu. Biarlah anak debab secara sihat, dengan susu ibu yang penuh khasiat tu. 

Selamat berpantang dan selamat menyusukan baby anda.  :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583

Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati