Friday, May 23, 2014

PENDARAHAN MELAMPAU SELEPAS BERSALIN, JANGAN PANDANG RINGAN

Wanita bersalin mengeluarkan darah ketika waktu bersalin dan selepasnya. Darah yang dipanggil nifas ini datang dari pembuluh darah dalam rahim atau robekan di perineum (kawasan antara dubur dan vagina) jika terjadi koyakan di kawan itu. Darah juga keluar ketika uri terlepas dari dinding rahim. 

Pendarahan postpartum atau pendarahan selepas bersalin terjadi dalam 24 jam pertama selepas bayi lahir. Pendarahan postpartum lanjut, terjadi di antara 2-3 minggu selepas bersalin. Adalah normal seandainya darah keluar tidak lebih 500 milimeter. Tetapi AWAS jika pendarahan terlalu banyak dan terlalu lama. Mungkin ada masalah lain yang berlaku..
Kontraksi Yang Kurang BaikKontraksi yang kurang baik atau tiada kontraksi langsung boleh berlaku disebabkan proses bersalin yang terlalu lama, pembesaran rahim secara berlebihan(kehamilan kembar), atau sering melahirkan anak. Ini akan meningkatkan risiko pendarahan melampau selepas bersalin.
❤ Rahim RobekRahim boleh robek ketika proses bersalin. Pada dasarnya, rahim terdiri daripada lapisan otot-otot yang tersusun sehingga mampu menerima kehamilan. Tapi masalah robek masih boleh berlaku. Antara faktornya ialah, bayi terlalu besar sementara tulang punggung ibu terlalu sempit. Apabila kontraksi terus kuat dan kepala bayi menekan rahim, rahim akan menipis dan robek. Boleh jadi juga rahim robek sebab ibu yang melahirkan anak dengan jarak yang pendek, contohnya selang setahun. Rahim juga boleh mengalami kecederaan jika terjatuh atau kemalangan ketika hamil.
❤ Uri Tertinggal atau tertahanUri yang tertinggal dalam rahim mesti dikeluarkan cepat. Sisa-sisa uri yang tertinggal juga boleh menyebabkan jangkitan. Ini juga boleh mengancam nyawa ibu.Keadaan lain yang mengakibatkan uri tidak keluar adalah kerana dinding rahim rosak.

Untuk merawat luka dalaman, ZINC COMPLEX Shaklee yang memang ada dalam SET BERPANTANG SHAKLEE memang sangat membantu. 

Adalah penting untuk ibu-ibu alert tentang pendarahan selepas bersalin. Kalau rasa ada yang tak kena, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor. Selamat bersalin dan selamat berpantang. Semoga selamat semuanya.. 
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati