Thursday, August 21, 2014

PANDUAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT


Wanita mampu untuk merangsang penghasilan susu walaupun beliau tidak pernah hamil atau melahirkan anak. Antara kategori wanita yang boleh menyusui bayi walaupun tidak pernah hamil antaranya ialah ;

  • Wanita yang tidak mempunyai ovari atau kilang telur 
  • Wanita yang tidak mempunyai rahim atau peranakan
  • Wanita yang tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak
  • Wanita yang sudah menopaus
  • Wanita yang hamil tetapi keguguran
  • Wanita yang hamil tetapi bayi mati di dalam kandungan atau mati selepas dilahirkan
Semua wanita yang disenaraikan di atas, mampu untuk menghasilkan susu jika dibantu dengan teknik yang betul.Sebenarnya, faktor yang mempengaruhi penghasilan susu bukanlah faktor anatomi, iaitu mempunyai rahim atau faktor kelahiran bayi itu sendiri.

Penghasilan susu juga bukan sepenuhnya bergantung pada kehadiran hormon, walaupun hormon penting untuk merangsang penghasilan susu. Tidak mustahil untuk wanita yang disenaraikan dalam kategori di atas boleh menghasilkan susu tanpa sebarang tambahan ubat-ubatan atau hormon.

Merangsang penyusuan (induced lactation) merupakan satu kaedah penghasilan susu ibu. Ia biasa dilakukan oleh wanita yang tidak hamil tetapi berhasrat untuk menyusui anak angkat. Hakikatnya, tubuh wanita berkenaan tidak melalui perubahan fisiologi semasa hamil dan payudaranya tidak melalui fasa memogenesis, laktogenesis dan galaktopoisis.Namun tedapat ubat-ubatan yang boleh diambil untuk membolehkan tubuh mengalami perubahan yang serupa dan seterusnya merangsang penghasilan susu ibu.

Susu yang dirangsang tidak mengandungi kolostrum tetapi mengandungi susu matang. Walau bagaimanapun, segala khasiat yang terdapat dalam kolostrum, juga terdapat dalam susu matang, cuma yang membezakannya ialah kuantitinya sahaja. Bayi masih lagi mendapat khasiat kolostrum walaupun tidak dihasilkan dalam susu yang dirangsang.

Apabila ibu bertekad untuk merangsang penyusuan, dia haruslah bersedia untuk memperuntukkan masa yang agak panjang, iaitu 1-2 bulan dalam persiapannya. Untuk berjaya, ibu yang merangsang penyusuan perlu memberikan sepenuh tumpuan dan keyakinan bahawa mereka mampu melakukanya. Sokongan emosi dan galakan daripada suami atau pasangan amat penting dalam situasi begini.

Terdapat ubat-ubatan yang boleh membantu merangsang penghasilan susu. Ubat ini ialah sejenis hormon yang membantu merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Dapatkan nasihat dan maklumat ini daripada doktor anda.

Penggunaan ubat sahaja tidak mencukupi. Ibu perlu merangsang hisapan susu. Rangsangan hisapan dan keyakinan ibu amat penting untuk menghasilkan kejayaan penghasilan susu ibu.

sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Memang murni niat ibu-ibu yang berusaha untuk menyusukan anak angkat. Saya kagum dan salute sangat dengan ibu-ibu ni. Semoga Allah permudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak syurga tersebut. Aminnnn...

Jika perlukan sokongan kesihatan dan keceriaan bagi membangkitkan semangat, boleh cuba SET MENYUSU SHAKLEE.. Kita berusaha, doa dan tawakal. Segalanya mungkin dengan izin Allah.. Insya Allah.. Salam sayang semua..


Hubungi saya untuk info lanjut;

Zura
013-6014583
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati