Friday, April 14, 2017

TIPS LATIH ANAK KE TANDAS

Seminggu cuti sekolah yang lepas, berjaya juga mem-diaper-free-kan Aysar.. Aysar nak masuk 4 tahun bulan Julai nanti..

Amazingnya takde satu hari pun terkencing kat tilam  bila tidur malam.. Alhamdulillah..

Ummi nak share la camne ummi handle Aysar masa sessi potty training ni. Lebih mudah sebab dah ada pengalaman masa kembar 4 tahun dulu.

✔Bagitau KENAPA
Ummi dah cakap lama dengan Aysar, dalam sebulan dua sebelum ni. Nanti cuti lama kita tak payah pakai pampers dah. Aysar dah 4 tahun. Dah besar. Pampers dah takde saiz budak besar 😂. So dia dah bersedia nampaknya.

✔Bawa ke toilet (tetapkan selang masa)
Siang Aysar memang tak pakai diapers dah. Malam je. So bila start sessi tak pakai diaper malam2, memang pastikan dia dah kencing di toilet sebelum tidur, masa tidur (pukul 12-5pagi) dan bangun je tidur. 3-4 kali je ummi mampu 😁😁

✔No SUSU selepas pukul 7
Aysar memang suka minum susu. Ikut pengalaman abang kembar, bila malam minum susu, confirm kencing tilam. Jadinya, ummi tetapkan rule susu hanya bagi sebelum pukul 7 malam. Kalau dia minta, ummi distract dengan benda lain atau straight bagitau kenapa tak boleh minum susu malam2.

✔Alas tempat tidur dengan plastik
Tak kisah la apa namanya janji alas supaya tak men-stress-kan diri sendiri nak jemur tilam etc. Ummi guna beg plastik shopping yang besar gedabak masuk dalam kain pelikat dan bentang kat tempat Aysar tidur.

✔Puji-puji penuh makna
Bila kejut dia malam2 tu & bawa pergi toilet, Aysar good boy sangat tak menangis. So ummi puji jek2 sikit.. Mesti la dia suka kan

✔Terus biasakan untuk tak pakai diaper
Masa ke Terengganu, pun Aysar tak pakai diapers. Setiap kali berhenti singgah mana2, bawak dia dan abang2 pergi toilet. Alhamdulillah takde masalah cuma ada sekali tu dia tak tahan sangat. Terpaksa berhenti tepi jalan. Basuh dengan air mineral 😂😂

Am so proud dengan Aysar. Tak sangka senang je nak handle dia walaupun masa mula2 nak ajar tak pakai diaper tahun lepas, macam lama je proses tu sebab dia asyik lupa dia tak pakai diapers. Sebenarnya cikgu taska pun memainkan peranan jugak sebab cikgu dah train Aysar sejak umur 3 tahun. Tq cikgu2 taska citajaya.

Memang ummi dah target by the time birthday dia, no more diaper. Birthday lambat lagi tapi target dah tercapai. Alhamdulillah.. 😊😊😊

Seterusnya nak train kembar solat 5 waktu. Sebagai rujukan di masa depan, kawan-kawan share la pengalaman macam mana melatih anak solat 5 waktu. TQIA ☺☺
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati