Sunday, April 23, 2017

TIPS MENANGANI ANAK MENGAMUK DI TEMPAT AWAM

Sempat juga tadi bawak anak-anak tengok movie BABY BOSS di pawagam. Seronok cerita ni. Anak-anak suka.

Lepas je ambil gambar ni, Aysar mula TANTRUM. Sebab dia nak tengok movie ni lagi sekali. Lalu pula kat play area berbayar, tantrum pula nak main kat situ. 😅

Biasa kan anak-anak kita ni tantrum atau meragam di tempat awam? Macam mana ka2an-kawan handle?

Kak Z ikut mood juga. Kalau benda yang dia nak munasabah, ada masa dan tak membazir, boleh lah dilayan.

Tapi kalau timing tak kena, benda yang dia nak tu mahal, tak kuasa la dik non, kak Z nak layan. So macam mana?

Masa Aysar meronta-ronta tak nak didukung tadi, walid dia lah yang take over sebab Aysar punya tenaga mengatasi kemampuan ummi. 😂

Masuk dalam kereta, kak Z peluk Aysar tapi tak jalan juga. Biarkan je la dia melalak sambil tukar topik untuk alihkan perhatian dia.

Lepas beberapa topik, akhirnya dengan automatiknya dia berhenti menangis dan mula bercerita tentang topik yang dibangkitkan tadi.

Akhirnya, kes selesai tanpa pertumpahan darah. Hihihihi.

Cara terbaik untuk melayan anak yang sedang mengamuk adalah dengan cara TIDAK MELAYAN. Biarkan dia mengamuk selagi tidak memudaratkan dirinya dan orang lain.

Ambil masa supaya anda dan anak dapat bertenang. Alihkan perhatian anak dari punca dia mengamuk.

Bila dah okay, berikan PUJIAN seperti, "adik anak yang baik kan? Ibu sayang adik" Contoh..

Mak-mak kena pandai lah susun strategi menangani anak2 yang bijak ni. Jangan biarkan minda kita dikuasai oleh makhluk kecil ni. Hahahaha..
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati