Sunday, April 16, 2017

TIPS PUASA GANTI UNTUK IBU MENYUSU

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan kan? Tak sabar rasanya. Ibu-ibu dah ganti puasa tahun lepas ke? Kak Z alhamdulillah dah selesai. 

Kali ni nak share tips berpuasa bagi ibu terutama sekali untuk ibu yang menyusu. Normalnya bagi ibu menyusu, cepat haus kan? Air dalam badan selalu berkurangan sebab berkongsi dengan si manja. Kak Z masa puasa ganti memang rasa haus sangat. Lapar tu boleh control lagi. Kalau haus tu rasa rimas je sebab panas tapi tak boleh minum air.

Okay, ini tips kak Z. Semoga memberikan manfaat kepada kaum ibu menyusu.

BERSAHUR

+Setiap kali sahur, kak Z pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya sebotol 0.5 - 1 liter
+Makan sedikit sebagai alas perut
+teruskan ambil supplemen. Tak lupa juga  minum ESP dan makan Vita C Plus & B Complex
+kak Z dah tak.mengepam tapi sebaik je ambil anak dari pengasuh, memang terus direct feeding.

BERBUKA PUASA

+jangan makan terlalu banyak ketika berbuka. Nanti penat pulak sampai terburn solat maghrib..hehehe..
+minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter bagi mengelakkan dehidrasi
+ambil Alfafa Complex untuk mengekalkan pengeluaran susu badan
+teruskan menyusu anak

Waktu sahur dan berbuka puasa, jangan pandang ringan terhadap intake air anda tau. Selain untuk bagi kepada anak, minum air yang banyak juga membantu menyekat selera anda untuk makan lebih banyak.. Hihihi..

Set menyusu Shaklee pun jangan diabaikan pengambilannya tau.. :-)

Selamat berpuasa ganti dan selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang dinanti.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati