Friday, August 22, 2014

SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA

Alhamdulillah, selesai sudah Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.. Saya sempat  menonton Siaran Langsung Istiadat Penghormatan di TV3 (Live Streaming).. Walaupun begitu, kesayuan tu tetap terasa. Takziah diucapkan kepada waris-waris mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian daripada-Nya..


Hiba terasa tapi bersyukur Alhamdulillah sebab jenazah mangsa tragedi MH17 selamat sampai ke tanah air Malaysia.. Selamat kembali ke Malaysia.. Syukur dan terharu juga apabila melihat mereka diberi penghormatan sebegini. 

20 jenazah tragedi MH17 yang diberi penghormatan pada hari ini

Damai lah kamu semua di sana..

Kepada jenazah Islam, semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..

Seluruh negara berduka. Bagaimanapun, kepada yang masih hidup, teruskan kehidupan kita.. Jangan pernah berhenti membuat kebaikan supaya dikenang yang baik-baik sahaja bila kita tiada kelak.. Insya Allah..

#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforGAZA

Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati