Tuesday, August 26, 2014

SHAKLEE SOKONG ISRAEL??

Seriously? Shaklee menyokong Israel? Oh Omak Den! So kita kena boikot la Shaklee ni, ye tak?

Okey, wait semenit ye.. Sebenarnya, isu tentang Shaklee menyokong Israel ni dah lama kedengaran . Baru-baru ni hot semula isu ini sejak rakyat Malaysia sangat sensitif dengan perkataan BOIKOT ni.. Okey, saya terangkan sedikit info. Isu ini bermula apabila satu website organisasi bebas, iatu Keneseth Israel yang meletakkan logo Shaklee  sebagai penyokong dana kegiatan Israel. Tapi bila klik logo Shaklee tu, ia akan terus dilinkkan kepada website salah seorang Shaklee Independent Distributor iaitu Dave Miller dan bukannya website rasmi Shaklee. Maknanya, mamat Dave Miller ni lah penyokong Israel atau mungkin menyokong dana Israel. Dan bukannya Shaklee. Shaklee takde kena mengena dengan apa-apa kegiatan Israel.

Ini adalah penyataan rasmi dari pihak Shaklee.. Dan dikhabarkan yang website KI telah pun menurunkan logo Shaklee daripada website mereka.


Lepas tu timbul pulak isu Shaklee mengadakan urusan perniagaan dengan Shaklee.. huhuhuhu..

Dan isu terbaru,  CEO Shaklee iaitu Sir Roger Barnett yang dikaitkan dengan Ellie Wiesel Foundation.

Ini pula ulasan daripada salah seorang Master Coordinator Shaklee ;


Roger Barnett juga telah membuat kenyataan berlisan yang Shaklee tidak menyokong mana-mana kegiatan keganasan di dunia.



Heboh juga di Facebook tentang isu ini. Ramai yang menyebarkan info-info yang tak betul tanpa usul periksa. Mungkin mereka berniat untuk mencari kebenaran. Nah, Shaklee dah sertakan bukti. Tapi masih ada yang jugak yang tak puas hati. So, saya anggap orang-orang  macam ni bukannya mencari kebenaran tapi nak mencari salah. Oleh itu, malas nak layan.. heheh..

Saya tiada alasan untuk memboikot Shaklee kerana bagi saya Shaklee bukanlah satu benda yang memudaratkan. Shaklee adalah produk kesihatan yang telah membantu saya dan keluarga sihat, dengan izin Allah.. Shaklee tak memudaratkan seperti makanan segera atau rokok yang memang patut kita boikot dari dulu..

Alhamdulillah, jangan lah risau ye. Anda  teruskan lah menjadikan Shaklee sebagai suplimen kesihatan anda. Shaklee jugak disahkan HALAL oleh Islamic Service of America (ISA). ISA adalah salah satu badan halal Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. Gunakan tanpa was-was tau..

Semoga kita lebih jelas tentang kebenaran. Jangan membuat keputusan melulu tanpa bukti yang sah. Insya Allah, jika kebenaran yang kita cari, Insya Allah akan jumpa. Kalau kesalahan yang kita cari, sebenarnya masalahnya daripada kita sendiri. 

#prayforGAZA
#prayforMH370
#prayforMH17

Wassalam..

AZURA
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati