Wednesday, August 20, 2014

ELAK STRESS DENGAN PISANG

Rupa-rupanya banyak manfaat buah pisang ni tau. Bukan setakat membantu melawas sahaja, malah pisang adalah penawar pelbagai penyakit. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.

Kajian menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Pisang sangat sesuai untuk diamalkan dalam pemakanan seharian.

MENGURANGKAN TEKANAN ATAU STRESS
Pisang mengandungi tryptopan, sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia yang menyebabkan seseorang tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

MENEUTRALKAN PARAS GLUKOSA
Vitamin B6 dalam pisang mampu meneutralkan glukosa dalam darah yang menyebabkan hati tenang.

MENGATASI ANEMIA
Pisang membantu mengawal hemoglobin dalam darah kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

PENGHADAMAN
Gentian tinggi, membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan usus besar.

MENGURANGKAN KELETIHAN
Pisang menyejukkan perut dan membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan kerana letih.

PANAS JANTUNG
Membantu memulihkan rasa panas pada jantung.

DEMAM PAGI
Membantu memelihara kadar gula dalam darah yang menyebabkan demam pagi.

GIGITAN NYAMUK
Gunakan lapisan dalam kulit pisang untuk disapu pada bekas gigitan nyamuk.

SARAF
Vitamin B dalam pisang membantu menenangkan sistem saraf.

ULSER
Peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.

PENYAKIT KULIT
Menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya. Ambil sekeping kulit pisang, tampal sebelah dalam kulit pisang pada tempat bermasalah dengan plaster luka biasa atau plaster bedah.

AWAS : Pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

sumber : BH

Dah tau manfaat pisang? Hebat kan? Mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.. Buat snek ringan waktu tengok TV pun bagus jugak. Lebih baik daripada makanan ringan yang tiak sihat.. Selamat mencuba.. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati