Thursday, August 21, 2014

CARA SIMPAN SUSU PERAHAN

Lagi sebulan, ibu-ibu perlu kembali bekerja setelah mengambil cuti bersalin. Sudahkah ibu-ibu bersedia secara fizikal dan mental? Sudahkah ibu merancang bagaimana cara untuk membuat stok susu ibu? Bagaimana pula cara menyimpan susu perahan? Seharusnya ibu-ibu telah pun melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja..


Saya nak fokuskan tentang CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN sahaja kali ni. 
  • Susu perahan mesti disimpan di dalam bekas yang bersih dan telah disterilkan (rendam air panas)
  • Kuantiti susu dalam satu-satu bekas mestilah mencukupi untuk satu penyusuan supaya tidak berbaki
  • Bekas menyimpan susu tidak boleh diisi sehingga penuh. Sedikit ruang udara perlu ditinggalkan di dalam bekas tersebut bagi membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Setiap bekas susu perlu dilabelkan dengan jelas untuk memudahkan proses pemberian susu perahan ; ( nama bayi, tarikh dan masa mula pemerahan)
  • Selain daripada botol susu perahan, ibu boleh menggunakan plastik khas untuk susu perahan bagi menjimatkan ruang dalam peti sejuk
  • Suhu perahan boleh disimpan sehingga satu tempoh yang tertentu. Berikut ialah garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut tempoh masa penyimpanan susu perahan mengikut kriteria tertentu

CARA MEMBERIKAN SUSU PERAHAN KEPADA BAYI
  • Ibu perlu memberikan susu yang paling awal diperah, iaitu mengikut tarikh perahan yang telah dicatatkan pada bekas penyimpanan.
  • Susu beku perlu diletakkan pada bahagian rak bawah terlebih dahulu (thaw) supaya mudah dicairkan. Bagi bayi yang sihat, boleh dibiarkan dalam keadaan begitu selama 24 jam manakala bagi bayi yang sakit pula sehingga 12 jam sahaja.
  • Bekas berisi susu perahan tersebut seterusnya direndamkan di dalam air suam apabila tiba masa penyusuan
  • Ibu dilarang memanaskan susu tersebut dalam gelombang mikro atau di atad dapur kerana ia boleh merosakkan kandungan nutrien yang terkandung dalam susu tersebut serta mungkin boleh menyebabkan mulut bayi melecur
  • Susu yang telah direndam dalam air suam ini mesti digunakan dalam masa satu jam.
  • Susu yang telah direndam dalam air suam tidak boleh disimpan semula sekiranya masih berbaki selepas bayi menyusu


^______^
Azura
013-6014583
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati