Tuesday, August 19, 2014

MILK BOOSTER : Perlu atau tidak?

Milk Booster.. Perlu atau tidak? Sebenarnya terpulanglah kepada individu.. Soalnya sekarang, adakah MILK BOOSTER membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu? Jawapannya TIDAK kalau kita tak mengamalkan konsep DEMAND-SUPPLY..

Sebenarnya banyak makanan yang boleh dijadikan penggalak susu ibu. Antaranya, kurma, longan, lobak puti, jantung pisang dan banyak lagi. Biasanya waktu berpantang, mak saya banyak sediakan lauk-lauk yang ada campuran penggalak susu ni. Lada hitam, jantung pisang, lobak putih la selalunya.. Sedap pun sedap..

Tak kisahlah apa pun milk booster ibu-ibu sekalian, PENTING untuk amalkan konsep DEMAND-SUPPLY ni.. Kalau ada demand dari si manja, Insya Allah adalah supply daripada ibu. JAdi, haruslah kita kerapkan menyusu badan. Mengikut nasihat dari doktor, kerapkan menyusu 2 -3 jam sekali.. Itu je lah yang saya buat semasa berpantang dulu..

Alhamdulillah, lagi kerap kita menyusukan baby, lagi banyaklah susu yang terhasil. Penting juga untuk kita banyakkan minum air dan jangan skip makan. Ibu-ibu perlukan makan sebagai sumber tenaga dan sumber susu ibu.

SET MENYUSU SHAKLEE juga bukan bertujuan untuk membanyakkan susu ibu tanpa sokongan konsep penyusuan. SET MENYUSU SHAKLEE adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan ibu, meningkatkan tenaga ibu, meningkatkan mood 'happy' ibu.. Bila badan sihat, bertenaga dan gembira, CONFIRM susu ibu akan meriah bak air paip gitu. Tapi mesti kena amalkan konsep DEMAND-SUPPLY tu lah ye.. Kerapkan menyusu atau pam setiap 2 jam.. Kena plan masa dan buat jadual penyusuan/pengepaman..


Bagi saya sendiri, saya ambil SET MENYUSU SHAKLEE bertujuan untuk meningkatkan kesihatan saya. Meningkatkan tenaga saya. Yelah kan, bila badan asyik penat je, kadang-kadang sampai stress. Susu badan pun boleh merajuk kalau kita stress.. Alhamdulillah sepanjang berpantang, saya fully breastfeed tanpa topup susu formula.. Syukur sangat-sangat..

So, kita janganlah salah faham yang makan vitamin SET MENYUSU SHAKLEE je, confirm susu badan akan mencurah2.. Tak boleh macam tu.. Tapi terapkan bahawa SET MENYUSU SHAKLEE membantu meningkatkan kesihatan dan mood supaya pengeluaran susu ibu meningkat.. Insya Allah..

Selebihnya, berdoa dan tawakal lah kepada Allah.. Saya doakan ibu-ibu supaya istiqomah dan jangan sesekali give up ye.. Jumpa lagi nanti..
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati