Tuesday, August 22, 2017

DAMAILAH KAU DISANA

Hujung tahun lepas, seorang kawan lama kak Z PM di Facebook bertanyakan tentang Vivix. Kak Z tanya, untuk siapa?

Katanya untuk diri sendiri. Nak tambah tenaga sebab dia mengajar di kawasan pedalaman. Kena uruskan anak seorang diri disebabkan PJJ dengan suaminya.

Beliau beli Vivix dan terus jadi ahli. Lama juga proses nak dapatkan maklumat untuk kak z daftarkan keahliannya walaupun beliau dah buat bayaran. Whatsapp pun reply dalam jarak masa yang agak lama.

Menurutnya, dia jarang tengok hp sebab sibuk dengan anak. Takpelah, kak Z pun tak kisah cuma bimbang tak daftar-daftar lagi sebab beliau dah bayar.

Lepas pendaftaran ahli dah selesai, kerap juga kak Z whatsapp untuk follow up tapi jarang dibalas. Mungkin sibuk agaknya.

Sampai lah Ramadhan baru ni, kak Z dapat berita beliau sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser payudara.

Allahu, tergamam dengar berita tu. Padahal masa berjumpa kali terakhir (selepas beberapa tahun tak jumpa), takde langsung beliau ceritakan penyakitnya. Memang beliau nampak penat masa tu, kak Z ingatkan sebab on the plane malam sebelum tu.

Sehari selepas berita keadaan kritikal, beliau menghembuskan nafas terakhir pada bulan yang mulia. Allah lebih menyayangimu. Inalillahiwainnaillahirojiun.

Terasa terkilan juga sebab tak sempat nak berbual mesra sebab whatsapp tak dibalas. Sedih juga sebab tak tau penyakitnya. Mungkin sengaja dirahsiakan. Wallahualam.

Allahyarhamah memang seorang kawan yang lemah lembut, baik dan liat semangat walaupun kecil je orangnya. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan hamba-hamba Allah yang beriman dan diredhai-Nya. Damailah kau di sana.

Al-fatihah.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati