Kak Z rasa dah tiba masanya kita amalkan pemakanan sihat. Dengan keadaan semasa yang sentiasa mendedahkan diri kita dengan penyakit. Jadi penting tau pemakanan sihat ni.
Kak Z nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat. Mungkin dapat memberi panduan kepada pembaca semua.

Suku : Nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin atau ubi
Suku ke II: Ikan, Ayam, Daging dan kekacang
Separuh : Buah-buahan dan sayur-sayuran
Boleh google pelbagai menu pinggan sihat ni. Sekurang-kurangnya ada juga idea nak masak dan nak makan apa yang meningkatkan kualiti tahap kesihatan kita kan?

Memang susah juga bagi yang dah biasa dengan gula dan garam. Tapi kena ingat juga, yang sedap tak semestinya bagus. hihihi. Kurangkan sedikit gula dan garam dalam masakan, lebihkan senyuman gitu. lakukan secara berperingkat.

Minyak sinonim dengan kolesterol. Kurang lebih baik. Kalau boleh, masak makanan guna air fryer, bagus juga. Memang boleh kurangkan banyak minyak. Jimat pun jimat.

Sosej, makanan dalam tin, makanan sejuk beku dan lain-lain lagi antara contoh makanan berproses. Dah tentu proses pembuatannya melibatkan kandungan bahan kimia yang tinggi bagi menjadikannya tahan lebih lama kan? Wallahualam.

Kalau sekali sekala boleh lah. Tapi janganlah jadikannya tabiat sampai tak boleh hidup tanpa makanan segera. Makanan segera anta penyumbang masalah kesihatan rakyat Malaysia. Homemade lebih baik.

Bila sebut yang manis, mesti kita teringatkan penyakit diabetes. Jadi, sentiasa juga beringat apa kesannya nanti.

Ini cuma cadangan sahaja. Tapi memang betul lebih baik daripada masakan yang berminyak dan banyak perasa ni.
Menukar cara pemakanan yang lebih baik bukan sahaja membantu kita lebih sihat, malah dapat juga menurunkan berat badan. Biar turun berat badan secara sihat dan seimbang gitu. Badan lebih sihat, kehidupan lebih bermakna.
Jom kita ubah! Selamat mencuba tips ni ye!
0 comments:
Post a Comment