Sunday, August 20, 2017

TIPS ELAKKAN OSTEOPOROSIS

Pernahkah kawan-kawan rasa sakit ketika hendak duduk, berdiri, batuk atau mungkin ketika memeluk seseorang?

Jika jawapannya ya, anda perlu lebih berhati-hati kerana mungkin anda salah seorang daripada lebih sejuta rakyat Malaysia yang menderita osteoporosis.

Osteoporosis atau poros tulang adalah sejenis penyakit metabolik di mana tulang mengalami kerapuhan sedikit demi sedikit lalu mengundang kepada risiko retak terutama di bahagian pinggul, tulang belakang dan lengan.

Tulang manusia berterusan melalui proses pembentukan semula. Dua jenis sel terlibat dengan proses ini, osteoblast bertanggungjawab menghasilkan matriks tulang dan pemineralan tulang. Manakala osteoclast untuk menyah tulang.

Jika badan mula menyerap tulang lebih cepat berbanding penghasilan tulang baru, lama kelamaan terdapat penurunan ketumpatan mineral tulang (BMD), lalu osteoporosis berlaku.

Antara rawatan yang biasa digunakan ialah

-ubat antiresoptif, yang mengelakkan tulang daripada retak. Ia mengandungi bisfosfonat (BPs), estrogen analog dan kalsitonin.

-terapi gantian estrogen atau terapi gantian hormon (ERT/ HRT)

-agen pembina tulang untuk membantu osteoporosis teruk. Ia mengandungi hormon paratiriod.

- pakar juga menasihatkan agar liya mengambil suplemen dan ubat khas bagi mengelak masalah ini terutama kepada mereka yang meningkat usia.

Kalsium dan vitamin D adalah bahagian penting dalam terapi osteoporosis dan ia juga mampu mencegah masalah pinggul retak ketika usia tua. Pesakit dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D di samping BPs untuk mengelakkan risiko hipocalcamea. Nutrisi dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat osteoporosis.

sumber : utusan.com.my

Nota kaki : Kak Z makan 4 biji Oztematrix setiap hari bagi mengelakkan osteoporosis. Walaupun mungkun tak dapat elakkan 100peratus tapi sekurang-kurangnya dapat melambatkan prosesnya. Yang penting kita ikhtiar, betul tak?

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati