Thursday, August 17, 2017

PERSEDIAAN HAMIL BERMULA SEBELUM BERKAHWIN

Ramai wanita yang tidak mengetahui pengambilan asid folik perlu diambil sebelum mengandung atau hamil lagi untuk membantu pembinaan sel-sel darah merah dan perkembangan bayi didalam kandungan.

Asid Folik dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin. Asid Folik memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam jangka masa antara 3 hingga 4 minggu di awal kehamilan. Oleh itu pengambilan asid folik sangat penting pada awal kehamilan kita. Kerana pada masa itu asid folik membantu dalam perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang mampu mengelakkan daripada berlakunya kecacatan semasa kelahiran.

Jika kita berjumpa doktor sekalipun pada awal kehamilan kita doktor akan menasihati kita untuk mengambil asid folik dan beberapa vitamin lain untuk membantu mengawal kesihatan ibu dan juga kandungan kita.

Dalam masa 12 minggu pertama tempoh kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan mula berkembang. Oleh sebab itu, 12 minggu pertama kehamilan sangat penting untuk para ibu mengambil asid folik setiap hari secara konsisten.

Wanita yang sedang merancang untuk hamil digalakkan untuk mengambil B Complex Shaklee secara konsisten sebagai persediaan untuk hamil. Ini kerana B Complex Shaklee juga mengandungi asid folik yang membantu meningkatkan kesuburan.

Kak Z
0136014583

 #gempakbintang
#fantastic4
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati