Wednesday, August 16, 2017

SUBJEK PALING BEST DI DUNIA

Kak Z ingat lagi cikgu tusyen masa sekolah menengah dulu. Sir Rai namanya. Cikgu pencen yang sangat best.

Sir Rai sempoi je orangnya. Cara beliau mengajar pun simple je tapi sangat menarik. Senang faham. Kaedah yang beliau guna pun mudah.

Dan kak Z mula minat subjek Matematik masa tusyen dengan Sir Rai. Seronok belajar dengan beliau. Bila minat dan seronok, selalu la score. hihihi.

Matematik tu dah jadi sebahagian dalam hidup. Jodoh dengan subjek Matematik ni pun panjang rupanya.

Degree Matematik. DPLI Matematik. Sekarang pun jadi cikgu Matematik. Walaupun mengajar lebih mencabar berbanding belajar, tapi Alhamdulillah ada rezeki kongsi ilmu dengan orang lain.

Kalau Sir Rai buat tusyen untuk cikgu-cikgu, kak Z lah orang pertama yang sign up 😁. Dah lama tak jumpa Sir Rai. Apa khabar lah beliau sekarang?

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati